Kebiasaannya, tepung jagung digunakan dalam masakan. Tapi, tahukah anda? Tepung jagung juga boleh digunakan untuk tujuan pembersihan. Di sini, IMPIANA kongsikan 5 kegunaan lain tepung jagung dalam kehidupan seharian.
1. Menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam kasut
Kalau korang menghadapi masalah bau kurang menyenangkan dalam kasut, taburkan sedikit tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan.
2. Menghilangkan kotoran pada fabrik
Campuran tepung jagung dan sedikit air dapat menghilangkan kotoran yang pada fabrik seperti kesan darah, dakwat dan kesan terbakar. Biarkan campuran tersebut mengering untuk seketika. Kemudian, tanggalkan lapisan tepung jagung tersebut.
3. Mengilatkan perkakas dapur
Jika korang sedang mencuci perkakas dapur, jangan lupa tambahkan sedikit tepung jagung untuk mengembalikan kilatan kuali dan periuk.
4. Menggantikan pelembut fabrik
Tepung jagung merupakan alternatif yang lebih jimat untuk menggantikan pelembut fabrik. Caranya, campur 2 sudu tepung jagung dengan 1/4 cawan baking soda dan beberapa titis essential oil.
5. Menghilangkan kesan minyak pada kertas dinding
Kesan minyak pada kertas dinding dapat dihilangkan dengan mudah menggunakan tepung jagung. Korang hanya perlu sapukan sedikit tepung jagung yang dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia sehingga kering dan sental kesan minyak tersebut.
Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI