Bagi anda yang baru nak berkebun, sudah pasti ada beberapa perkara yang perlu dipersiapkan. Antaranya yang paling utama adalah tapak atau ruang yang akan dijadikan kebun. Mula dengan kecil-kecil dahulu, kalau dah mahir baru boleh buat skala yang lebih besar.

Tapi, LAMAN Impiana nak galakkan anda untuk memilih tanaman atau jenis sayur yang mempunyai jangka pendek atau cepat dituai. Antara tanaman yang cepat dan mudah untuk dituai adalah seperti sawi, bayam, kangkung, salad dan lain-lain lagi. Keterujaan anda akan bertambah bila apa yang di semai dapat dituai dan dinikmati seisi keluarga

Namun, ramai juga yang khuatir tiada masa untuk menyiram dek tuntutan kerja. Pergi kerja balik kerja pun tak nampak matahari., macam mana nak bercucuk tanam? Ibu ini ada penyelesaiannya. Nur Aida Md Zainuddin  berkongsi cara paling mudah untuk anda yang baru nak berkebun dengan menggunakan botol air. Sistem yang dibina dari botol air mineral ini, tidak perlu penyiraman kerana ia dilengkapi dengan self watering sistem. HEBAT kan? Jadi ibu-ibu yang tak banyak masa tu tidak perlu risau pokok tak bersiram. Hanya perlu periksa air seminggu sekali sahaja. Paling kerap pun 3 hari sekali.

“Ini cara paling murah dan jimat malah senang tanam sayuran. Dengan teknik 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai). Saya pun baru-baru belajar, jika salah boleh tolong betulkan.”

1. Semai dulu anak benih. Boleh guna bekas semaian atau kulit telur. Gunalah apa sahaja janji tumbuh benih tu.Wanita Ini Tunjuk Cara Tanam Salad Guna Teknik 3T (Tanam,Tinggal, Tuai) Dari Botol Mineral

Nota: Jika mahu gunakan kulit telur, bersihkan dahulu kulit telur dan keringkan. Bimbang ada bakteria pada telur melekat dan ia akan mengganggu tumbesaran benih semaian.

2. Medium semaian guna coco peat atau sabut. Boleh beli di nurseri. Harga 1 guni RM15 (sabut ni murah) ada yang dapat 1 guni RM10

IKLAN

3. Bila dah tumbuh dah naik 4 helai daunnya kira-kira 2-3minggu alihkan ke pasu. Aida try guna botol mineral sebab nak buat ala-ala hidroponik. Nak lagi cantik google beli je bekas hidroponik.Wanita Ini Tunjuk Cara Tanam Salad Guna Teknik 3T (Tanam,Tinggal, Tuai) Dari Botol Mineral

4. Untuk buat botol yang dilengkapi sistem ala hidroponik, potong 2 botol mineral macam dalam gambar. Lepas tu buat lubang pada tutup mineral water tu. Masukkan benang (Aida guna tali file). Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nanti sampai.

Wanita Ini Tunjuk Cara Tanam Salad Guna Teknik 3T (Tanam,Tinggal, Tuai) Dari Botol Mineral

IKLAN

5. Isi sabut sikit dalam botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok tu masuk dalam tu.

6. Tip alihkan anak pokok tak nak bagi akar putus guna 2 kayu buat ala-ala chopstik lepas tu tarik keluar.

7. Bahagian bawah letak air + baja AB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. Tengok kalau air baja dah habis tambahkan. Ok bila air baja kering 2 kali. Kali ke 3 air biasa je tak perlu letak baja. Lepas tu baru air baja balik.

IKLAN

Wanita Ini Tunjuk Cara Tanam Salad Guna Teknik 3T (Tanam,Tinggal, Tuai) Dari Botol Mineral

8. Awal-awal letak tempat teduh. Dah besar sikit bagi kena cahaya matahari

Wanita Ini Tunjuk Cara Tanam Salad Guna Teknik 3T (Tanam,Tinggal, Tuai) Dari Botol Mineral

Wanita Ini Tunjuk Cara Tanam Salad Guna Teknik 3T (Tanam,Tinggal, Tuai) Dari Botol Mineral

9. Dah 1 bulan.. lebih 2 bulan dah boleh tuai hasil. Sekejap saja kan

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI