Banyak kegunaan mesin pengisar ataupun blender di dapur. Dan apabila selau pakai, sudah tentulah mata pisau pengisar akan kurang ketajamannya. Jadi kerja-kerja mengisar pun dah kurang efektif serta mengambil masa yang lebih panjang.
Tapi jangan pula anda terus nak tukar blender baru! Bawa bersabar ya, kerana mesin tersebut masih boleh digunakan. Cuma perlu tajamkan semula mata pengisar. Ikuti cara-cara ini :
1. GARAM KASAR
Caranya cukup simple, ambil lebih kurang segenggam garam kasar dan masukkan kedalam mesin pengisar yang terjejas. Blend garam tadi sehingga halus dan ulang beberapa kali sehingga mata pengisar terasa lebih tajam.
2. AIS
Buat sendiri ais ketul dirumah, biar betul-betul keras. Sebelum masukkan kedalam blender, hancurkan sedikit ais. Kisar sekitar 5 ke 10 minit dan wallah! Mata pengisar akan jadi lebih tajam.
3. KULIT TELUR
Seterusnya, anda juga boleh cuba gunakan kulit telur. Bersihkan dan lap kering kulit telur kemudian blend kan saja menggunakan mesin pengisar. Inshaallah menjadi.
4. BERAS
Tak kisahlah beras jenis apa pun, ambil lebih kurang segenggam dan kisar kasar selama beberapa minit.Kemudian, tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!
5. HAMPAS KELAPA
Akhir sekali, kita juga boleh gunakan hampas kelapa. Masukkan hampas kelapa tanpa perlu dicampur apa-apa. Kisar dalam beberapa minit sehingga puas hati.
Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI