
Kalau dah minat berkebun, apa pun tak menjadi halangan. Tak ada tanah, boleh tanam dalam pasu. Seperti yang dilakukan Puan Muniyati Mohamad, resab jalan yang terbiar diusahakan kebun sekangkang kera. Tapi hasilnya memang memuaskan.
Walaupun tak banyak tanaman yang diusahakan, saiz sayu puan Muniyati memang mega. Hanya menggunakan bancuhan baja buatan sendiri dari sisa dapur sahaja.
Pokok pak choy atas tanah kebun tak berapa nak luas
Ada la tanam dalam 6 pokok ja, tapi alhamdulillah pokok tembam-tembam jugak. Ni tuai 4 pokok tapi nak masak sepokok sahaja. Lagi 3 pokok sedekah dekat jiran.
Jom sertai bengkel smart farming bersama Mommy Mai. Untuk pendaftaran klik link yang tertera https://toko.ideaktiv.com/product/impiana-workshop/
4 pokok ja tapi penuh seat moto tu. Tak sabar nak repeat tanam lagi
Bahan-bahan:
– Air rendaman nasi basi
– Air beras
– Roti gardenia dah luput tarikh
Sukatan bahan tu tak ada, saya cuma masukkan sahaja bahan-bahan tu dalam botol itu dan perap selama 3-4 hari. Bila nak guna saya cuma guna air ni sikit tambah dengan air paip biasa atau air hujan untuk siram setiap hari (pagi dan petang). Daun pun saya percikkan juga air ni untuk elak serangga.
5 Sebab Kenapa WAJIB Lakukan Pemangkasan Pokok Secara Berkala

Pemangkasan pokok. Sama ada untuk pokok besar, renek, menjalar dan sebagai ia perlu dilunaskan. Kenapa pemangkasan penting?
MENGAWAL TUMBESARAN TANAMAN
Bagi tanaman yang memerlukan fokus utamanya adalah untuk tuaian hasil seperti pokok buah atau bunga, pemengkasan dari peringkat awal usia perlu dilakukan. Ia bukan sekadar menggalakkan penghasilan dahan atau cabang baru malah melatih dan mengawal saiz pokok. Apabila saiz pokok terkawal, penyelanggaraan boleh dilakukan dengan mudah
MENGHASILKAN STRUKTUR TANAMAN YANG LEBIH KUKUH
Apabila pemangkasan di lakukan mengikut SOP atau teknik yang betul, ia beruapaya memberi tekanan yang baik kepada tanaman terutamanya dalam pembentukkan batang utama. segala nutrisi yang dibekalkan dapat dihadam oleh batang dan dahan-dahan yang tinggal. Ini bermakna pengagihan nutrisi pada tanaman lebih fokus
MENCEGAH PENYAKIT DAN SERANGAN SERANGGA
Jika pokok terlalu padat, ranting-ranting struktur perlu dikurangkan. Ia bertujan memberi peluang kepada aliran udara menembusi celahan daun. Ia dapat memastikan air yang terperangkap di antara daun dapat dikeringkan segera dan secara tidak langsung mencegah pembentukan habitat untuk serangga perosak dan penyakit. Di samping itu juga, ia berupaya mencegah potensi pembentukkan habitat untuk serangga yang suka bertpa di bawah duan dan celah dahan
MENGGALAKKAN PRODUKTIVITI BUAH
Apabila selesai musim menuai atau berbunga, pokok perlu dipangkas bagi merangsang penghasilan ranting-ranting baru. Dari ranting-ranting baru ini lah kudup atau putik baru terbentuk. Sebab itu ada antara pokok perlu cantasan 80% untuk memastikan hasil untuk musim akan datang lebih banyak seperti anggur dan ros.
TUMBESARAN POKOK LEBIH SEIMBANG DAN SUBUR
Kesan dari pemangkasan, nutrisi yang dibekalkan dapat disalurkan pada bahagian utama dan berkepentingan, ditambah pula kurangnya serangan penyakit pokok yang terhasil sudah pasti lebih sihat dan seimbang.
Buat Sendiri Pembasmi Serangga Organik Dari Kulit Limau Untuk Siput, Afid, Agas dan ‘ Mealy Bug’

Tanaman sayur kebiasaan yang merosakkan adalah dari jenis serangga berbadan lembut seperti afid, agas, mealybug dan siput. Nak gunakan racun, takut bahaya sebab sayur tu akan dikonsum menjadi makanan kita. Jadi, Cara terbaiknya adalah menggunakan baja organik.
Pelbagai ramuan baja organik yang pernah dipaparkan oleh laman impiana antaranya adalah seperti:
Adala lagi satu ramuan racun serangga organik yang wajib anda cuba. Kenapa Laman Impiana kata wajib. Ini kerana racun serangga ini mempunyai bau yang sedap dan menenangkan sebab diperbuat daripada limau.
Cara – cara:
1) Kupas sebiji oren. Jika tiada buah oren segar, anda boleh menggunakan 1 1/2 sudu kulit limau kering ( dried citrus) atau 1 sudu minyak limau ( orange oil ). Citrus atau limau berupaya untuk mencegah serangga- serangga yang berbadan lembut seperti siput, afid, agas dan ‘ mealy bug’. Citurs juga berkesan kepada semut dan juga lipas apabila disembur terus kepada serangga ini.
2) Masukkan kulit limau tersebut ke dalam bekas dan campurkan 2 cawan ( 500 ml) air panas ke dalam bekas tersebut. Biarkan larutan di kawasan yang hangat selama 24 jam.
3) Tapiskan air larutan tersebut. Asingkan air daripada pati oren. Air yang ditapis akan digunakan sebagai racun organik
4) Tambahkan beberapa titis sabun castile ( sabun berasaskan minyak ). Sabun castile berbau ‘peppermint ‘ dikenalpasti sebagai sabun yang effektif. Kacau campuran tersebut.
5) Tuangkan larutan tersebut ke dalam botol sprayer dan racun tersebut sedia untuk digunakan pada pokok untuk mencegah serangga – serangga berkulit lembut. Sembur juga larutan tersebut kepada lipas atau semut secara terus.
Sumber: Cilibangi UKM
Panduan Lengkap Tanam Kelapa Matang Untuk Hasil Yang Lumayan

Kelapa MATAG antara tanaman yang dikategorikan sebagai viral lah juga sebab ramai yang sibuk nak cari benih kelapa matag ni. Kenapa nama dia kelapa matag? Nama matag berasal dari pada “MA” (Malayan) dan “TAG” (Tangnan). Ia merupakan kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.
Pokok ini menjadi buruan disebabkan oleh saiznya rendah dan hasilnya banyak. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1.
Keperluan Asas Tanaman
- Suhu: 27-28 oC
- Taburan hujan: 1300-2300 mm/tahun.
- Kelembapan relatif: 80-90%
- Altitud: kurang dari 100 meter daripada aras laut.
- Jenis tanah: Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur.
Penyediaan Kawasan
- Kawasan terbuka yang telah dibersihkan.
- Menanam kekacang penutup bumi. Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens.
- Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar 2m di antara tiap baris anak benih kelapa.
Penyediaan Induk
- Kriteria penting dalam memilih pokok induk Tagnanan (jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam.
- Pemilihan pokok induk MRD (betina) mesti mencapai usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti.
- Pendebungaan dibuat dengan menyapukan debunga jantan Tagnanan pada bunga betina yang matang kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya.
- Pendebungaan pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hari atau sehingga stigma berwarna hitam.
Penyediaan Anak Benih
Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid.
Penyediaan Anak Benih di Tapak Semaian
- Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian.
- Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar.
- Kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau jadi seperti MRD/MYD atau Tagnanan.
- Anak benih terpilih mestilah mempunyai warna sama pada pangkal pelepah dan lidi daun (hijau, keemasan, jingga kemerahan).
- Proses pengeluaran benih kelapa hibrid MATAG yang bermula daripada proses pendebungaan, semaian dan mencapai standard anak benih memakan masa sekurang-kurangnya 1 tahun 4 bulan.
Penanaman di Ladang
Anak benih kelapa hibrid MATAG yang berusia 4-12 bulan boleh dipindahkan ke ladang untuk penanaman.
Cara menanam:
1. Saiz lubang tanaman kelapa berukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m perlu disediakan. Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah.
2. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut.
3. Padatkan tanah dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok.
Jarak Tanaman:
Sistem penanaman tiga segi sama (8.1 m x 8.1 m (178 pokok/ ha) atau sistem empat segi (152 pokok/ha).
Pengurusan Air
- Siram anak pokok sebelum di tanam di ladang.
Pengurusan Perosak
- Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)
Simptom: Larva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.
Kawalan kimia: Monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok. Bagi pokok kecil 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok
2. Rama-rama Artona (Artona catoxantha)
Simptom: Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berlajur-jalur di atas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.
Kawalan kimia: Racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok.
3. Ulat Beluncas (Setora nitens)
Simptom: Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus
Kawalan kimia : monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok
Pembajaan
Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.
Kutipan Hasil
- Mula berbuah seawal berumur 3 tahun.
- Buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun.
- Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.
- Sepohon pokok boleh terjual RM 25-50.
Sumber: https://harizamrry.com