Tidak dinafikan, pembahagian harta turut boleh mengundang masalah besar sehingga menjadi punca dan mengundang perbalahan antara satu sama lain dalam keluarga. 

Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3 telah mengupas lebih lanjut mengenai masalah tersebut yang dikatakan sering berlaku di kalangan masyarakat. 

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Elyas Ismail ketika diundang sebagai tetamu jemputan secara maya program berkenaan tidak menafikan hal seperti tersebut sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Harta Punca Perbalahan Keluarga, Mengapa Berbalah Kerana Harta?

“Kalau kita perhatikan sifat kejadian manusia itu sendiri ia sememangnya ada beberapa sifat contohnya seperti dengki, tidak puas hati atau tidak rela untuk bertolak ansur antara satu sama lain. 

“Contoh, dalam kalangan adik-beradik misalnya, mungkin ada seorang dua sahaja yang jaga mak siang malam waktu sakit dan sebagainya. Tetapi apabila tiba masa pembahagian harta, dia dapat sikit. 

IKLAN

“Jadi, perkara seperti ini lah yang akan menimbulkan persoalan dan juga perbalahan antara satu sama lain dalam kalangan adik-beradik.

“Keduanya pula, manusia ini memang Tuhan ciptakan rasa cinta terhadap harta, tidak kira ustaz atau pun tidak. Sesiapa sahaja mesti ada rasa cinta terhadap harta benda,” katanya. 

Harta Punca Perbalahan Keluarga, Mengapa Berbalah Kerana Harta? Harta Punca Perbalahan Keluarga, Mengapa Berbalah Kerana Harta?

Katanya lagi, berlakunya masalah perbalahan pembahagian harta dalam kalangan adik-beradik dan keluarga ini berpunca daripada cara pengurusan harta yang salah. 

IKLAN

“Seperti dalam agama Islam sendiri bab pengurusan harta, agama telah mengajar kita untuk mencari harta, itu yang pertama. 

“Manakala yang kedua pula, kita harus melindungi harta kita dan ketiga kita harus mengembangkan harta kita. Seterusnya, yang keempat pula untuk menyucikan harta kita dengan berzakat.

“Tetapi yang kelima ini jarang orang ambil tahu iaitu adalah untuk mengagihkan harta sebelum meninggal dunia sama ada hibah, sedekah, wakaf, wasiat dan sebagainya. 

“Ramai yang tidak membuat persiapan ini sebelum meninggal dunia yang akhirnya akan menyebabkan keretakan dalam adik-beradik dan keluarga,” katanya lagi.

IKLAN

Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Harta Punca Perbalahan Keluarga, Mengapa Berbalah Kerana Harta?

Baca artikel berikutnya: Tabiat Suka Menyimpan Barang Diklasifikasi ‘Hoarding Disorder’, Disahkan Sebagai Salah Satu Penyakit Mental

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI