Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam . Musim lembap dan cuaca tak menentu ni memang banyak ancaman terutamanya bau hapak dan busuk dalam ruang yang kedap seperti almari dan laci. Yatie eimra ada idea baik bajet nak cegah bau hapak dalam kedai. Yang penting, ia berupaya menajdi sebahagian dari eleme dekor dalam kediaman anda

Sekarang ni walaupun musim panas tapi petang-petang kerap jugak hujan. Kasut pun selalu je lembap

Salah satu masalah orang duduk rumah takde tanah ni, pintu utama & rak kasut tak kena cahaya matahari. Kalau kena panas matahari tu, boleh gak kasut yang lembap kering dengan sekata. Ni paham ajelah macam mana baunya bila kasut selalu lembap

Walaupun guna pewangi udara, bau hapak tu tetap ada & sesekali terhidu juga bila angin sepoi-sepo bahasa gitu. Banyak bahan-bahan boleh diguna untuk kurangkan bau-bauan yang tak menyenangkan ni seperti soda bikarbonat, serbuk kopi, cuka, dan lain-lain. Saya gunakan arang biasa je sebab murah & boleh dapat banyak. Boleh juga gunakan arang untuk bakar-bakar (briquette) tapi harganya lebih mahal dan ia juga cepat berkulat. Bila berkulat kena bersihkan (kikis dan buang bahagian berkulat kemudian jemur matahari) sebab tak elok untuk kesihatan nak-nak kalau anak ada eczema, asthma, masalah pernafasan atau alergi.

Baca juga: 10 Tip Ini Dapat Hilangkan Bau Kucing Dalam Rumah

Arang Mengurangkan Masalah Bau

Bau hapak/kasut lembap

Simpul arang dalam stokin lama (yang nipis) & masukkan ke dalam kasut atau simpan arang dalam bekas. Jika guna penutup, pastikan ia berlubang²

Bau kedap di dalam kereta/rumah/almari

Bergantung pada tujuan penggunaan, korang boleh gunakan bekas atau hancurkan sedikit arang agar jadi serpihan kecil & bungkus dalam uncang kecil untuk digantung. Boleh juga gunakan arang dalam hiasan bunga/pasu. Titiskan essensial oil jika suka. Arang gak boleh kurangkan bau durian yang kuat dalam kereta/rumah.

IKLAN

Bau makanan (yang dah bercampur baur) dalam peti sejuk

Sebaik²nya masukkan arang ke dalam bekas supaya tak mengganggu ruang penyimpanan. Kalau korang rajin, lap peti sejuk dengan kain lembap yang dah dititiskan esen vanila untuk bau yang segar

Bau busuk dari tong sampah

Letakkan bekas berisi arang berdekatan tong sampah (terutamanya sampah basah & berbau). Yang ada anak kecik yang masih poo² dalam pampers pun elok la guna arang ni haa..

Bau hancing tandas

Letak bekas berisi arang atau gunakan arang untuk hiasan bunga di dalam tandas. Kesannya lebih efektif lagi kalau gunakan bersama homemade spray serbaguna (boleh tengok post saya yang lama)

Bau najis kucing/haiwan peliharaan

Letakkan bekas berisi arang berdekatan bekas pasir kucing/cat litter untuk mengurangkan bau

Sambil-sambil gunakan arang untuk serap bau busuk, boleh jadi idea dekorasi jugak tau. Ni saya kongsikan beberapa idea cara guna/dekorasi dari arang & bahan² recycle je

IKLAN

Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam

Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam

Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam

Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam

IKLAN

Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam

Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam

Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam

Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI