Penanaman avocado dari biji benih lazimnya mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Jangan risau, sementara menunggu pokok matang untuk menghasilkan buah, banyak manfaat daun avocado yang boleh kita ambil.

Daun avocado mengandungi dua sebatian utama iaitu quercetin(60-75%) dan polyphenols. Quercetin dipercayai dapat memelihara tubuh dari penyakit bahaya dengan cara menangkap radikal bebas dan ion-ion logam peralihan. Walaupun agak pahit, daun avocado bagus untuk mengawal penyakit kencing manis. Pengambilan teh daun avocado juga dapat menyekat pembiakan beberapa bakteria seperti species stafilokokus,pseudomonas,protektus,escherichia.

Selain daripada itu, daun Avocado juga dipercayai dapat merawat batu karang, darah tinggi dan sakit kepala.

1. Rawatan batu karang menggunakan daun Avocado

Dapatkan 5 hingga 8 helai daun Avocado yang tua ( berwarna gelap).Basuh dengan air bersih hingga tiada kotoran. Rebus daun-daun ini dengan segelas air hingga tinggal setengah gelas. Tapis dan minum setiap hari pagi dan petang selama 10 hari. Jika batu karang telah hancur dan keluar (dapat dilihat melalui air kencing) pengambilan herba ini perlu dihentikan.

IKLAN

2. Daun Avocado untuk melicinkan kulit.

Pucuk Avocado boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya ialah dengan menumbuk pucuk muda nya hingga hancur dan disapu pada kulit muka. Selepas 5 hingga 10 minit, bilas dengan air yang bersih. Ia dapat mengecilkan liang-liang roma pada kulit muka. Ia juga dapat membantu melembapkan kulit yang kering.

5 Khasiat Daun Avocado Yang Boleh Anda Jadikan Ikhtiar Hindar Masalah Kesihatan

3. Daun Avocado untuk melegakan sakit pinggang dan sakit belakang (lumbago)

Cara penggunaannya ialah dengan rebus 5 helai daun Avocado dengan segelas air. rebus sehingga air tinggal separuh gelas. Minum selama 5 hari.

IKLAN

4. Daun Avocado untuk menghitamkan rambut

Caranya ialah dengan menyapu pucuk Avocado yang telah ditumbuk halus  pada rambut. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci.

5. Daun Avocado untuk mengurangkan bengkak

Caranya ialah dengan meletakkan pucuk avocado yang telah ditumbuk lumat pada bahagian kulit yang bengkak. Balut dan biarkan selama 2 hingga 4 jam.

IKLAN

5 Khasiat Daun Avocado Yang Boleh Anda Jadikan Ikhtiar Hindar Masalah Kesihatan

6. Daun Avocado untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.

Caranya dengan merebus 5 helai daun Avocado dengan 2 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Minum setiap hari hingga tekanan darah turun. Hentikan pengambilan apabila tekanan darah telah normal.

Ini adalah antara beberapa kelebihan daun avocado dalam perubatan herba. Jadi kalau avocado kita lambat berbuah, masih banyak lagi manfaat yang dapat kita peroleh dari pokok ini.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI