Elemen air sama ada di laman mahupun dalam kediaman menjadi instrument semulajadi mendamaikan dan menenangkan. Namun, untuk memiliki sebuah elemen air memerlukan beberapa pengorbanan yang besar terutamanya dari segi kos dan penyelenggaraan. Namun bagi mereka yang geamr mendekor dan menata hias, sudah pasti sekadar untuk melakukan penyelenggaraan menjadi perkara mudah. Yang menajdi isu utama adalah kos untuk memilikinya. Sebuah sistem lengkap elemen air mampun mencecah ratusan ringgit. Namun tidak bagi puan Anne Herda

Orang beli pasu untuk sebagai bekas tanaman, Puan Anne yang kreatif ni olahkanya menjadi sebuah air terjun mini. Dengan hanya Modal RM 70, Puan Anne berjaya membina sebuah air terjun mini yang sesuai di letakkan di sudut kediamannya. Tak perlukan peralatan yang mahala dan kemahiran yang tinggi, dalam tempoh satu hari air terjun mini ini dapat disiapkan dengan sempurna. Nak tahu cara Puan Anne buat air terjun mini ni? jom tengok apa barang yang diperlukan.

Bahan-bahan: 

1 biji pasu silinder bersaiz besar
2 biji pasu silinder bersaiz sedarhana
2 biji pasu kecil berukuran 5 inci
2 biji besen plastik (berbeza saiz)
1 Biji Pasu pelastik bulat yang lebar
cat semburan secukupnya
1 biji pump akurium minimum 10V
Paip sambungan
Gam silikon
Pisau pemotong

IKLAN

Cara-cara: 

1. Susun kedudukan pasu mengikut saiz dan rekaan yang diperlukan Wanita Ini Tunjuk Cara Diy Air Terjun Mini Dari Pasu dan Besen Plastik
2. Buat 2-4 laluan air pada mulut besen yang terletak di aras 2. dan tebukkan lubang untuk memudahkan paip saliran dimasukkan
3. Semburkan keseluruhan pasu dan biarkan kering sepenuhnya
4. Apabila telah kering sepenuhnya, Susun semula pasu menjadi rekabentuk air terjun yang telah dirancangan tadi
5. Letakkan pump di dalam besin di aras bawah dan sambungkan dengan batang paip hingga menumbusi bahagan air terjun paling atas.
6. Kukuhkan kedudukan paip dengan menggunakan gam silikon. Disamping itu juga, ia bertujuan untuk elak dari air kelaur di bahagian sambungan.
7. Apabila gam telah ekring sepenuhnya, anda boleh masukkan sedikit air di bahagian besen paling bawah dan uji keseluruhan sistem. jika tiada sebarang kebocoran, sistem boleh digunakan terus.
Wanita Ini Tunjuk Cara Diy Air Terjun Mini Dari Pasu dan Besen Plastik

IKLAN

Wanita Ini Tunjuk Cara Diy Air Terjun Mini Dari Pasu dan Besen Plastik

Wanita Ini Tunjuk Cara Diy Air Terjun Mini Dari Pasu dan Besen Plastik

IKLAN

 


Tip untuk letak ikan.
Selepas keseluruhan sistem beroparasi, biarkan ia dalam tempoh 24 jam sebelum diletak sebarang hidupan akuatik. Ia bertujuan membersihkan kesan toksit yang terdapat di dalam keseluruhan sistem elemen air. Setelah itu, cuci bersih dan letakkan air bersih tanpa klorin. jangan terus masukkan ikan di dalam kolam, Biarkan ikan di dalam plastik seketika dan rendamkan di dalam air kolam tersebut. Ia untuk tujuan membiasakan ikan untuk menerima persekitaran yang baru disamping mengelak ikan dari terkejut.


 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI