Sabun pencuci pakaian mempunyai manfaat pada tanaman. Ramai pekebun berusaha mencari pelbagai cara atau kaedah untuk memastikan tanaman yang diusahakan bebas penyakit dan serangga. Ia secara tidak langsung dapat memastikan tanaman tumbuh secara optimum dan cantik. Selain membeli baja atau bahan pencegah penyakit dan serangga di pasaran, terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk menghasilkan bahan tersebut.
Tapi, ramai yang tak tahu sabun pencuci selain dugunakan untuk membersihkan kotoan pada pakaian, ia mempunyai manfaat pada tanaman. Berikut 3 manfaat sabun pencuci pakaian untuk tanaman yang disenaraikan di dalam Balcony Garden Web
Campurkan setengah sudu garam, 2 sudu pencuci dan dua sudu cuka bersama 1 liter air. Larutkan campuran sampai sebati dan semburkan terus pada rumpai. Namun, harus berhati-hati. Pastikan tidak terkena pada tanaman lain kerana larutan ini bersifat panas dan akan memberi kesan kapada tanaman seperti daun terbakar
IKLAN
PENCEGAH SERANGGA PEROSAK
Larutkan 2 sudu pencuci pakaian bersama 1 liter air. Semburkan larutan tersebut terus pada serangga seperti semut. Jangankhuatir terkena pada tanaman, ini kerana larutan sabun tersebut berupaya menyeimbangkan pH atau profil nutrisi tanah
IKLAN
MENGAWAL KULAT
Seterusnya, manfaat sabun pencuci kepada tanaman adalah dapat mengawal kehadiran kulat terutamany dimusim hujan. Campurkan setengah sudu sabun pencuci dan satu sudu teh baking soda bersama 3 liter air
Larutkan dan sembur pada bahagian tanaman yang dijangkiti kulat. Namun perlu berhati-hati, lakukan pada sebahagian kecil tanaman sahaja terlebih dahulu dan berikan kuantiti semburan yang sedikit. Jika terlalu banyak ia akan memberi ancaman kepada tanaman
Apa khabar orang-orang Perak sekalian? Sihat ke? Ini ada satu khabar berita gembira bagi anda yang tinggal atau menetap di sekitar negeri Perak Darul Ridzuan.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya, gedung kelengkapan rumah, IKEA Malaysia kini menawarkan promosi istimewa diskaun pemotongan harga caj penghantaran ke seluruh negeri Perak melalui trak daripada serendah harga RM163 sahaja.
Bagaimanapun, harga terendah yang ditawarkan ini untuk kawasan yang terpilih sahaja antaranya di bandar Ipoh, Taiping, Batu Gajah, Seri Iskandar, Tanjung Malim dan banyak lagi.
Jika anda lihat pada gambar rajah di bawah juga telah tertera senarai harga caj penghantaran di beberapa kawasan lain seperti Kuala Kangsar, Sungai Siput dan Tapah bermula serendah harga RM218 sahaja.
Sebelum ini, IKEA telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM258 kepada setiap pelanggan yang mahu membuat penghantaran ke negeri Perak melalui trak.
Jadi, tawaran promosi ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda mendapatkan penjimatan yang lebih ketika berbelanja di gedung kelengkapan rumah IKEA.
Namun, tawaran istimewa ini hanya boleh dinikmati menerusi pembelian secara dalam talian dan para pelanggan di gedung IKEA cawangan Batu Kawan, Pulau Pinang sahaja.
Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, anda boleh layari laman sesawang www.ikea.com.my.
Foto/Sumber: Ikea Official Website/ Twitter @Twt_TanjongMalim
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
IMPIANA tidak pernah lupa untuk berkongsi tip terbaik untuk pembaca tercinta, masa serta zaman yang membuatkan kita semakin berubah dalam arena teknologi yang serba serbi canggih, betul tak? Kadang kala anda sendiri tidak sempat hendak ambil tahu apa pula teknologi terkini.
Seperti mana yang kita tahu, semua pemilik rumah akan menggunakan jubin dan kaca sebagai penganti cat pada ruang-ruang tertentu bukan. Tapi kali ini, IMPIANA nak kongsikan satu lagi produk yang mampu mengantikan dua bahan ini dengan baik untuk melengkapkan ruang kediaman anda dengan konsep dan gaya yang menjadi pilihan serta citarasa masing-masing.
Segala permukaan dalam rumah anda boleh ditukar dengan Admira Laminates. Admira Laminates Sdn Bhd ini telah lama bertapak dalam industri hiasan dalaman, selama 46 tahun. Sudah pastinya di usia begini mutu dan kualiti produknya tiada tandingan. Ia memberi 101 penyelesaian bagi masalah dinding di rumah anda yang anda tidak tahu. Jom IMPIANA cerita apa kelebihan laminates ini.
Ruang Tamu
Bila masuk rumah baru atau nak buat renovasi mesti ruang ini jadi pilihan pertama kan? Perkara pertama anda semua akan cantikan ruang ini dengan mengecat dan mencari dinding tumpu untuk dipasangkan cermin dan sebagainya. Betul tak?
Tapi anda lupa sesuatu dalam menghias, bila sudah siap dipasang cermin yang dikatakan mengikut trend dan sebagainya. Anak-anak anda yang sering bermain dalam rumah terhentaklah satu objek keras pada cermin tersebut, apa akan jadi? Pastinya retak atau sumbing. Hmmmmmm…. panjang keluhan itu, tak akan nak tukar bahagian retak mahupun sumbing tu sahaja kan, mesti kena tukar pada keseluruhannya. Melayang lagi duit. Itu baru satu masalah yang anda nampak kan.
Ruang Dapur
Ruang dapur semua orang tahu adalah nadi sesebuah kediaman, kalau tidak ada dapur kosong la perut. Jadi ruang dapur kenalah lengkap dan cantik sesuai untuk mak-mak dan kakak-kakak yang suka melaram. Kabinet dapur tidak boleh buat yang biasa-biasa ye, kena cari yang berkualiti. Sebab apa? Sebabnya kita nak pakai lama dan ruang ini adalah ruang yang lasak, penggunaan harian kita yang suka memasak dan memotong segala macam semuanya di ruang ini. Tapi macam mana hendak cantik, tahan lama dan berbaloi?
Penyelesaian
Admira Laminates ada menawarkan pelbagai jenis permukaan untuk kelengkapan rumah anda dari siling, dinding, kabinet dan sebagainya. Tapi kena tahu juga Admira bukan untuk lantai kediaman tapi semua ruang dalam kediaman boleh digayakan dengan laminates Admira ini.
Kelebihan Vs Kekurangan
Admira Laminates
Tahan lasak
Tidak mudah calar
Tidak mudah terbakar
Kalis air
Pelbagai design atau rekaan untuk pilihan
Penjagaan yang mudah
Anti bakteria
Produk label Go Green
Jubin
Mudah retak
Mudah lekat kesan kotoran
Mudah tertanggal
Sambungan antara jubin akan tinggalkan kesan kotor
Mudah biakkan bakteria
Penjagaan yang rumit
Cermin
Mudah Pecah dan sumbing
Penggunaan yang lama akan hasilkan bentuk gam pada permukaan cermin (yang macam peta kita nampak tu)
Kena gilap kerap untuk nampak berkilat
Mudah terbakar
Tidak kalis air
Penjagaan yang rumit
Ini adalah beberapa perbezaan yang boleh IMPIANA kongsikan. Raya dah bakal menjelma, rumah mesti nak nampak WOW! kan raya ni. Macam mana nak kabinet lama nampak baru? Guna sahaja Admira Laminates, tukar semua permukaan dalam rumah dengan gaya dan konsep anda. Kalau anda suka kan konsep marbel, cermin semuanya ada, pilih sahaja tepuk dada tanya selera.
Lihat ni berapa banyak pilihan yang mereka boleh tawarkan kepada anda, terdapat pelbagai jenis laminates yang pastinya memukau perhatian.
Kalau nak pakai untuk raya ini kan, IMPIANA memang syorkan sebab, anda tidak perlu mengetuk atau pecah atau apa sahajalah yang boleh menggangu halwa telinga jiran anda. Dengan Admira, pemasangan yang mudah, senyap tidak bising dan cepat juga selamat untuk seisi keluarga. Rugi lah kalau anda tidak pertimbangkan apa yang IMPIANA kongsikan ini.
Seperti perkongsian IMPIANA terdahulu, Seorang pakar mikrobiologi dan timbalan presiden di American Council on Science and Health, Alez Berezow berkata penggunaan sabun dan air untuk mencuci tangan lebih berkesan menghindari jangkitan kuman mahupun bakteria berbanding hand-sanitizer
Ketika COVID-19 mengancam dunia, stok hand-sanitizer bukan sahaja terhad malah harganya agak mahal hingga mencecah RM 40 untuk 500ml. Bagi keluarga besar, ia agak merunsingkan. Tambahan menurut Berezow dalam artikel terdahulu, hand-sanitizer ini akan mengeringkan tangan jika ia digunakan secara kerap.
Sehubungan dengan itu, Myra Chaqkey berkongsi tip mudah untuk cuci tangan menggunakan sabun ketika berada diluar jika tidak mempunyai stok sanitizer
SABUN BUKU ni boleh letak dalam beg bawak kemana-mana.. ada air boleh cuci tangan dengan sabun lebih baik dari hand sanitizer
Bahan-bahan:
Sabun buku (tak semestinya dettol, apa-apa pun boleh selagi ia berbuih)
Bekas letak susu (beli dekat kedai Eco. Tak ada letak dalam botol air mineral terpakai pun boleh)
Pemarut
HAND SANITIZER kalau dah pakai sebelum makan tolong cuci tangan ye
P/S: Lepas beli barang tu, cuba cari tandas dalam premis tersebut atau sinki. Kalau tak ada boleh sediakan air dalam botol 1.5L 2 botol dalam kereta untuk kemudahan mencuci tangan