







Kredit : Carian gambar Google dan Pinterest
Anda mungkin berminat dengan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di








Kredit : Carian gambar Google dan Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KOHLER Katalyst.
Sempena meraikan ulang tahun ke-146 tahun ini, Kohler Co. dengan bangga memperkenalkan teknologi semburan udara Induksi Air Katalyst yang berinovatif serta ke arah global dalam reka bentuk dan pembuatan produk dapur dan mandi. Dikenali dengan reka bentuk dan inovasi paling hadapan, KOHLER berjanji untuk memberikan pengalaman mandian hujan dengan penuh rasa mewah dan mendalam untuk mandian yang luar biasa.
KV 2 LOW.
Wow! Hebatnya teknologi Katalyst Air-Induksi yang canggih membuatkan KOHLER dapat membekalkan air ke dalam udara dengan 2.2 liter dan 2.5 galon air per minit – sehingga 60 peratus udara setiap enam puluh saat. Ini memaksimumkan campuran udara dan air untuk aliran yang berkuasa. Udara dan air bercampur dengan sempurna dan diedarkan secara sama rata ke setiap muncung, menghasilkan titisan air yang lebih besar yang mengekalkan haba mereka lebih lama, memberikan rasa kehangatan dan keselesaan.
KOHLER_GF BETTER_3.
Reka bentuk KOHLER memberikan jumlah tenaga dan semburan yang optimum dan peningkatan pembersihan dan pencucian rambut yang cukup sempurna. Seakan dibelai sewaktu mandi dengan semburan mandian istimewa ini. Masalah tekanan air yang rendah tidak menjadi masalah dengan semburan ini. Nombor, saiz dan pengedaran muncung akan dioptimumkan lagi untuk menyampaikan air pada suhu yang sama di seluruh badan anda. Selain itu, reka bentuk yang lebih nipis dan reka bentuk auto mengurangkan susunan selepas mandi.
KOHLER_Rainduet_2.
Teknologi Katalyst Air-Induksi boleh digunakan untuk mandi overhead serta pancuran mandian. Ia sesuai untuk KOHLER Katalyst Air Showerheads dengan teknologi Racetrack. Tersedia dalam pelbagai saiz dan pilihan, KOHLER Katalyst Air Showerheads mempunyai reka bentuk yang bersih dan kontemporari serta menampung pelbagai gaya bilik mandi.
KOHLER_Rainduet_3.
KOHLER_Rainduet_1.
Ia juga sesuai untuk pengendalian tangan organik Rain Duet dengan teknologi Katalyst Air-Induction. Mempunyai tiga liputan liputan, urut dan disasarkan – untuk pengalaman mandi yang unik dan menyeronokkan, bentuk geometri dan moden direka untuk menjadi ergonomik dan mudah digunakan. Dengan tiga semburan dan penyembur 110 mm untuk liputan yang konsisten, dan bentuk organik yang direka untuk menjadi ergonomik dan mudah digunakan untuk setiap yamg mengidamkan mandian sempurna setiap masa.
Tunggu apa lagi cuaca tengah panas nie… dapatkan lah satu set pancuran mandian daripada KOHLER yang cukup istimewa ni…!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

Tiba-tiba almari kayu roboh. Bila diperiksa rupanya dah lama almari anda menjadi habitat si anai-anai. Nasib baik tiada melibatkan nyawa. Sekadar membuang perabut atau kayu yang dimusnahkan tidak memadai. Nanti, koloni anai-anai tersebut akan berpindah ke bahagian kayu yang lain.
Tak kiralah pada dinding mahupun bingkai selagi adanya bahan yang boleh di mamah anai-anai terutamanya kayu. Jika terkesan kehadiran si anai-anai, sebaik rawatan segera perlu dilakukan sebelum seberang bencana lebih besar menimpa. Terdapat banyak kontraktor kawalan serangga yang sedia berkhidmat, namun harga mereka bukan kepalanga. mahu cecah ribuan untuk merawat dan mencegah anai-anai di seluruh rumah.
Jadi, selain mendapatkan khidmat kontraktor kawalan serangga, apa kata anda guna petua-petua mencegah dan merawat seranggan anai-anai dengan langkah-langkah mudah berikut:
Air cucian beras
Selalu kita cuci beras, air basuhan pertama dan kedua pasti kita biarkan ianya mengalir ke dalam lubang singki. Tahukah anda ianya amat mujarab dalam usaha untuk mengusir anai-anai dari terus bersarang di rumah. Hanya siramkan sahaja air tersebut keliling sarang serta tuangkan ke dalam lubang untuk pembasmian mutlak.
Minyak tanah
Ia amat sinonim dalam mencatikkan laman terutamanya menjelang hari raya untuk menyalakan pelita. Selain daripada menerangi malam anda, ia amat bermanfaat jika anda semburkan minyak tanah terus ke kayu yang menjadi bahaman koloni anai-anai. Nak lagi kesan yang efektif, campurkan dengan minyak serai, lagi mujarab.
Air Tembakau
Dari anda rosakkan jantung sebab merokok, lebih baik invest sedikit wang pembelian rokok dengan mengambil daun tembakau daripada puntung dan campurkan dengan air serta perap selama satu malam. Semburkan Air perapan di sekeliling rumah dan koloni anai-anai. Sasarkan kepada kayu yang diserang serta ‘rumahnya’.
Air Garam
Air garam memang banyak manfaatnya, nak sedapkan lauk, rawat luka dan juga basmi anai-anai. Cara nak buat air semburannya sama seperti guna daun tembakau, campurkan dengan air tawar dan biar selama satu malam dan sembur di setiap laluan anai-anai, di kayu dan juga dalam sarangnya.
Air Kapur Sireh
Anatomi badan anai-anai bersifat lembut serta berkulit nipis. Air panas yang dihasilkan daripada campuran kapur sireh dan menyebabkan jisimnya mengecut dan mati dengan cepat. Untuk penggunaannya, sama sahaja iaitu melalui kaedah semburan.
Racun
Akhir sekali, kalau tak jalan juga, guna air racun pembasmi serangga dan semburkan ke arah-anai, tapi pastikan sewaktu membancuhnya anda ikuti aturan yang telah ditetapkan oleh pengeluar racun. Takut nanti, niat nak bersihkan rumah dari anai-anai, anda pula yang terjejas sebab racun makan tuan.
Selamat Mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

Pengalaman menarik ini terhidang dalam pakej lengkap di Tiarasa Escapes yang terletak di Janda Baik. Lebih uniknya, percutian di Tiarasa Escape berkonspekan glamping di mana bilik inapnya dibina dari khemah safari dengan tatapan dekorasi gaya mewah mengikut tema tersendiri.
Tiarasa Escape merupakan milik Pengarah terkenal Puan Sri Tiara Jacquelina. Kenangan ketika kecil dan pengalaman berada di negara orang menjadi inspirasi untuk dikongsikan bersama sehingga terbinanya sebuah resort mewah dengan gaya yang tersendiri.
Untuk memastikan segala hasrat dan impian berjaya dizahirkan dengan pakej sempurna, kontraktor dan arkitek landskap dari WHZ Environmental Design Sdn. Bhd. telah dilantik. Syarikat perunding dan pembina landskap yang tidak asing lagi untuk industri landskap yang berpusat di Kuala Lumpur ini sinonim dengan pembinaan berskala besar terutamanya dalam pembinaan mampan landskap di seluruh Malaysia.
Objektif pemilik adalah untuk mengekalkan sebaik mungkin aset semula jadi yang tersedia. Oleh itu sebelum melakukan sebarang kemajuan pembangunan, perunding telah melakukan sebuah inventori di mana mendapati selain sungai utama iaitu Sungai Nerong melintasi lot resort ini, terdapat sebuah laluan mata air yang berpunca dari bawah tanah di tengah-tengah tapak.
Selain itu juga, pokok buah perlu dikekalkan untuk menjadi salah satu tarikkan tambahan. Oleh kerana lot resort ini terletak di kawasan yang sedikit bercerun, rekaan dan keseluruhan resort perlu mengikut kontur sedia ada. Kerja-kerja ground work yang melibatkan pemotongan dan penambakkan tanah hanya ditahap minima bagi mengurangkan impak persekitaran sedia ada.
Selain berdasarkan inventori sedia ada terdapat di dalam lot pembangunan resort ini, pemilik dan pereka turut melakukan kajian terhadap persekitaran tapak agar tidak menerima impak kepada pembangunan yang dimajukan di dalam resort. Antara yang dititik beratkan adalah sosio dan budaya yang tersedia, penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti kayu dan batu, penglibatan komuniti setempat dan kajian terhadap kualiti air.
Berdasarkan dari inventori tersedia, Pereka membina sebuah resort berkonsepkan glamping yang diimpikan Puan Seri Tiara. Fokus utama adalah penyediaan landskap yang lestari. Mata air yang terdapat di tengah-tengah lot dimanfaatkan dengan dijadikan sebagai sebuah kolam dengan bentuk organik agar menyatu dengan landskap tersedia. Batu besar yang tertanam di dalam tapak tidak digugat kedudukannya dan dijadikan sebagai elemen unik kepada keseluruhan set landskap.
Terdapat 20 buah khemah mewah gaya safari dan 5 buah villa tree top lengkap dengan penghawa dingin, bilik mandian tub dan tandas dibina dengan ciri terbuka yang membuatkan gaya bilik air ini lebih menarik. 20 biji khemah mewah gaya safari diinspirasikan melalui era pengembaraan White Rajah yang merupakan salah seorang pemerintah British di Sarawak. Selain itu juga, aksesori etnik Sarawak dipadukan menjadi perincian bagi keseluruhan dekorasi khemah penginapan.
Bagi 5 buah villa tree top pula, ia memaparkan konsep dekorasi dalaman yang menjadi impian pemilik seusia kanak-kanak. Setiap villa di lengkapi anjung sebagai ruang santai memberi peluang kepada pengunjung menikmati kesegaran alam yang tersedia. Konsep utama dekorasi rumah pokok ini adalah Boho Chic dan gaya Coachella.
Bagi mempelbagaikan lagi aktiviti di Tiarasa Escapes, pemilik turut menyediakan restoran diberi nama Rasa in the Rainforest yang sedia menyediakan hidangan di waktu pagi, tengah hari dan malam. Memberi pilihan, pengujung turut boleh menikmati hidangan di The Red Dragonfly Poolside Cafe.
Antara aktiviti lain yang menarik turut ditawarkan di Tiarasa Escapes adalah Jungle walk, bird watching, moonlight cinemas, Daily Lighting Of The Magical Bonfire Ceremony, Riverside picnic dan pelbagai lagi. Selain menjadi penginapan gaya glamping, Tiarasa Escapes turut menerima tempahan untuk sebarang majlis keraian atau perkahwinan dan team building.
Berdasar kepada keseluruhan tatapan yang dizahirkan pereka dan inspirasi diberi pemilik menjadikan resort gaya glamping ini bukan sahaja menjadi ikon dan membangunkan industri pelancongan Malaysia malah industri landskap sendiri. Melalui kriteria perancangan dan pembangunan yang telah dilakukan, Tiarasa Escape dinobatkan sebagai Project Of The Year, Malaysia Landscape Architecture Award 2018 oleh penal juri yang telah dilantik oleh Institut Landskap Malaysia (ILAM) Pada malam gala bulan April yang lalu.
Nak tahu lebih detail tentang cita rasa Datin Seri Tiara dalam menzahirkan resort gaya galamping ini, apa kata kita tonton video 360 yang disediakan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
