Salah satu perkara yang paling menyeronokkan apabila pergi melancong adalah apabila kita dapat menikmati keselesaan gaya hidup ala bangsawan ketika tinggal dihotel hotel mewah. Katil empuk dengan cadar yang hangat, tandas luas yang bersih, serta balkoni dengan pemandangan indah. Sudah tentu seronok kan? Perkara ini lah yang cuba pemilik akaun fb Cik Piyya terapkan pada kediaman Semi-D beliau yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan ini.
Dengan memikirkan tentang keselesaan bilik hotel, Cik Piyya terlebih dahulu merancang susun atur dan dekorasi yang diingini sebelum memulakan renovasi. Ini bagi mengelakkan hiasan carca merba yang tidak teratur dan bercampur aduk selain dapat menjimatkan kos dan juga masa. Dengan berbekalkan kos perbelanjaan kurang RM30k, pemilik telah mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan rumah ala hotel nya dengan sempurna.
Mari sama-sama kita lihat transformasi rumah berkeluasan lebih kurang 3000 kaki persegi ini bertukar menjadi ruang mewah yang terlihat amat menawan dan selesa. Semoga bermanfaat dan menjadi inspirasi anda untuk mendeko.
SEBELUM PROSES RENOVASI
SELEPAS RENOVASI
Ruang Tamu
Ads
Ads
Ruang Makan
Ads
Bilik Tidur Utama
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Wainscoting atau wall moulding merupakan suatu perkara yang biasa di luar negara tetapi masih belum digunakan secara meluas di Malaysia. Teknik ini amat digemari oleh peminat dekorasi gaya Inggeris, tetapi dengan daya kreatif, ia juga sesuai digunakan dalam rumah dengan tema moden.
Pn Fazilah Ali menatarias kediamannya menggunakan teknik kemasan dinding wainscoting yang dilakukan bersama rakannya yang mengusahakan perniagaan pemasangan wainscoting dan ditambah dengan hiasan cermin besar untuk mengelakkan ruang tamunya nampak sempit. Memiliki ruang tamu yang memanjang tidak menjadi masalah buat pasangan ini kerana mereka membahagikan ruang ini dengan cermat iaitu separuh untuk aktiviti santai dan dimuatkan dengan two seater sofa dan dua buah sofa single seater bersama meja kopi kecil di tengahnya, manakala satu bahagian lagi dijadikan ruangan menonton televisyen untuk seisi keluarga.
Dia mendiami rumah teres setingkat yang terletak di Shah Alam bersama suami dan tiga orang anak. Kediaman indah ini tampil dengan idea dekorasi simple tetapi elegan dengan salutan rona kelabu cair menghiasi setiap inci rumahnya malahan, kediaman ini berkeluasan 1600 kaki persegi, berkapasiti 4 bilik tidur dan 2 bilik air ini disiapkan secara berperingkat dalam masa setahun dengan menelan belanja sebanyak RM10K.
“Nilai sebanyak itu adalah hasil titik peluh saya dan suami iaitu menyimpan sebanyak RM300 sebulan dari gaji kami berdua, dan hasil simpanan tersebut, dibelanjakan secara cermat dalam mencari barang deko dengan harga yang berpatutan serta selalu mencari jualan murah perabot dan barangan deko” ujar bekas penjawat awam ini.
Beliau amat bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada suami dari sudut pemasangan frame serta cermin dan kerja pertukangan malahan anaknya juga dididik untuk menjaga kebersihan selepas bermain dan sentiasa memastikan permainan mereka tidak dibiarkan bersepah.
“Agak mencabar untuk memastikan dekorasi ini kekal lama sepertimana diperingkat awal kerana anak saya masih lagi dalam peringkat membesar, tetapi menjadi tanggungjawab saya dan suami untuk sentiasa mengemas dan menyapu kediaman ini agar bebas habuk dan kotoran” katanya.
Melangkah ke bahagian dapur, tetamu akan disambut dengan meja makan berkapasiti 6 orang serta two seater minibar dan pada masa yang sama ruang makan tidak dibiarkan kosong kerana ditambah dengan display kabinet serta cermin horizontal yang ditambah ayat suci Al-Quran. Moga perkongsian ini memberi inspirasi buat rakan-rakan lain di luar sana dalam menambah baik keselesaan kediaman masing-masing.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tema moden klasik amat sesuai untuk ditatarias dengan kediaman yang mempunyai struktur kayu. Walaupun ianya lama, itu tidak bermaksud tidak sesuai, tetapi untuk konsep deko kita boleh menambah sedikit suntikan elemen moden hiasan dalaman.
“Saya sangat menyukai konsep hiasan yang ringkas, menarik serta menjimatkan ruang, tetapi masa yang sama kami mengekalkan senibina asal berasaskan kayu serta binaan tradisional Negeri Terengganu”, ujar pemilik kediaman Pn Eliey Zakaria.
Kediaman yang berkeluasan 1250 Sqft terletak di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu ini adalah rumah pusaka yang dibina oleh Allahyarham bapa mertua pemilik yang juga merupakan penjawat awam yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Jumlah kos dekorasi kediaman ini adalah sebanyak RM12K. IA melibatkan pembelian barangan serta aksesori daripada kedai perabot dan hiasan terkenal serta ada juga yang diimport daripada Bandung, Indonesia. Keseluruhan dekorasi mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan”, jelas ibu kepada 4 orang anak ini.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa segala hasil deko ini merupakan cetusan idea yang diilhamkan bersama pasangan ini. Walaupun mempunyai 4 orang cahaya mata yang masih kecil, mereka akan sentiasa memastikan anak-anaknya untuk sentiasa menyimpan kembali set permainan masing-masing dan tidak membiarkan ianya bersepah. Malahan menjadi rutin pasangan ini setiap 2 minggu sekalinuntuk melakukan tugas mengemas secara mejor.
Berikut adalah antara paparan gambar cetusan idea Pn Eliey Zakaria untuk tatapan pembaca Majalah IMPIANA agar ianya bermanfaat kepada anda semua, Selamat Mendeko!!
Luaran
Dalaman
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Baru- baru ini banyak kita membaca di laman media sosial tentang transformasi rumah kediaman jenis kampung. Bukan rumah kampung batu, tetapi rumah kampung tradisional yang berdiri teguh di atas bahan berasaskan kayu. Impiana menerima satu lagi perkongsian dari sabah di mana rumah pusaka yang dibina oleh moyang pemilik diubah suai menajdi sebuah kediaman berkonsepkan English cottage
Menurut pemiliknya iaitu En Asri Meris Anthony yang juga merupakan seorang pereka dalaman, rumah kampung ini pada asalnya milik Allahyarhamah nendanya yang terletak di Tuaran, Sabah dan diamanahkan kepada beliau untuk dijaga serta dikekalkan keindahannya.
“Teratak kecil ini ditatarias dengan konsep English Cottage dengan paduan rona turquoise serta putih krim”, ujar bapa anak dua ini.
Memilih tema warna putih krim pasti akan memberi cabaran yang besar kepada pemilik terutamanya untuk mengekalkan kebersihan memandangkan anak yang masih kecil dan lincah. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada pasangan. Langkah yang diambil untuk mengatasi isu tersebut, pemilik melatih dan menguatkan peraturan kepada semua ahli keluarga untuk makan hanya di dapur.
Kami kerap membuat eksperimentasi ke atas teratak kecil ini.. memandangkan kami adalah Interior designer, so kami gemar membuat perubahan dari masa ke semasa khususnya pada ruang tamu
Di bawah ini IMPIANA sediakan transformasi rumah tradisional Sabah yang didekorasi secara berperingkat. Pemilik rumah kampung tradisional lain boleh mencedok sedikit idea daripada artikel ini. Selamat mencuba.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!