“Tidak susah untuk memastikan dekorasi kediaman kekal lama jika anda tahu menguruskannya dengan bijak walaupun mempunyai tiga orang anak kecil”, ujar guru sekolah serta pemilik kediaman teres satu tingkat di Port Dickson ini.
Menurutnya, dia menetapkan ruangan khas untuk anaknya bermain serta makan dan minum dalam usaha memastikan ilham dekorasinya kekal lama malahan mengambil masa selama tiga bulan dalam menyiapkan dekorasi dalaman berkonsepkan hipster industri minimalis dengan berbelanja sebanyak RM15K.
“Saya sentiasa memilih dengan teliti setiap perabot serta aksesori agar ianya selari dengan konsep yang kami tetapkan seperti warna earthtone dan hitam serta banyak merujuk kepada poster yang menampakkan imej hipster atau gaya hidup yang mengikuti trend terkini”,katanya.
Tambahnya lagi, kediaman ini tidak mempunyai banyak perabot malahan memudahkan lagi proses membersihkan segala habuk yang melekat.
Rumahnya berkeluasan 1400 kaki persegi menggunakan tona warna hitam batu-bata industri menarik IMPIANA untuk mengetengahkan idea beliau untuk tatapan serta inspirasi pembaca majalah IMPIANA.
Terdapat pelbagai cara untuk menghias kediaman anda sama ada menyesuaikan susunan perabot dengan pelan ataupun memilih warna cat yang bertepatan dengan konsep rumah agar selesa dan nyaman didiami. Sudah tentunya setiap orang mempunyai citarasa dan kepentingan yang tersendiri dari segi rekabentuk perabot, konsep dan flow yang ingin ditonjolkan oleh kerana itu kita perlu pastikan betul betul yang mana paling sesuai untuk diterapkan pada kediaman masing-masing.
Seperti pemilik rumah pangsapuri 900 kaki persegi, Puan Norazurra Aziz yang memilih konsep minimalis untuk teratak kecilnya yang terletak di Batu Caves, Selangor. Rumah ini dilengkapi 3 bilik serta 2 bilik air dan ruang balkoni yang cukup untuk tuan rumah bergerak bebas tanpa berasa sempit dan sesak. Mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dihias dengan sempurna dengan kos keseluruhan sebanyak RM50k, Puan Norazzura memilih untuk menggunakan bilangan perabot yang minima serta cat berwarna terang seperti putih agar ruang yang sempit kelihatan lebih luas dan lapang.
Dengan berbekalkan gambar-gambar hasil perkongsian tuan rumah, IMPIANA dapatlah meninjau-ninjau kediaman kecil yang cantik dan selesa ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Terletak nun di Kuala Selangor, siapa sangka terdapat perkampungan banglo yang mendamaikan. Suasana jauh dari hiruk pikuk kota dan lebih menarik lagi persekitaran yang luas, lengkap dengan taman permainan dan kawasan rekreasi. Tidak hairan jika ramai di kalangan kita yang menjadikan hartanah di luar kota sebagai kediaman hujung minggu. IMPIANA bertandang ke kediaman hujung minggu pereka busana tradisi dan pereka selebriti, Salikin Sidek.
Telah tiga tahun memiliki kediaman banglo ini. Secara peribadi, ia bagi Salikin merupakan satu rahmat dari doanya yang mendambakan sebuah kediaman yang berhadapan dengan padang untuk anak-anak bermain. Malah suasana persekitaran yang agak berbeza dengan kota memberikan kenikmatan tersendiri apabila menghabiskan cuti panjang atau hujung minggu.
“ Bagaikan tidak percaya, doa saya dimakbulkan Tuhan. Malah dipermudahkan untuk saya memiliki kediaman ini. Selain suasana tenang, di kawasan sekitar sini juga banyak sumber makanan segar dan murah. Di sinilah juga tempat saya mencari ilham bagi menyiapkan buku juga mencari idea baru bagi koleksi saban tahun,” ujarnya yang kini rancak mengeluarkan buku panduan fesyen dan jahitan.
RUMAH PUTIH DEPAN PADANG
Kediaman putih ini direka ala bentuk nautika dan mempunyai elemen moden kontemporari. Aras siling yang tinggi dan jendela bumbung yang cukup luas untuk memberi simbahan cahaya ke tengah ruang, sememangnya sesuatu yang berbeza daripada kediaman lain. Salikin sendiri ada membuat pengubah suaian di bahagian hadapan kediaman agar ruang utama ini lebih luas dan beliau boleh membina pintu masuk utama yang agak besar daripada pintu sedia ada.
Ketinggian siling yang lebih daripada 12 kaki memberi satu biasan cahaya yang tidak terlalu terang biar pun cuaca di luar sana terik. Malah tiap kali pintu utama yang mempunyai saiz sekitar 4 x 8 kaki setiap belah di kuak, pasti akan menderu bayu menerpa ke dalam kediaman beliau. Bersama rimbunan pokok hiasan di luar sana.
Ruang tamunya cukup berseni. Hasil kraf dan lukisan diabadikan sebagai lambang jiwa pereka ini yang mewah dengan elemen seni. Kerusi makan bulat yang diperbuat daripada kayu jati Burma dimuatkan pada pinggir pintu utama . Manakala set ruang tamu yang disempurnakan dengan fabrik mewah seperti songket dan pelbagai bahan bacaan. Dari situ juga sudah jelas bagi kita menggambarkan bagaimana anak jati Johor ini menghabiskan masanya di rumah.
Jika diperhatikan pada dinding bukan sahaja kesenian Melayu menjadi pilihan beliau. Malah lukisan kabuki dan hasil karya rakan-rakan baiknya juga diabadikan pada dinding utama ruang tamu kediaman. Di samping terdapat sebuah dua barangan kelengkapan pengantin lama yang juga disuai padan menjadi aksesori kediaman. Sebuah meja solek lama dihias bersama congkak berukir sebagai meja konsol di ruang tamu, begitu mengusik perasaan . Biar pun dimamah usia dek masa, namun rekaan yang unggul pasti bersinar biar di mana juga ia ditempatkan. Inilah yang menjadikan ruang tamu kediaman ini cukup selesa dan menyenangkan. Jom intai deko designer tersohor ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tema minimalist scandinavia semakin mendapat tempat utama di kalangan pencinta dekorasi rumah di Malaysia. Minimalis membawa maksud gaya hidup yang sederhana dan cukup sekadarnya. Tetapi di dalam konteks hiasan dalaman ianya membawa makna pemilihan perabot serta susun atur yang tidak terlalu crowded dengan pelbagai aksesori tambahan.
Kali ini IMPIANA ingin membawakan intepretasi seorang 3D Visualiser yang berasal dari Kuching, Sarawak tentang dekorasi yang bertemakan minimalis skandinavia.
En Hamini Madini merupakan pemilik rumah teres dua tingkat yang berkeluasan disebelah bawah 435 sqft serta 325 sqft disebelah bawah berkapasiti tiga bilik tidur dan dua bilik air telah memilih tema warna hitam dan putih sebagai warna utama di kediaman mereka.
“Kediaman ini berjaya disiapkan dalam masa dua bulan dan saya mula pindah masuk semasa bulan Ramadhan yang lepas dan segala susun atur di kediaman ini kami merujuk kepada laman perkongsian gambar atas talian iaitu pinterest“,katanya.
Selain itu, segala kelengkapan di rumah ini ada yang ditempah khas, dari Ikea, SSF dan kedai perabot yang berdekatan dengan rumahnya.
Lantainya ditatarias dengan Lush Vinyl Interlock Plank manakala dinding utama ditatah dengan White Artificial Brick. Walaupun memilih warna monokrom, tetapi beliau berjaya mencuri pandangan tetamu dengan meletakkan kerusi sandar berwarna kuning serta memasang two seater minibar sebagai partition di antara ruang makan dan dapur.
Berikut adalah idea yang dikongsikan oleh En Hamini Madini serta isterinya yang berkonsepkan minimalist skandinavia. Selamat berdeko!!
Sebelum (Dapur)
Selepas (Dapur)
Sebelum (Ruang Tamu)
Selepas (Ruang Tamu)
Sebelum
Selepas
Sebelum (Koridor Tangga)
Selepas (Koridor tangga)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.