4 Kemasan Siling Buat Ruang Tampak Rapi dan Lebih Menyerlah. Apabila memasuki baNgunan atau kediaman, perkara yang paling kurang diberi perhatian adalah bahagian siling. Walaupun begitu, sebenarnya siling mampu memberi impak yang besar buat sesuatu ruang. Para designers juga sering merujuk kepada siling sebagai ‘dinding ke-5’, ini menunjukkan yang kemasan siling juga adalah sama penting untuk dipertimbangkan semasa proses ubah suai rumah.
PLASTER
Plaster merupakan bahan yang mesra alam, tahan lama dan kuat. Selain itu plaster juga merupakan bahan yang mempunyai pelbagai warna dan tekstur berbeza-beza agar mudah dibentuk dan dipadankan mengikut kesesuaian ruang.
PAPAN KAYU
Papan kayu sebagai kemasan siling memang jarang kita lihat di negara ini tetapi bukan bermaksud ia tidak wujud. Kayu dapat menambah karakter kediaman serta merta menjadikan ruang lebih sofistikated dan elegan. Selain itu, siling kayu juga mudah untuk dipasang dan dengan penjagaan yang rapi, ia boleh tahan dalam jangka masa yang lama.
CAT
Dengan mnegecat siling putih yang hambar, anda dapat memberikan life baru untuk sesuatu ruang. Cat pada siling haruslah dari jenis yang tahan lama bagi mengelakkan ia mengelupas dan retak. Lapisan perlindungan juga boleh disapu pertahanan yang lebih mantap selain mewujudkan kilauan reflektif.
WALLPAPER
Kertas dinding yang ditampal pada siling adalah cara yang kreatif untuk menambah warna dan memberi mood pada mana -mana ruangan dirumah anda. Sebelum anda memasang kertas dinding pada siling yang kosong, pastikan ia betu-betul bersih dan rata. Pastikan anda menyapukan primer khas, dibuat khusus untuk digunakan bersama wallpaper agar kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lebih lancar.
Jangan lupa Follow, Like & Share : Facebook IMPIANA, Instagram IMPIANAMY, Youtube IMPIANA TV, Tiktok IMPIANAMY
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI