Ramai antara kita yang cuba elak untuk membeli rumah sub sale. Kenapa? sebab biasanya tidak tahu cara dan ada yang beranggapan rekaan nya kurang menarik, busuk, buruk. Tapi kalau setakat design atau rekabentuk rumah sudah berusia dan nampak usang, tidak ada masalah. Cat dan kemas kan semula dan rumah tersebut akan nampak seperti baru.
Tapi ada juga yang kata, takut kena tipu dengan agen. Ok bagi mengatasi masalah ini, ikuti 21 langkah WAJIB ini sebelum anda membeli rumah sub sale.
FASA 1: Kenali latar belakang perunding hartanah (PH)
1. Hubungi perunding hartanah (PH) yang dilantik oleh pemilik rumah untuk membuat bayaran tempahan.
2. Semak dulu pendaftaran perunding hartanah (PH) yang dilantik.
3. Bermula tahun 2014, sudah mula berkuatkuasa di mana semua PH perlu mendaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).
4. Bagaimana ingin menyemak PH itu berdaftar secara sah atau tidak? PH yang berdaftar akan dibekalkan dengan tag nama yang mempunyai QR code oleh LPPEH.
5. Apabila kita scan QR code gunakan aplikasi di smartphone, maklumat lengkap PH akan terpapar di smartphone.
FASA 2: Peringkat dan cara pembayaran
6. Bila sudah buat keputusan untuk membeli rumah subsale, sediakan dulu duit tempahan awal (earnest deposit) sebanyak 3.5% daripada harga jualan.
Ads
7. Sebagai contoh, harga jualan rumah tu adalah RM300,000. Bermakna, earnest deposit yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM10,500.
8. Bayaran ini boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek (lebih baik) yang dikeluarkan atas nama syarikat PH yang dilantik. INGAT YA, ATAS NAMA SYARIKAT PERUNDING HARTANAH. BUKAN INDIVIDU
9. Kalau anda ingin buat pembayaran tunai, sila buat bayaran dekat pejabat berdaftar PH yang dilantik, dan dapatkan terus resit salinan rasmi.
10. Jangan sekali-kali buat bayaran tunai di luar pejabat PH yang dilantik untuk elakkan sebarang kejadian buruk berlaku.
11. Selepas bayaran dilakukan & telah mendapat resit rasmi, PH yang dilantik akan mengisi borang Agreement to Purchase.
Pembeli perlu tandatangan borang ini sebagai menyatakan persetujuan untuk membeli rumah tersebut.
Ads
FASA 3: Penyediaan dokumentasi
12. Perunding hartanah (PH) yang dilantik akan bawa borang Agreement to Purchase kepada penjual, untuk dapatkan tandatangan pengesahan persetujuan untuk menjual.
13. Kalau rumah tersebut atas nama dua orang pemilik, kedua-dua pemilik asal itu perlu turunkan tandatangan sebagai persetujuan.
14. Pemilik asal juga perlu serahkan salinan kad pengenalan dan S&P (Sales and Purchase Agreement) lama rumah tersebut untuk diserahan kepada pemilik baru.
15. PH yang dilantik, akan serahkan satu salinan Agreement to Purchase, kad pengenalan pemilik, dan S&P asal rumah itu kepada pembeli.
Ads
16. Pembeli seterusnya akan serahkan semua dokumen kepada lawyer untuk proses penyediaan S&P yang baru.
17. Tempoh yang diberikan untuk siapkan S&P baru adalah selama 14 hari bekerja.
FASA TERAKHIR: Bayaran akhir
18. Peguam akan maklumkan kepada pembeli dan penjual sebaik saja S&P sudah siap.
19. Pembeli perlu sediakan cek atas nama peguam dengan baki bayaran deposit (6.5%), selepas kedua-dua pembeli dan penjual tandatangan S&P yang baru.
Kemudian, peguam akan serahkan cek kepada penjual.
20. Pembeli diberi masa untuk uruskan loan dan selesaikan transaksi jual beli.
21. Semua transaksi selepas ni, akan diuruskan oleh peguam.
Sumber: gilahartanah.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Secara dengan tidak sengaja apabila melihat rekaan sofa dengan ribuan sulaman benang warna-warni ini, pada awalnya berasa terkejut kerana rekaan sofa ini tampak begitu berbeza sekali.
Mana tidaknya, rekaan sofa ini tidak kelihatan seperti yang lain atau kebiasaan di pasaran luar. Tampak unik dan berbeza, sudah semestinya rekaan yang dimiliki pada sofa ini sememangnya telah menarik perhatian.
Jika kita lihat pada gambar yang memaparkan rekaan sofa ini permukaan luar telah direka dengan ribuan sulaman benang warna-warni.
Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik seperti burung kakak tua dan banyak lagi. Namun begitu, adakah rekaan sofa seperti ini sesuai untuk dekorasi hiasan dalaman kediaman?
Pada pendapat anda pula bagaimana? Adakah anda merasakan rekaan sofa ini unik atau pelik di mata anda? Sila kongsikan bersama IMPIANA.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Kita adakala begitu ghairah hias bilik anak. Sampai tak tahu nak bezakan mana yang perlu mana yang kita mahu. Adakala terlebih spend benda yang terlalu awal untuk bayi kita mengerti. Sudahnya buruk begitu je. Sakit juga hati kan kekadang membazir tak tentu pasal. Budak besar cepat jadi ada cara kita boleh up date hiasan bilik mereka sepantas mereka membesar. Bijak berbelanja, kita juga yang untung…
Bajet dan Usia Suai padan barang baru dan lama. Janji warna meriah. Dalam soal ini, terpulang kepada bajet masing-masing. Ada yang mahu berhabis untuk sebuah kamar kanak-anak yang cantik dan serba lengkap. Namun ada yang lebih senang bermula dengan asas, dan sedikit demi sedikit di up grade selaras dengan usia anak mereka, berdasarkan tumbesaran di anak. Jadi ketika usianya dalam empat ke lima tahun ketika mula berkembang tumbesaran nya, kamar si manja sudah hampir lengkap dan tidaklah membebankan kita.
Mudah dikemas, mudah disimpan dan disuai padan. Murah tak mengapa asal tahan lama.- Jika boleh
Pemilihan Konsep Pelbagai konsep menarik di luar sana. Kita sendiri jadi rambang mata di buatnya. Selain tema biasa untuk nak lelaki atau perempuan, kini kita juga punya tema sukan, superhero, haiwan malah tema vintage kamar kanak-kanak Inggeris yang mengimbas kita ke zaman kolonial atau kedesaan. Malah setiap tema ini juga sudah punya produk sampingan yang boleh anda miliki bagi menjadikan kamar lebih tersusun rapi.
Ilham hebat cakerawala…perancangan agak rapi ni tapi berbaloi
Padanan Warna Jangan sesekali sekat kreativiti anda hanya dengan dua warna utama ini. Merah jabu dan biru muda. Kamar kanak-kanak kini sudah jauh lebih advance dan jangan terkejut jika kamar bayi sahaja sudah ada pereka yang menggunakan rona coklat tua dan kelabu sebagai pilihan. Malah anda boleh memilih warna kuning atau hijau tanpa mengikut apa pun jantina anaknya. Ia lebih universal dan membentuk karakter si manja. Kini ramai juga ibu bapa yang lebih senang memilih rona pastel kerana ia sudah pasti mudah di suai padankan.
Pilihan pastel sememangnya tidak pernah menghampakan. Manakala pilihan warm neutral bersifat ever green.
Cat atau kertas dinding
Ini adalah dilema ibu bapa dalam menjadikan sebuah kanak-kanak tampil cantik lagi berseri. Cat atau kertas dinding? Ada yang memilih kertas dinding kerana mahu visual yang cantik dan memenuhi ruang kamar. Ada juga yang lebih selesa memilih 1 sudut sahaja dan selebihnya di cat dengan kreatif seperti belang horizontal atau pun belang vertikal. Yang mana satu mahu mu? Kini terdapat banyak pelekat menarik yang boleh anda pilih dan menjadikan suasana kamar si manja lebih meriangkan.
Dua pilihan berbeza namun sama cantik dan fun
Rekaan perabot Terdapat dua faktor yang boleh anda bahagikan jika mahu memilih perabot untuk anak anda. Bagi penstoran, anda boleh memilih perabot biasa tetapi mungkin warnanya bersesuaian dengan tema kamar anak anda. Jika tidak cari sahaja yang mudah di selaraskan. Juga jika boleh carikan perabot mesra kanak-kanak yang tidak berbucu tajam dan mudah dilaraskan berdasarkan usia mereka. Jangan membazir jika tidak punya peruntukan kecil. Jadi di samping menghidupkan suasana kamar si manja dengan hiasan lain, anda juga boleh pilih cadar, langsir, kusyen yang sesuai dengan tema utama.
Simple dan praktikal itu sudah cukup memadai..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Si cilik, dalam usia 3 hingga ke 5 tahun asyik dengan penerokaan meraka. Segala aktiviti yang dilakukan tidak memikirkan kesan atau bahaya terhadap dirinya mahupun persekitaran. Salah satu mereka mengekspresi apa yang mereka baru belajar adalah dengan cara melukis.
Bagi anda yang memiliki anak berusia antara 3 hingga ke 5 tahun, diding bercontong adalah satu kebiasaan. Untuk mengelak dinding anda dipenuhi mural, sediakan buku atau papan sebagai ruang untuk anak anda melukis.
Tapi macam mana kalau perkara tersebut sudah terjadi? Aduh! sedih dan tidak keruan si ibu nak-nak bila dinding baru dicat. Apakah penyelesaian terbaik untuk membersihkan lakaran tersebut? Anda boleh cuba 6 bahan ini.
1. Soda bikarbonat
Basahkan kain sedikit dan celupkan ke dalam serbuk soda bikarbonat. Gosak bahagian kain yang telah dicelup tadi terus di atas permukaan lukisan tersebut engan perlahan-lahan. Confirm hilang
2. Cuka
Ambil sebatang berus gigi yang telah tidak digunakan lagi dan basahkan bahagian berus dengan cuka. Gosokkan berus tadi pada permukaan yang telah diconteng sampai bersih
3. Penyembur rambut
Sembur penyembur rambut di atas permukaan kesan conteng. Biarkan seketika untuk lukisan tu mengembang, tapi jangan sampai kering. Gunakan kain atau berus yang lebut dan gosokkan pada permukaan yang tealh disembur tadi
4. Krim pencukur
Sapu sedikit krim pencukur pada permukaan dinding yang telah diconteng. Guna kain atau berus yang telah dibasahkan dan gosok pada permukaan conteng sehingga hilang. Kalau buih pencukur dah habis, tambah lagi.
5. Mayonis
Dengar macam sedap. Tapi ia boleh hilangkan kesan conteng. Sapu mayonis pada permukaan conteng. Biarkan seketika dan bersihkan dengan kain yang telah dibasahkan
6. Ubat gigi
Gunakan pes ubat gigi yang tak ader gel. Letakkan sedikit pada berus gigi yang telah tidak digunakan lagi dan gosok pada kesan contong. Kemudian dicuci dengan kain yang telah dibasahkan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...