
Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun menyebabkan kita mempunyai peluang berkebun secara berselang. Jika musim panas ramai yang merungut sayur jenis daun susah untuk hidup dan memerlukan air yang banyak, Anda boleh cuba tanam bawang pula. Selain bawang, musim panas sesuai untuk dibiakkan kentang
Kentang antara tanam paling mudah dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Dalam guni terpakai dan polibag pon menjadi. Yang penting adalah medium tanamannya. Campuran medium yang sesuai adalah 1/3 bahagian kompos, 1/3 perlite dan 1/3 peat moss atau sabut kelapa siap proses.
Tambak pada pangkal pokok apabila banyak ranting atau caabang telah berjaya dihasilkan. Apabila Pokok mula kelihatan kekuningan dan kering, ia petanda kentang sedia dituai. Nak tahu cara semai dan tuai kentang dalam guni terpakai, boleh tonton video yang disediakan.
Ini Yang WAJIB Anda Lakukan Apabila Hydrangea Yang DI Tanam Dah Bertahun Tak Berbunga

Ramai Sahabat laman yang mengeluh Hydrangea atau bunga Siti Zabedah dah bertahun di tanam namun tidak berbunga. Kebanyakkannya mabuk daun walaupun telah di beri pelbagai baja sama ada organik mahupun kimia. Ada juga yang sanggup menghabiskan duit membeli baja khas untuk hydrangea yang diimport dari luar negara. Maka, keputusanya adalah di buang atau musnahkn sahaja pokok bunga tersebut.
Sebenarnya, bukan sekadar pembajaan perlu di lakukan. Ada beberapa perkara lain yang perlu anda perhatikan. Antaranya:
1. Pastikan jenis pokok hydrangea yang ditanam sesuai dengan iklim tropika. Kebiasaanya, jenis yang sesuai dengan iklim Malaysia adalah jenis Hydrangea macrophylla. Ia mempunyai bunga berwarna putih, biru keunguan dan merah muda. (Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pH tanah di mana tanah yang lebih berasid, bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda.) Nak tahu cara untuk menukar warna hydrangea [klik sini]
2. Haydrangea lebih mudah dan cepat berbunga jika di tanam terus di atas tanah. Ini keran sifat akarnya yang berserabut mudah tercekik menyebabkan ia sukar untuk menyerap nutrien dan mengeluarkan bunga.
3. Pastikan lokasi yang ditanam tidak terdedah dari terik matahari. Jika terdapat kesan daun yang melecur, ia menunjukkan lokasi hydrangea yang ditanam hydrangea tidak sesuai.
4. Namun, Hydrangea memerlukan matahari pagi untuk pertumbuhan dan penghasilan bunga. Oleh itu, cari lokasi yang menghadap matahari pagi namun terlindung dari terik petang
5. Lakukan pembajaan secara berkala sekurang-kurangnya 1 kali setiap 2 minggu. Tak kira jenis apa pun baja yang anda gunakan, setiap kali selepas membaja anda Wajib lakukan siraman segera. Jika tidak, baja tadi akan menyebabkan pokok panas dan boleh mengakibatkan mati
6. Lakukan cantasan secara kerap. Ia bukan sekadar berupaya mengawal tumbesaran pokok malah dapat menggalakkan penghasilan cambah tunas baru. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan penghasilan bunga yang lebih banyak
7. Apabila selesai berbunga atau bunga mula layu, dahan yang berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan pertumbuhan gugusan putik bunga yang baru
Tip Wajib Buat Untuk Pastikan Petunia Dalam Pasu Tahan Lebih Lama Dan Berbunga Lebat

Ramai beranggapan, petunia adalah tanaman bermusim. Apabila selesai musim berbung, petunia mula mati dan perlu digantikan dengan tanaman yang baru. Sebenarnya, memang petunia merupakan tanaman bermusim. Namun atas beberapa teknik penjagaan yang mudah, petunia bukan sekadar lebih tahan lama malah mudah dibiakkan.
Namun, sahabat laman perlu pastikan 7 perka WAJIB ni dilakukan.
1. Matahari yang mencukupi
Untuk memastikan petunia sentiasa berbunga lebat, pastikan ia mendapat cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 6 jam sehari terutamanya di waktu pagi. Melalui penerimaan cahaya matahari yang mencukupi, ia mampu menggalakkan penghasilan kudup bunga baru.
2. Siraman mencukupi
Petunia mempunyai batang yang lembut dan menyimpan kandungan air yang tinggi. Namun, ia tidak bermakna petunia tidak memerlukan air. Ia masih perlu disiram setiap hari terutamanya di awal pagi. Tapi, pastikan siraman tidak berlebihan kerana ia akan menyebabkan bahagian batang mudah melecur. Sebaiknya, sebelum melakukan siraman periksa kondisi medium tanaman. Jika masih lembap, ia tidak perlukan siraman.
3. Sediakan medium tanaman yang betul
Untuk menyediakan medium tanaman yang terbaik untuk petunia di dalam pasu, pastikan medium tanaman mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang terbaik. Pilihan medium pemasuan terbaik untuk petunia adalah campuran yang terdiri daripada jenis bahan yang dikategorikan sebagai soil-less. Nak tahu apakah bahan-bahan yang dimaksudkan, [klik sini]
4. Baja penggalak bunga
Petunia merupakan tanaman yang memerlukan baja yang banyak. Selain memastikan medium tanaman yang digunakan kaya dengan bahan organik, penggunaan baja secara berkala juga perlu dilakukan. Baja terbaik untuk petunia adalah dari jenis slow release seperti NPK 10-10-10. Namun, jika petunia berpasu anda mabuk daun dan kurang berbunga, anda memerlukan baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang rendah
5. Pinching
Potongan dahan dengan menggunakan jari atau teknikalnya dipanggil pinching, mampu menggalakkan pertumbuhan cabang baru. Jadi pastikan setiap cabang dilakukan pinching sekurang-kurangnya 2-3 helai daun dari pucuk utama. Lakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
6. Deadheading setiap hari
Untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada kudup bunga baru berkembang dan tumbuh, Lakukan deadheading pada bunga-bunga yang telah selesai berkembang setiap hari.
7. Perhatikan serangga
Petunia kerap diserang serangga seperti aphids. Jadi, pastikan anda sentiasa memerhatikan petunia terutamanya di bahagian bawah daun. Jika ada kelihatan tanda-tanda serangan, lakukan pencegahan segera
Selain itu juga, anda boleh cuba 13 tip terbukti berkesan yang di amalkan oleh seorang wanita peminat petunia.Untuk artikel lengkap [Klik Sini]
Cara Mudah Merawat Batas Dan Tanaman Yang Terkena Tinja Dan Urin Kucing

Pernah tak denagr pepatah mengatakan bahawa kucing adalah sahabat baik taman? Maksud di sini, bukan lah sahabat yang membantu, tapi meroskkan tanam. Mesti ramai sahabat yang pernah kena laman berumput yang dititip baik menjadi tandas kucing. Aduh, kesannya, bukan kepalang. Sekejap sahaja dah nampak tindak balas tinja atau urin terhadap rumput. Rumput mula kekuningan dan dalam tempoh 24 jam, kelihatan seperti terbakar atau keperangan.
Tanaman lain juga tidak terkecuali terutamanya yang berpasu. Bukan setakat kena gali, silap-silap jadi tempat tidur kucing. Sebenarnya ada cara untuk merawat tanaman yang terkena urin kucing ni. Tapi sebelum itu kita WAJIB tahu apakah kesannya kepada tanaman jika tidak di rawat segera.
1. Urin kucing tinggi nitrogen. Ia akan menyebabkan tanah menjadi berasid
2. Kandungan manganese yang tinggi di dalam urin akan merencat pengambilan zat besi oleh tumbuhan
3. daun yang terkena kesan urin terutamanya untuk tanaman yang telah matang akan bertukar kekuningan kemudian mati
Cara merawat tanaman yang terkena urin kucing
1. Siram atau bilas tanaman hingga ke permukaan tanah sehingga anda yakin ia bersih
2. Untuk hilangkan bau yang tersisa, larutkan 1 cawan baking soda bersama 2 cawan air dan semburkan pada permukaan tanah. Soda penaik tadi akan menyerap bau hancing urin kecing. Tapi jangan guna terlalu banyak kerana baking soda akan menyebabkan daun melecur
Cara mengatasai batas anda dari menjadi tandas kucing
1. Sediakan sungkupan. Sebaiknya, guanakan sungkupan seperti grass clip atau sabut kelapa. Teksturnya tidak digemari oleh tapak kaki kucing yang gebu
2. Pagar atau lindungi batas tanaman anda. untuk anak pokok, boleh cuba cucuk garpu palstik atau lidi disekelilingnya atau sediakan rumah hijau miniyang diperbuat daripada botol plastik