Setiap individu pasti mempunyai impian dan cita-cita untuk memiliki kediaman yang selesa dan lengkap. Tatarias yang sempurna pula akan menjadi bonus buat pemilik yang pastinya akan mengujakan ahli keluarga dan para tetamu yang datang. Jangan jadikan ruangan yang terhad sebagai penghalang untuk mendeko dan menghias kediaman. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Dengan perancangan rapi dah sedikit kreativiti, anda pasti dapat menyempurnakan proses menghias dengan baik.
Seperti yang dilakukan pemilik rumah apartmen kos sederhana ini yang baru sahaja berpindah ke Cyberjaya sejak 4 bulan yang lalu. Encik Izaan Fazrin Azwar dan isteri telah membelanjakan lebih kurang RM8 ribu untuk kos keseluruhan termasuk perabot dan perhiasan lain untuk kediaman beliau. Menurutnya, kediaman dengan keluasan 850 kaki persegi ini baru sahaja dibeli pada bulan Januari yang lalu. Pada asalnya, pemilik berhasrat untuk menerapkan tema monokrom dengan berpaksikan konsep scandinavian tetapi beliau telah tersalah membeli warna cat jadi, menggunakan apa yang ada, tuan rumah dengan bijak telah ‘mix&match’ kan perabot dan cat dinding menciptakan satu ruang moden yang cosy sesuai untuk keluarga kecilnya.
Memilih ruang tamu sebagai ruang yang paling digemari, Encik Izaan berpesan supaya pemilik rumah kecil yang lain tidak terlalu keterlaluan dalam menghias kediaman. Cukup dengan keperluan asas yang simple dan sedap mata memandang. Perhiasan dan susun atur yang sederhana bukan sahaja dapat menenangkan fikiran malah dapat memudahkan pemilik untuk membersihkan setiap sudut apabila berhabuk.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Saaih Halilintar yang merupakan adik YouTuber terkenal dari negara seberang iaitu Atta Halilintar menjadi bualan hangat selepas mempamerkan kejayaan baharunya iaitu membeli kediaman di media sosial.
Antara hal yang menjadi bualan ramai adalah kemewahan kediaman yang bak istana dan hiasan dalamannya yang cukup elegan.
Menerusi perkongsian video dan foto yang dipamerkan dalam Instagram miliknya, Saaih memberitahu kediaman tiga tingkat tersebut mempunyai sembilan bilik tidur dengan 12 tandas.
Selain itu kediaman yang terletak di Pondok Indah, Jakarta itu juga dilengkapi lif.
Indahkan kaunter makan mu dan ruang makan utama kediaman dengan pemilihan lampu yang tepat. Kini ramai di kalangan kita yang mempunyai ruang makan yang cukup gah dan cantik. Pemilihan perabot dan hiasan dinding serta jambangan bunga tengah sebagai pelengkap gaya. Luar biasa.
Cuma adakala gara-gara pemilihan lampu yang silapmenjadiikan ruang akan atau kaunter makan kita kurang perisa. Kurang ummph….kita sendiri tidak tahu apakah kurangnya ruang makan kita ini. Tetapi ia dapat dirasakan oleh tuan rumah. Pemilihan lampu gantung atau pendant light sememangnya cukup indah dan khusus buat ruang makan. Cahaya samar yang lebih dekat namun tidak panas apa lagi menyilaukan mata.
Makanan nampak terang dan menarik, tanpa mengganggu pandangan kita. Pada masa yang sama suasana nampak warm dan selesa untuk menikmati hidangan makan malam.Namun apa yang penting anda perlu bijak memilih rekaan yang sesuai dengan konsep kediaman. Jangan kita membeli sesuka hati dan kemudian menyesal sendiri. Cuma kini terdapat banyak rekaan asas yang cantik. Bagi mengelakkan pengguna tersilap beli. Ia sesuai untuk apa juga konsep.
Misalnya lampu bulat sfera kaca jernih yang ringkas namun cukup cantik digantung beriringan. Begitu juga jenis yang berbentuk geometri dan ada juga yang didatangkan segugus. Ilham ringkas namun sangat menarik perhatian. Simple-simple aja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KONSEP MODEN KLASIK SEMEMANGNYA MENJADI PILIHAN RAMAI KINI.
Keindahan kamar pengantin baru sememangnya menjadi kenang-kenangan sehingga bila-bila. Saat romantis bersama si dia sememangnya memberi rasa istimewa dan elegan. Sebenarnya kita juga boleh mewujudkan kamar romantis biar pun bukanlah bernama pengantin baru. Sebenarnya jika anda mempunyai kamar tetamu, sesuai juga diabadikan idea seumpama kamar pengantin. Maklumlah kamar ini jarang digunakan dan sesuailah jika anda menggunakan kemasan lembut putih sebagai pilihan utama sama seperti kamar hotel. Padankan dengan aksesori rustik bagi menyerlahkan perisa vintage. Atau hiasan berkilau seperti emas atau perak jika mahukan gaya glamor. Atau pun anda boleh memilih gaya rona sedondon all white. Tetapi gaya putih hitam merupakan gaya yang paling digilai kerana mengimbaskan ilham kota romantis Paris dan jenama terkenal dunia. Simple-simple je di IMPIANA
KEDESAAN PERANCIS MUNGKIN JARANG MENJADI PILIHAN KITA TETAPI APA SALAHNYA MENCUBA KAN….
PILIHAN GLAMOR SEMEMANGNYA TIDAK PERNAH SALAH DALAM MEMBANGKIT RASA EKSKLUSIF DAN ROMANTIS. RINGKAS NAMUN ROMANTIS.
BEBAS WARNA DAN SENTUHAN PUTIH HITAM MEMBERI KEPUASAN MEMANDANG. CANTK UMPAMA PELAMIN.
ALA SCANDINAVIAN PUN ADA…TAK SALAH JIKA ORANG KITA HENDAK MENABUR BUNGA MELOR SEBAGAI HARUMAN SEMULA JADI.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.