Wawa Zainal Cat & Dekor Rumah, Make Over Surprise Birthday Mak! Baru-baru ini, selebriti dan usahawan berjaya Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali Wawa Zainal, 34 ada membuat kejutan dengan melakukan ‘make over’ pada rumah ibunya, sempena ulangtahun kelahiran ibu tersayang, Mariam Hashim.
Sebelum ini, Wawa menghadiahkan ibu dan ayahnya rumah teres setingkat tersebut yang dibeli dari hasil titik peluhnya dalam berniaga.
Cat & Dekor Sendiri Rumah
Dalam perkongsian pendek di Instagram, menurut Wawa dia dan suaminya, Aeril yang mengecat semula dinding dan pintu kabinet TV pada bahagian ruang tamu serta melakukan kerja-kerja dekor sendiri bersama pekerja sehingga siap.
“Saya buat bersama (pekerja) cat rumah buat deco sendiri sampai siap,” kata Wawa.
Bukan itu sahaja, Wawa turut menggantikan televisyen dan sofa baru, pasang karpet baru, serta dekor hiasan untuk meja konsol, meja kopi dan kaunter bar dengan cantik juga sebagai persiapan raya. Ini kerana pasangan ini melakukan pengubahsuaian dekor tersebut, kira-kira seminggu sebelum menjelangnya sambutan Aidilfitri.
Memang cantik hasil make over kediaman berkonsep moden ini. Terus naik berseri rumah!
Ads
Hadiah Gelang Emas Pada Ibu
Istimewanya, Wawa bukan sahaja melakukan makeover dekorasi rumah, malah turut menghadiahkan gelang emas kepada ibunya. Memang bertuah mak!
Ads
Tahniah Wawa, semoga diberikan rezeki yang melimpah ruah kerana membahagiakan ibu tersayang.
Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman. IMPIANA berkesempatan berkunjung ke salah satu projek dekorasi milik kontraktor bumiputera @yannariff_decor. Projek kediaman Mid Century Modern, teres 2 tingkat dengan keluasan 1,400 kaki persegi. Mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Ruang yang didekorasi hanya dilakukan pada tingkat bawah di bahagian ruang tamu dan dapur.
Konsep sesebuah kediaman memainkan peranan penting dalam ‘merubah wajah’ rumah. Sebaiknya, konsep yang dipilih kekal relevan seiring peredaran waktu dan tidak hanya sekadar mengikut trend semata-mata.
Bagi pemilik kediaman, Azizul Ibrahim, konsep Mid Century Modern yang dipilih adalah kerana ia berkonsep ‘timeless’, kekal relevan tak lapuk dek zaman dan sesuai sepanjang masa. Malah mempunyai warna yang menarik dengan elemen rona ‘brownish’, neutral, earthy & cognac menyerikan dan melengkapkan konsep ini.
IMPIANA tertarik dengan pemilihan ‘texture wall’ di ruang tamu yang menggunakan PU Stone. Tekstur permukaan material yang kian menjadi trend ini seakan ‘batu sebenar’ pada dinding gua, dapat menyerlahkan lagi ‘feature wall’ di ruang tamu. Malah pemasangan juga tampak cukup kemas tanpa kelihatan ‘gap’ antara kepingan material ini.
“Bahagian dinding ini saya menggunakan material ‘PU Stone’. Sebenarnya kepingan ‘PU Stone’ ini dilekatkan ke dinding dan mempunyai ‘gap’. Namun saya kemaskan iya, menutup dengan simen supaya ‘gap’ tersebut tidak kelihatan,” ujar Azizul.
Pemilik kediaman juga bijak mix & match serta guna pakai perabot yang sedia ada pada kediaman sebelum ini bagi menepati konsep yang menjadi pilihan. Malah turut menggemari ruang kediaman yang tampak luas dan tidak tertutup terutamannya pada bahagian bawah tangga.
“Side table di ruang tamu ini sebenarnya adalah ‘bed side table’ dari bilik lama saya. Saya ‘modify’ sikit pasang tempat caj telefon. Tak tahu nak letak mana saya letak di ruang tamu. Nak buang sayang pula,”
“Saya suka kawasan yang luas dan tak suka bahagian bawah tangga bertutup dijadikan stor pasang ‘fluted panel’ , ia nampak biasa,” jelas Azizul.
Citarasa pemilik kediaman ini ternyata gemar idea dekorasi yang tampil berbeza dengan kediaman lain. Ini dapat dilihat dari segi pemilihan konsep rumah, material ‘feature wall’, barangan perhiasan seperti ‘custom artwork’ pada dinding, pilihan lampu gantung, rekabentuk kabinet dan sebagainya.
Menjengah ke ruang dapur, pemilik memilih kemasan Quartz Stone corak marble pada kaunter top dan melamine pada pintu kabinet. Bahagian ‘backsplash’ tampil bergaya dengan material ‘bamboo fiber’ yang lebih jimat kosnya berbanding jubin.
“Untuk bahagian kaunter top saya gunakan Quartz Stone corak marble, pintu kabinet pada wet dan dry kitchen menggunakan melamine sahaja, sebab saya bukan ‘heavy’ untuk memasak. Bahagian (backsplash) pula saya guna ‘bamboo fiber’ untuk melekatkannya dan bukan guna tiles bercorak. Malah ia lebih murah,” kata Azizul.
Selain kabinet bertutup penuh, binaan kabinet dapur kering pemilik tampil berbeza apabila mempunyai rak terbuka bagi meletak hiasan bagi menambah elemen dan kelainan pada ruang ini.
Pemilik juga mementingkan keselamatan kucing-kucing tersayang. Meskipun Jaring keselamatan ‘Safety Mesh’ dipasang pada bahagian ‘sliding door’ bagi mengelakkan ‘si bulus’ keluar rumah, namun ia juga dapat berfungsi memberi pengudaraan dan pencahayaan pada kediaman.
“Saya ada bela kucing, jadi saya tak mahu kucing keluar daripada rumah saya pasang ‘safety mesh’ ini. Ia juga untuk pengudaraan dalam rumah. Malah ia juga mudah dibersihkan berbanding menggunakan ‘grill’ biasa,” jelas Azizul yang mengeluarkan kos lebih RM2,000 untuk memasang ‘safety mesh’ ini.
Mengakhiri temubual, bagi pemilik rumah merupakan terapi bagi dirinya. Menempuhi kesesakan jalan raya ketika pergi dan balik kerja, disamping sesekali menghadapi tekanan di tempat kerja, apabila balik ke rumah dan mempunyai rumah yang selesa, cantik dan cosy ia bagaikan terapi buat diri sendiri.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Azizul Ibrahim Usia Kediaman: 5 bulan (November 2024) Jenis Kediaman: Teres 2 Tingkat Konsep: Mid Century Modern Lokasi: Sepang Keluasan Kediaman: 20’x70′ (1,400kps) Pereka ID: Yann Ariff Decor Kos Dekorasi: RM70,000 Spesifikasi Ruang:
4 Bilik, 4 Bilik Air, Ruang Tamu,Ruang Makan, Dapur Kering & Dapur Basah
Saaih Halilintar yang merupakan adik YouTuber terkenal dari negara seberang iaitu Atta Halilintar menjadi bualan hangat selepas mempamerkan kejayaan baharunya iaitu membeli kediaman di media sosial.
Antara hal yang menjadi bualan ramai adalah kemewahan kediaman yang bak istana dan hiasan dalamannya yang cukup elegan.
Menerusi perkongsian video dan foto yang dipamerkan dalam Instagram miliknya, Saaih memberitahu kediaman tiga tingkat tersebut mempunyai sembilan bilik tidur dengan 12 tandas.
Selain itu kediaman yang terletak di Pondok Indah, Jakarta itu juga dilengkapi lif.
Make Over Almari Lama Buruk Berwajah Baru Berseri, Guna Cat & Wallpaper! Almari lama di rumah yang dah buruk namun masih berfungsi dengan baik, jangan sesekali dibuang. Sebaiknya boleh lakukan transformasi dengan merubah wajah almari ini menjadi seperti baru beli.
Cantik dan kreatif sungguh sentuhan daripada Shida Razak KC ini, berjaya menghias dan dekor almari lama jadi lebih cantik dan berseri.
Almari tahun 90an mak yang dah buruk ni sis dah makeover dengan suami jadi baru balik. Apa saja dalam rumah mak sis kalau dah buruk tu, sis cuba baru kan. Selain jimat, boleh digunakan semula dengan wajah baru yang anggun.
Deko cara jimat sis adalah suka recycle barang lama jadi baru. Kayu perabot dulu-dulu memang tip top..tak mereput pun. So sis letak cabinet ni dalam bilik yang telah sis deko cantik. Laci-laci lama dikeluarkan terlebih dahulu dan dibersihkan. Spray dengan ubat anai-anai sekali. Spray redsect pun boleh..lepas tu bersihkan dengan tuala basah. Jemur pada mentari panas seketika. Biar kering. Habis mati hama-hama semua. Wrap dengan wall paper kosong dalam laci tersebut. Biar bila kita letak lipatan baju, tak la berbau kayu lama pada baju.
Cara makeover almari lama ni, Step by step sis tunjukkan cara dalam gambar.
Makeover ni dah 2 tahun sebenarnya..sis baru upload sini.
IMPIANA: Kreatif sungguh, almari lama yang dah buruk namun masih boleh guna lagi bertukar wajah nampak baru bila buat transformasi begini. Memang terbaik. Semoga menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!