Kebiasaanya daun ketapang atau nama saintifiknya Terminalia catappa diguanakan untuk tujuan membungkus makanan seperti tempe, tapai dan sebagainya. Namun, ramai tak tahu daun ketapang mempunyai nutrien yang baik untuk tanaman. Bagi yang mengamalkan amalan kebun hijau, daun ketapang boleh menjadi hormon penggalak akar dan booster. Ia mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan yang rumit.
Hormon pengakaran ini boleh digunakan untuk:
1. Mempercepatkan proses tut pokok tanaman
2. Mengakarkan keratan batang pokok ( Tin, Rose, Mulbery)
3. Memulihkan pokok yang dialihkan
4. Menyuburkan tanaman yang mengalami kerosakan akar
5. Menyuburkan Medium Tanaman.
Ads
Cara Membuat Hormon Pengakaran:
1. Kumpulkan daun pokok Ketapang yang gugur. Pilih daun yang kekuningan dan masih segar..
2. Sukatannya ialah 1 kilo daun + 10 liter air
3. Ramas dan koyakkan helaian daun ketapang.
4. Rendamkan dalam air biasa minimum semalaman.
5. Simpan air rendaman yang mengandungi hormon daun Ketapang tadi.
6. Sisa daun yang direndam elok di letakkan pada pangkal pokok atau dalam pasu. Biarkan ia menjadi reput
Ads
Akar yang agresif di bawah timbunan daun ketapang
Cara penggunaan hormon:
Ads
Pokok> Boleh disiram setiap hari pada tanaman.
Keratan > Rendam keratan dalam air hormon semalaman sebelum ditanam.
Catatan: Perlu diingatkan air daun ketapang bersifat acidic. Penggunaan dalam jangka panjang bisa menyebabkan media menjadi masam (pH rendah).
Pokok betik sering dianggap tanaman yang mudah dijaga dan memberikan hasil yang cepat, pilihan popular di kalangan peminat tanaman di rumah. Namun, ramai tidak sedar bahawa menanam pokok betik terlalu dekat dengan rumah boleh membawa risiko.
Akar pokok betik ini sebenarnya bersifat besar dan menyelinap di bawah tanah.
Kesan Buruk Jika Ditanam Dekat Rumah
Keretakan Pada Lantai dan Dinding
Akar pokok betik yang terus berkembang boleh menyebabkan tekanan pada lantai simen dan dinding asas rumah. Akarnya boleh menolak struktur ini sehingga menyebabkan keretakan yang akhirnya melemahkan kekukuhan binaan rumah.
Saliran Longkang Tersumbat
Akar pokok betik yang menjalar boleh memasuki sistem saliran atau longkang di sekitar rumah. Ini akan menyebabkan tersumbatnya aliran air dan akhirnya membawa kepada masalah banjir kecil ketika hujan lebat.
Risiko Keruntuhan Pokok
Pokok betik biasanya tumbuh tinggi tetapi mempunyai batang yang rapuh. Jika pokok ini tumbang akibat angin kencang atau hujan lebat, ia boleh menyebabkan kerosakan pada bumbung rumah, pagar, atau kenderaan yang diparkir berdekatan.
Langkah Pencegahan
Jarak Penanaman yang Sesuai
Pastikan pokok betik ditanam sekurang-kurangnya 4 hingga 5 meter dari rumah atau struktur binaan lain. Jarak ini membolehkan akar pokok berkembang tanpa mengganggu kawasan sekitar.
Gunakan Pasu Besar atau Bekas Tanaman
Untuk mengelakkan akar menjalar tanpa kawalan, tanam pokok betik di dalam pasu besar atau bekas tanaman. Ini membantu mengehadkan pertumbuhan akar.
Pemangkasan Pokok Secara Berkala
Kawal pertumbuhan pokok dengan memangkas dahan dan akar kecil secara berkala. Ini mengurangkan risiko pokok menjadi terlalu besar dan akar merosakkan struktur tanah.
Pilih Lokasi Penanaman yang Selamat
Jika tanah rumah anda kecil, pertimbangkan untuk menanam pokok betik di taman komuniti atau kawasan yang lebih luas, jauh dari struktur binaan.
Dalam video yang dikongsi dapat dilihat saiz akar pokok betik yang berjaya menjalar dan dikerat yang sememang besar.
Info akar pokok betik
Pokok jantan-akar tunjang (tidak berbuah, boleh tebang)
Pokok betina – akar serabut
IMPIANA : Jika anda telah menanam pokok betik dekat rumah, pertimbangkan untuk memindahkannya secepat mungkin sebelum ia mula memberikan kesan negatif pada persekitaran anda.
Pegaga merupakan salah satu ulam tradisional yang sangat digemari di Malaysia. Bukan sahaja enak dijadikan ulam, tetapi ia juga boleh dijadikan hiasan di laman.
Pegaga sebenarnya boleh ditanam secara gantung selain di atas tanah. Bila ditanam secara gantung lebih mudah untuk dipetik. Paling seronok bila tengok pokoknya tumbuh subur dan rimbun.
Bagi yang suka makan ulam pegaga ini, boleh tanam sendiri ikut kaedah gantung. Caranya boleh ikut panduan yang Izam Ijam ini.
KAEDAH TANAM PEGAGA GANTUNG:
Bahan-bahan yang diperlukan:
Medium cocopeat 100%
Baja fertigasi AB 1.5 ec atau 50ml A 50ml B 20 liter air
Racun serangga brogard + garlic oil
Polibeg tanpa lubang bawah
Pokok pegaga
Cara penanaman:
1. Isi cocopeat dalam polibeg basahkan. Pastikan polibeg tiada lubang bawah.
2. Ambil pokok pegaga, boleh beli di pasar dan pastikan ada akar atau cabut kat belakang rumah (kalau ada).
3. Potong daunnya dan tanam dalam polibeg sekurang kurangnya 5 pokok untuk satu polibeg. Kemudian siramkan permukaan polibeg tadi dengan air baja AB sebanyak 240ml atau satu cawan sehari.
4. Letakkan polibeg di tempat yang tidak terkena hujan dan seeloknya kena panas pagi.
5. Selepas seminggu gantung polibeg boleh letakkan di tempat yang panas dari pukul 8-12 tengah hari. Panas sampai petang pun tak mengapa.
6. Siram polibeg 2 kali sehari pagi dan petang atau siram polibeg sehingga berat purata 2kg. Jangan lebih nanti akar lemas dan busuk.
7. Sembur racun serangga seminggu sekali, seeloknya guna racun organik. Petik dan boleh terus dimakan.
8. Kalau malas nak siram gunalah sistem fertigasi. Pastikan air siraman sudah dicampurkan baja AB.
9. Usia 1 bulan boleh tuai. Jangka hayat pegaga ini boleh sampai setahun jika rajin prunning daun.
Menanam cendawan kukur atau cendawan kukur kering di rumah semakin popular di kalangan penggemar tanaman organik.
Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.
2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!