
Memiliki sebuah rumah atas nama sendiri menjadi impian setiap orang. Tapi selalu kita dengar alasan tak mampu walaupun gaji RM 3K sebulan. Nak tahu kenapa anda tak mampu?
Orang tak mampu beli rumah terpecah kepada beberapa golongan:-
1. Asyik complain harga rumah mahal. Tapi tak tahu pun dia sebenarnya layak je nak beli dengan gaji dia. Tapi tak tahu nak kira kelayakan.
2. Asyik complain harga rumah mahal, sedangkan dia asyik tengok rumah idaman. Rumah idaman semua orang memang mahal. Yang murah ialah rumah mampu milik.
Kalau search kat mudah, julat harga ada dari puluh ribu sampai ratus ribu. Kena rajin je nak pergi melawat.
3. Asyik complain tak mampu beli rumah, tapi beli kereta mahal berhutang, beli handphone mahal berhutang, duit setiap bulan habis pergi jalan, shopping barang baru dengan korek duit simpanan. Kalau matlamat jelas, boleh disiplin, boleh je nak kumpul duit bayar deposit rumah.
Jaga DSR. Kalau loan pun dah bertingkek tingkek (kata WARIS dalam lagu dia), jangan la mimpi nak beli rumah idaman.
Tak semua orang Allah rezekikan harta dan ilmu. Cuma jangan merungut, teruskan usaha dan kalau tak mampu beli rumah, tak salah pun untuk menyewa.
Sumber: Hannan Shawalludin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Cara Upgrade Rumah Tanpa Perlu Keluarkan Wang

Dengar macam mustahil tetapi percaya atau tidak, yang anda boleh memberi wajah baru pada kediaman tanpa perlu membayar apa apa pun! YA. Anda hanya memerlukan sedikit kreativiti, imaginasi dan kerajinan untuk melakukannya. Tidak perlu rasa terbeban memikirkan ruang tamu yang kelihatan hambar dan bilik tidur yang tidak lagi menarik kerana hanya dengan sedikit perubahan, ruangan tersebut akan dengan serta merta berubah menjadi seperti sebuah ruangan yang baru.
Mari ikuti tip-tip ini untuk upgrade rumah yang lama menjadi baru tanpa perlu mengeluarkan sebarang belanja.
Perbaharui Susun Atur Ruang Tamu
Pertama sekali, cuba tanya pada diri anda, “Adakah ruang tamu saya ini berfungsi sepenuhnya dengan baik?”. Mungkin produktiviti ruang tamu yang biasanya kita guna hanyalah 40%. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan fungsi selebihnya? Majoriti ruang tamu boleh diperbaiki dengan hanya menggerakkan perabot.
Tukarkan ruang tamu anda menjadi lebih mesra pengguna; bukan saja untuk menonton TV tetapi juga mempunyai suasana yang menggalakkan perbualan. Jika anda masih tidak tahu, kerusi tidak semestinya perlu dirapatkan ke dinding. Jadi anda boleh alihkan sofa dan kerusi-kerusi lain agar lebih dekat antara satu sama lain bagi mewujudkan kenyamanan.
Wujudkan Dinding Galeri
Daripada anda gantungkan gambar-gambar kenangan peribadi merata diseluruh rumah, lebih elok jika anda kumpulkan semua gambar berharga tersebut dan gantungkannya pada satu dinding yang juga boleh dijadikan sebagai focal point sesebuah ruang. Bergantung pada berapa ukuran dinding, anda boleh susun bingkai gambar mengikut kesesuaian tetapi pastikan anda tidak menggantung terlalu banyak bingkai bersaiz kecil kerana ia akan membuatkan dinding nampak semak dan sibuk.
Waktu Untuk Spring-Cleaning !
Melainkan barangan tersebut ;
a) masih berguna
b) mempunyai nilai sentimental
Selain itu, buangkan saja. Proses decluttering ini akan membuatkan anda rasa lebih baik dan ruang akan terasa lebih nyaman dan ‘ringan’. Rumah anda bukan stor jadi apa apa objek yang tidak lagi memberi kemudahan dalam kehidupan seharian anda pelu dihapuskan atau dibawa keluar dari rumah.
Ubah Kedudukan Katil
Sedar atau tidak, mungkin anda telah letakkan katil pada dinding yang salah. Jangan khuatir, inilah masa yang sesuai untuk anda fikirkan susun atur yang baru untuk ruang paling intim dalam rumah anda.
Dengan pengecualian tertentu, katil seharusnya diletakkan di dinding yang paling ‘panjang’ di dalam bilik. Jika anda letakkan katil di dinding yang lebih pendek, ia akan memberi banyak ruang mati di kaki katil dan menjadikan bilik anda kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar.
‘Hidupkan’ Pasu Yang Kosong
Perkara yang paling mudah anda boleh buat untuk mendapatkan nafas baru buat sesebuah ruang. Dengan sedikit tumbuh-tumbuhan hijau di rumah anda boleh membawa kesegaran taman masuk kedalam. Anda tidak perlu membeli pun, cukup saja dengan dedaun hijau yang anda boleh jumpa diluar rumah.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Tidakan Yang Boleh Anda Ambil Terhadap Jiran Yang Mempunyai Bulus Suka Buat Onar

Isi Kandungan
ToggleKucing jiran membuang hajat di laman rumah anda? Anjing jiran sepahkan sampah depan rumah anda? biasa lah, nama pun hidup berjiran. Memang tidak akan lari dari masalah bukan sahaja sesama manusia yang mempunyai akal, namun pada haiwan peliharaan nya juga.
Yang boleh tahan, ANDA HEBAT. Tapi, yang dah tak sanggup hingga menyebabkan kerosakan harta benda, ini perkongsian peguam hartanah Syazwan Mohd Jafri
Baca Juga: Jiran Suka “Block” Laluan Masuk Rumah, Boleh Di Denda RM 1000
Bila sebut hal hartanah, pastinya tidak boleh lari dari hidup berjiran. Hidup berjiran, pasti timbul isu haiwan peliharaan, kucing dan anjing terutamanya. Mungkin isu sensitif terhadap sesetengah, tapi penting untuk tahu. Saya cuba ringkaskan dan straight to the point.
TANGGUNGJAWAB PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN – ANJING
Antara undang-undang di Malaysia yang menyebut tentang tanggungjawab Pemilik haiwan peliharaan (bagi pemilik anjing) adalah:-
Seksyen 6 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336): Jangan biarkan anjing peliharaan mengejar orang.
Seksyen 7 Akta 336 – Jangan biarkan anjing peliharaan menyebabkan bahaya atau merosakkan harta benda.
Seksyen 8 Akta 336 – Jangan biarkan anjing peliharaan menyerang atau menakutkan orang.
Jika biarkan juga dan didapati bersalah, boleh didenda RM100 jika jiran report polis.
TANGGUNGJAWAB PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN – KUCING
Untuk kucing pula, undang-undang lebih umum iaitu Seksyen 80 dan 81 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) – Jika pemilik kucing biarkan si bulu mereka berkeliaraan dan berak merata (contohnya), dikira “kacau ganggu” dan jiran boleh report ke Pihak berkuasa tempatan.
HAK-HAK JIRAN UNTUK MENGADU
Jika jiran-jiran mendapati haiwan peliharaan menganggu mereka, sememangnya mempunyai hak untuk mengadu. Maka tanggungjawab adalah pada kita sebagai pemilik untuk memastikan si bulu dan si comel kita, tidak menganggu mana-mana pihak. Pelihara haiwan, dan Pelihara keharmonian kejiranan juga.. Maka jelas lah undang-undang berkait dengan haiwan peliharaan.
INFO TAMBAHAN DAN SELINGAN
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kajian Kes Dedah Kawasan Berisiko Tinggi Pembentukan SINKHOLE Di Kuala Lumpur & Ampang Jaya

Isi Kandungan
ToggleKajian Kes Dedah Kawasan Berisiko Tinggi Pembentukan SINKHOLE Di Kuala Lumpur & Ampang Jaya. Kejadian seorang wanita warga India terjerumus ke dalam lubang benam di Masjid India baru-baru ini cukup membimbangkan ramai pihak.
Ramai yang bimbang dengan keselamatan diri apabila berada di lokasi ini. Adakah rumah yang di didiami di kawasan berpontensi untuk pembentukan sinkhole ini benar-benar selamat untuk diduduki dan terhindar dari bencana.
Pendedahan daripada Public Health Malaysia mengenai kajian kes kawasan berisiko tinggi pembentukan sinkhole di Kuala Lumpur dan Ampang Jaya ini boleh dijadikan panduan.
Kajian “Sinkhole Susceptibility Hazard Zones Using GIS and Analytical Hierarchical Process (AHP): A Case Study of Kuala Lumpur and Ampang Jaya” oleh Rosdi et al. (2017)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi terhadap pembentukan sinkhole, yang boleh memberi implikasi serius terhadap pembangunan infrastruktur dan keselamatan awam.
Kajian ini menggunakan gabungan teknologi GIS dan AHP untuk menghasilkan peta risiko yang boleh membantu dalam perancangan bandar dan mitigasi bencana.
5 Parameter Utama
Lima parameter utama yang digunakan dalam kajian ini termasuk jenis batuan, penggunaan tanah, kedalaman air bawah tanah, dan lain-lain, adalah faktor penting dalam perkembangan sinkhole.
Lokasi Kejadian Sinkhole Sebelum Ini:
• Ampang
• Pudu
• Kepong
• Kg. Baru
Lokasi dengan Risiko Rendah (Low Risk):
• TTDI
• Bukit Jalil
• Sg. Besi
Lokasi dengan Risiko Tinggi (High Risk):
• Pudu
• Cheras
• KLCC
Lokasi dengan Risiko Sangat Tinggi (Very High Risk):
• Kepong
• Kg. Baru
• Ampang
• Pandan Jaya
Kajian ini juga menyarankan agar teknologi ini diterapkan secara meluas dalam perancangan bandar dan pengurusan risiko bencana untuk mengurangkan kesan negatif terhadap infrastruktur dan keselamatan awam.
Sekadar info, lubang benam (sinkhole) berlaku akibat pergerakan tanah.Mendapan tanah dipercayai akibat beberapa kemungkinan. Antaranya perubahan kandungan air dalam tanah di bawah permukaan muka bumi. Keupayaan struktur tanah untuk menanggung beban daripada atas akan berkurangan sekiranya kandungan air atau kelembapannya berkurangan.
Misalnya tanah yang lembap bersifat lempung seperti ‘clay’. Andai berlaku pengeringan, lempung dan lodak ini akan mengecut menyebabkan struktur tanah berubah.
Kestabilan tanah akan bertambah buruk jika muka air bawah tanah atau ‘water table’ menurun secara mendadak mengakibatkan kekurangan tekanan hidrostatik untuk menyokong beban yang sedia ada.
Andaian kedua berkemungkinan daripada pemampatan tanah yang tidak seimbang. Isu itu berlaku akibat tanah yang ditambak menggunakan bahan buangan pembinaan bercampur dengan bahan bukan batuan sekali gus menyebabkan mendapan di luar jangka.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca: Berdepan Risiko Rumah Bocor, Bumbung Konkrit Rata Tinggi ‘Maintenance’ Tak Sesuai Cuaca Di Malaysia
Baca lagi Di Sini:“Jangan Pakai Concrete Slab…”, Tukang Ini Kongsi Panduan Pilih Bumbung Terbaik Untuk Rumah
Artikel Menarik: “Jangan Pakai Concrete Slab…”, Tukang Ini Kongsi Panduan Pilih Bumbung Terbaik Untuk Rumah
IMPIANA: Semoga lebih berwaspada dengan lokasi kawasan berpontensi dengan pembentukan sinkhole ini. Semoga pihak berwajib mengambil langkah serius dalam mengenalpasti kawasan berpontensi ‘sinkhole’ bagi mengelakkan bencana berlaku.
Sumber: Public Health Malaysia
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI