Semua sedar akan kepentingan kesihatan. Maka wujudlah pelbagai produk kesihatan di pasaran. Tapi, orang dulu-dulu tetap kekal sihat tanpa sebarang ubat-ubat yang diambil orang moden sekarang. Rupanya, mereka amalkan herba dan ulaman tertentu. Jadi, bagi kaum wanita yang nak kekal cantik dan awet muda, ini jerba daan ulam yang WAJIB anda amalkan:

Cekur
Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :

1. Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
2. Menyembuhkan kembung perut,
3. Melegakan perut memulas
4. Mengurangkan bengkak.
5. Melancarkan Haid.
6. Melegakan batuk.
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut
9. Buang angin
10. Sakit sendi.
11. Muntah

Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati malaria. Kat indonesia cekur digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot

IKLAN

Pegaga
Nama saintifik bagi daun pegaga ini ialah Centella asiatica. Ulam ini mudah ditanam kerana sifatnya yang menyerap air, terutamanya di kawasan tropika yang terbuka di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Kat semak-samun rumah yang lama ditinggalkan pun boleh jumpa sebab survival rate dia tinggi gila!


Daun pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Kerana khasiat yang banyak ini, pegaga dikatakan boleh merawat parut, masalah selulit wanita, merangsang peredaran darah dan menjadi agen antipenuaan.

IKLAN

Daun pegaga boleh dimakan begitu saja, direbus, dikisar menjadi air minuman dan disapu pada kulit. Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.

Masalah keputihan dan haid yang sering dialami oleh wanita juga dapat diatasi dengan mengamalkan daun pegaga. Ia mampu melancarkan aliran darah dan merawat masalah kegatalan faraj wanita yang berpunca dari keputihan.

IKLAN

Kacang botol
Nama saintifik bagi kacang botol ialah Psophocarpus tetragonolobus. Khasiatnya termasuklah melambatkan penuaan, memastikan kandungan dalam keadaan sihat, membantu masalah penglihatan dan membantu dalam mengurangkan berat badan. Kacang botol ni sangatlah sesuai kepada korang-korang yang tengah diet tu sebab kandungan kalorinya yang rendah.

Vitamin C dalam kacang botol membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan kanser kerana kandungan antioksida yang sangat kuat. Vitamin A dia pulak membantu mengelakkan kerosakan DNA. Last sekali, vitamin B dia membantu meningkatkan tenagasekaligus memberi mood yang baik.

Fiber sangat penting dalam imun sistem badan kita jadi dengan memakan kacang botol ia membolehkan pertumbuhan bakteria probiotik (bakteria baik) dalam kolon badan kita dan enzim hidup untuk meningkatkan kesihatan badan. Kacang botol juga mengandungi kalsium dan fosforus untuk membantu pembentukan tulang yang kuat.