Tak mustahil hydrangea atau bunga Siti zubaidah tumbuh subur di Malaysia. Namun, iklim khatulistiwa Malaysia sentiasa panas dan lembap menyebabkan hydrangea mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Antara penyakit yang kerap menyerang hydrangea adalah seperti berikut

Tompok melecur pada daun
Bahagian daun hydrangea antara yang paling kerap dan mudah diserang penyakit. Hal ini disebabkan oleh teksturnya. Antara penyakit yang kerap mengancam bahagian daun hydrangea adalah tompokkan seakan melecur pada bahagian daun. Penyakit ini berpunca daripada fungus Cercospora, Alternaria, Phyllosticta atau Anthracnos. Keadaan ini disebabkan oleh kondisi bahagian bawah pokok yang terlalu lembap.

Penyakit Utama Yang Kerap Mengancam Hydrangea dan Langkah Untuk Atasinya

Penyelesaian: Untuk daun yang telah dijangkiti, cantas dan musnah kan segera semua sebelum berjangkit ke bahagaian tanaman lain. Untuk mengatasi masalah ini daripada berlaku, pastikan medium tanaman betul-betul kering sebelum lakukan siraman sekali lagi atau cantas sebahagian kecil rumpun pokok untuk memberikan pengudarran dan pencahayaan telus ke bahagian lain tanaman

Penyakit berpunca dari virus
Terdapat lebih 15 jenis virus yang menyerang hydrangea. Kehadiran virus biasanya dibawa oleh serangga jenis penghisap yang ditinggalkan pada bahagia yang telah digigit.

IKLAN

Tiada rawatan khas untuk memulihkan serangan virus pada hydrangea. Pilihan terbaik adalah dengan memusnahkan tanaman tersebut sebelum berjangkit ke tanaman lain. Oleh itu, bagi mengelak tanaman kesayangan anda musnah, lakukan kawal dan penyelenggaraan secara berkala.

Serangan serangga
Terdapat 3 jenis serangga yang kerap mengancam tanaman hydrangea. Antaranya ialah Powdery mildew, rust dan botrytis blight.

IKLAN

Powder mildew biasanya akan menyerang bahagian daun dan bunga terutamanya kudup. Untuk atasi masalah ini, kurangkan kepadatan pada rumpun tanaman untuk memberi lebih pengudaraan dan elak kondisi yang lembap. Bagi tanaman yang telah dijangkiti, segera buang dan musnahkan

Penyakit Utama Yang Kerap Mengancam Hydrangea dan Langkah Untuk Atasinya

IKLAN

Rust antara punca serangan yang mengganggu rupa fizikal hydrangea terutamanya pada bahagian daun. Cara untuk atasinya sama seperti powdery mildew

Penyakit Utama Yang Kerap Mengancam Hydrangea dan Langkah Untuk Atasinya

Sebenarnya, warna pada hydrangea juga anda boleh kawal sama ada nak hasilkan ia berwarna unggu, pin atau biru. Nak tahu macam mana anda boleh hasilkan warna hydrangea mengikut cita rasa [klik sini] 

Penyakit Utama Yang Kerap Mengancam Hydrangea dan Langkah Untuk Atasinya

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI