Siapa yang tidak pernah ke Putrajaya bukan? Masuk sahaja Putrajaya pasti akan melalui bulatan ini. Tapi masih ramai yang tidak tahu bahawa bulatan Putrajaya ini adalah bulatan terbesar di Asia Tenggara.
Pada kebiasaanya roundabout ni memang orang tidak perasan ia adalah sebuah bulatan yang besar.
Anda akan menyangka itu adalah jalan biasa sebab kita tidak akan nampak bentuk keseluruhan bulatan tersebut.
Hakikatnya, ia adalah jalan berbentuk bulatan dengan saiz gergasi! Bulatan ini ialah Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Panjangnya 3.4 kilometer atau seluas lebih kurang 100 buah padang bola sepak. Diameter maksimumnya 1.27 kilometer manakala diameter minimumnya 0.8 kilometer yang diukur menggunakan Google Earth.
Bulatan ini terletak di Presint 1 dan di sepanjang bulatan ini ada lebih kurang 15 susur jalan keluar dan masuk.
Dari siapakah datangnya idea untuk menghasilkan bulatan ini? Idea untuk menghasilkan bulatan terbesar di Asia ini datangnya dari Bapa Pemodenan Malaysia, Tun Mahathir Mohamad semasa pemerintahannya.
Tun Mahathir dikatakan mendapat ilham semasa lawatan rasminya ke Paris ketika melihat bulatan Avenue des Champs Elysees sewaktu perarakan peringatan Hari Bastile di sana.
Cetusan idea itu kemudiannya dibawa pulang ke Malaysia lalu terhasillah bulatan di Putrajaya ini.
Untuk pengetahuan anda, dibulatan ini terletaknya Pejabat Perdana Menteri, Istana Melawati, Shangri La Hotel Putrajaya dan Taman Putra Perdana yang menjadi mercu tanda Putrajaya.
Jadi siapa yang belum tahu, ini lah bulatan terbesar di Asia Tenggara yang anda boleh bangga kan. Putrajaya ni memang sebuah lokasi yang menarik. Banyak tempat untuk bersantai dan beriadah dengan keluarga tercinta.
Suasana yang tenang dan harmoni di sini akan memberi satu rasa yang lain tatkala anda berada di Putrajaya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tidak dinafikan, berlakunya bencana alam seperti banjir kilat boleh memberikan impak dan kesan yang buruk kepada anda. Bukan sahaja boleh menjejaskan kediaman anda malah ianya juga boleh memberikan cabaran yang besar dalam hidup anda.
Maka dengan itu, anda dinasihatkan serta disarankan melakukan beberapa langkah penting sebelum berlakunya banjir kilat supaya anda tidak akan menghadapi sebarang masalah di kemudian hari.
Jadi, mari kita lihat senarai lima langkah yang perlu anda lakukan sebelum berlakunya banjir kilat di kawasan kediaman anda.
1.Simpan Dokumen Penting
Langkah pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah untuk menyimpan semua dokumen penting dan barang berharga anda ke dalam bekas kalis air.
2.Simpan Air Bersih
Apabila berlakunya kilat, anda berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan air yang bersih untuk kegunaan seharian. Makan dengan itu, anda disarankan untuk menyimpan air yang bersih secukupnya.
3.Alihkan Kenderaan
Bagi anda yang tinggal di kawasan kediaman tanah rendah dan memiliki kenderaan seperti kereta atau motorsikal, anda disarankan untuk segera mengubah tempat dan meletakkan kenderaan anda di kawasan lain yang kurang berisiko banjir.
4.Sediakan Peralatan Kecemasan Secukupnya
Anda juga disarankan untuk menyediakan peralatan kecemasan seperti ubat-ubatan dan ‘powerbank’ untuk kegunaan kecemasan. Ini kerana, sekiranya berlaku banjir di kawasan kediaman anda berkemungkinan akan menghadapi kesukaran seperti bekalan elektrik terputus dan pergerakan keluar masuk yang lebih terhad.
5.Ambil Tahu
Langkah seterusnya adalah sangat penting untuk anda ambil tahu berhubung lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan yang berdekatan kediaman anda sekiranya berlaku banjir. Ianya sangat penting kerana membolehkan anda menempatkan dan menyelamat nyawa ahli keluarga anda daripada menjadi mangsa nahas banjir.
Diharapkan anda semua untuk sentiasa kekal berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca.
Dapatkan info amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau aplikasi mudah alih MyPublic InfoBanjir
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Negara Singapura dikhabarkan sedang merancang untuk membangunkan sebuah menara pencakar langit tertinggi dinegaranya tidak lama lagi.
Menurut sumber Skyscrapers MY menerusi satu ciapan di laman media sosial Twitter memaklumkan bahawa syarikat gergasi internet dari China iaitu Alibaba akan membangunkan sebuah menara pencakar langit tertinggi di Singapura dengan ketinggian hanya 305 meter sahaja.
Ini kerana, maksimum ketinggian bangunan yang mahu dibina harus tidak boleh melebihi dengan ketinggian 290 meter seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara Singapura sebelum ini.
Maka, perancangan pembinaan menara pencakar langit ini harus melalui standard piawaian dan undang-undang yang telah ditetapkan serta kelulusan oleh pihak kerajaan Singapura.
Untuk maklumat anda, menara itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 dan akan menempatkan pejabat, kediaman, hotel dan pusat membeli-belah.
Sehingga kini, menara Guoco masih kekal dinobatkan sebagai menara pencakar langgit tertinggi di Singapura dengan ketinggian 283.7 meter selepas ia telah siap dibina sekitar pada tahun 2016.
Sumber: Twitter Skyscrapers MY
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Umum mengetahui, setiap negeri di seluruh tanah air mempunyai pelbagai monumen bangunan yang sering menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-65, mari kita kenali dengan lebih dekat dan lihat kesemua bangunan ikonik yang ada di serata negeri tanah air.
Perlis
Negeri Perlis Indera Kayangan mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikan ia sebuah negeri yang terkecil di Malaysia.
Namun begitu, negeri yang terletak utara semenanjung tanah air ini kurang dengan pembinaan bangunan menara berkemungkinan oleh kerana faktor saiz keluasannya yang kecil.
Tetapi, Istana Diraja yang terletak di bandar Arau boleh dikatakan sebagai salah satu bangunan ikonik di Perlis yang turut menjadi kebangaan masyarakat setempat.
Kedah
Sudah pastinya bagi Kedah Darul Aman berbangga dengan menara ikonik tersergam indah di bandar Alor Star yang ibu negeri jelapang padi itu.
Menara Alor Star ini merupakan sebuah binaan bangunan mercu tanda yang terkenal di Kedah. Menara setinggi 165.5 meter ini mula dibina sekitar tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada 1997.
Ia dibina sebagai menara telekomunikasi untuk Telekom Malaysia dan telah menelan kos pembinaan sebanyak RM40 juta.
Pulau Pinang
Foto sumber: astroawani.com
Bagi negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara ini sememangnya sedikit berbeza berbanding dengan negeri lain yang ada di seluruh Malaysia.
Ini kerana, apa yang sering menjadi kebanggaan negeri Pulau Pinang adalah struktur jambatan pertama negeri berkenaan yang menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Glugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Tetapi apa yang menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang selain struktur pembinaan jambatan tersebut adalah Menara KOMTAR yang terletak di bandar Georgetown.
KOMTAR singkatan bagi Kompleks Tun Abdul Razak ini mempunyai ketinggian 249 meter telah siap dibina pada tahun 1986.
Perak
Mercu tanda yang sering menjadi kebanggaan negeri Perak Darul Ridzuan sudah semestinya Menara Condong yang terletak di bandar Teluk Intan.
Menara Teluk Intan ini asalnya sebuah menara tangki air sebelum berubah menjadi menara jam. Ia telah dibina pada tahun 1985 dan memiliki ketinggian 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga.
Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh. Kini, bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.