kwsp 2

Pernah tak rasa terbeban nak bayar duit pinjaman rumah? Ada tu sampai tertunggak berbulan-bulan lamanya. Kenapa perlu berlaku demikian sedangkan ada solusi yang paling mudah dan cepat. Jika anda seorang pencarum KWSP, wang di dalam akaun ke-2 boleh digunakan untuk tujuan melunaskan bayaran bulan pinjaman perumahan. Ada tu, boleh setel lebih dari setahun. HA! terkejut dan terujakan?

sebenarnya, kaedah ini ramai yang tak tahu. Kepala diasak setiap hujung bulan untuk lunaskan pinjaman perumahan. Jadi lebih meruncing apabila wang banyak digunakan pada bulan tersebut seperti perbelanjaan anak nak masuk sekolah, raya dan lain-lain. Dengan baki minima RM 600, anda dah boleh mohon untuk keluarkan duit KWSP untuk tujuan pembayaran pinjaman perumahan. Selain KWSP, buat perbandingan loan dengan cepat dan mudah di iMoney. Antara syarat-syarat lain:

KELAYAKAN MEMOHON
1. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN
2. Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2
3. Ahli yang layak memohon adalah:
i. Warganegara Malaysia; ATAU
ii. Bukan warganegara Malaysia yang: Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)Senang Bayar Ansuran Pinjaman Perumahan Dengan KWSP

SYARAT- SYARAT PENGELUARAN
1. Ahli seorang pembeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar ATAU Pembina DAN peminjam atas / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townshouse’ / SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman

2. Mempunyai baki pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut:

IKLAN
  •  Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta
    PerkhidmatanKewangan Islam 2013
  •  Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  •  Majikan ahli
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
  • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia

3. Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP Simpanan yang dikeluarkan adalah untuk membayar pinjaman ansuran bulanan sebenar yang telah bermula

4. Pembiayaan semula (‘re-finance’)

  • Baki pinjaman yang diambilkira adalah merujuk kepada baki pinjaman perumahan asal yang diambil daripada pemberi pinjaman pertama atau mengikut baki pinjaman terkini, yang mana terendah
  • Jika melibatkan beberapa pemberi pinjaman, surat tebus hutang akan dibandingkan dengan baki terkini bagi menentukan amaun yang layak diambilkira untuk pengeluaran
  • Permohonan ahli tidak layak jika baki pinjaman asal telah selesai

5. Pengeluaran ini boleh dibuat untuk mana-mana rumah di Malaysia tertakluk kepada sebuah rumah bagi setiap ahli.
Pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) hanya boleh dibuat bagi rumah yang sama

IKLAN

6. Boleh membuat pengeluaran dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula. Bagaimanapun, bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuatkuasa

7. Boleh membuat pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) pada bila-bila masa dan paling awal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan yang terdahulu selesaiSenang Bayar Ansuran Pinjaman Perumahan Dengan KWSP

8. Boleh membuat pengeluaran secara serentak sama ada untuk Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan mengikut jenis pengeluaran sedia ada DAN Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

IKLAN

9. Tempoh bayaran bulanan yang dipohon adalah tidak melebihi umur 55 tahun

10. Ahli yang mempunyai tunggakan pinjaman perumahan yang berstatus NPL (’Non Performing Loan’) dibenarkan untuk memohon Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (PABPP) dengan syarat bayaran dibuat kepada pemberi pinjaman

11. Bagi ahli yang sedang menerima bayaran bulanan di bawah PABPP dan didapati mempunyai tunggakan pinjaman perumahan, permohonan PABPP ahli tidak dibatalkan tetapi kaedah bayaran ditukar kepada pemberi pinjaman

Untuk maklumat lanjut klik sin

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI