Susah juga nak pastikan kediaman sentiasa dalam keadaan kemas dan rapi bila dah ada anak kecil. Bukannya apa, tak sampai pun 10 minit dikemas, rumah dah kembali tunggang langgang dan bersepah dengan segala mainan hasil ‘bantuan’ dari anak-anak. Mana ada masa nak susun semula, nak layankan kerenah anak lagi. Pening nya. Sebab itulah ramai ibu yang mempunyai anak kecil pilih untuk tidak menghias cantik rumah mereka takut-takut nanti ada tangan kecil yang tarik lapik meja, jatuhkan pasu, dan koyakkan wallpaper.
Tapi janganlah jadikan anak kecil sebagai alasan untuk biarkan rumah anda bersepah dan tidak dibersihkan. Lihat saja seperti pemilik akaun fb Nana Farhanayang tinggal memiliki kediaman teres dua tingkat terletak di Kemaman, Terengganu ini. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki yang masih membesar tetapi itu tidak menghalang Puan Nana untuk mendeko rumahnya dengan cantik dan rapi. Dengan keluasan 1400 kaki persegi, rumah yang mempunyai 4 bilik ini telah dihias berinspirasikan daripada idea pemilik sendiri. Beliau berani untuk mix & match barangan, perabot dan perhiasan rumah yang mengambil masa lebih kurang 6 bulan sebelum pindah masuk kerumah ini.
Puan Nana merupakan penggemar warna-warna lembut dan earth colour kerana baginya warna memainkan peranan yang penting untuk kesan pencahayaan yang bagus agar ruang boleh nampak luas. Selain itu, beliau juga ada menggunakan hisan cermin untuk memaksimakan penggunaan ruang di kediamannya. Katanya lagi, “Sebab saya ada anak lelaki yang masih kecil, jadi kawan-kawan selalu tanya apa tips untuk buat anak-anak tidak mengusik barang hiasan”
Tips beliau : 1. Biasakan anak-anak tengok semuanya dari lahir lagi. Jadi bila hari-hari tengok perhiasan yang pelik-pelik, mereka pun dah tak hairan nak usik. 2. Sediakan ruang atau bilik khas untuk mereka bermain biar mereka disiplin dan faham kalau nak main ada ruang tertentu sahaja yang dibenarkan. 3. Wujudkan satu “bakul kecemasan”. Benda ini sangat praktikal apabila ada tetamu yang tiba-tiba sampai ketika keadaan rumah masih bersepah dek mainan anak-anak. Kumpulkan sahaja semua mainan dan barangan yang berselerak kedalam bakul dahulu dan sorokkan pada satu sudut. Bila tetamu dah pulang barulah boleh sorting. 4. Amalkan konsep rumah tanpa stor atau cukup sekadar stor yg sangat kecil. Perkara ini dapat mendidik kita supaya sentiasa ingin memastikan rumah dalam keadaan kemas dan teratu. Tak adalah semuanya kita simpan distor dengan alasan “orang lain tak nampak”
Dibawah ini adalah gambar-gambar deko rumah perkongsian Puan Nana dengan IMPIANA. Selamat menghias!
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Teruja IMPIANA menerima gambar kediaman Puan Siti Aishah dan Encik Muhamad Talhah ini, kediaman jenis teres berkeluasan 24×85 ini membuka mata yang mencintai konsep kediaman seperti ini.
Kata Puan Aishah konsep dan idea rumah ini adalah daripada beliau dan suami, ia sendiri melakar idea tersebut untuk setiap sudut dan telah berkongsi idea kepada pihak hiasan dalaman pilihan mereka iaitu ritzreka.ID. Tambah Puan Aishah, Pakar Hiasan Dalaman Eija Ahmad, banyak membantu dalam merealisasikan idea dan impian mereka sekeluarga untuk mendapatkan rumah idaman.
Konsep yang ringkas dan minimalis menjadi pilihan Puan Aishah dan suami, dan asalnya konsep scandinavian menjadi pilihan, terlalu banyak idea dan kombinasi akhirnya kediaman ini terhasil dengan penuh menawan. Tiada perasaan lain selain rasa berpuas hati dengan hasil sentuhan ini. menggunakan tiga warna dalam sentuhan membuat ruang dalam rumah ini nampak lebih berkesinambungan dalam tona yang sama.
Untuk makluman, walaupun pasangan ini telah mempunyai konsep dan idea tersendiri, mereka masih menggunakan ritzreka.ID kerana membantu dan bijak dalam menghasilkan idea terutamanya kabinet pasang siap dari segi rekaan dan kemasan. Setiap idea yang dilontarkan, dapat direalisasikan oleh pakar hiasan dalaman tersebut dengan mudah dan pantas walaupun agak sibuk untuk memantau kerja beliau, lebih lagi di musim PKP. Hasilnya cukup mengujakan.
Jom cuci mata lihat hasil sentuhan kediaman Puan Aishah dan suami.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biasanya jika kita cerita tentang deko kediaman, kebanyakkannya adalah rumah orang yang telah berkeluarga dan rata-rata nya kaum wanita. Kalau orang yang masih bujang, lelaki pula tu, memang jarang sekali. Mungkin bagi mereka tidak perlulah bersungguh sangat nak menghias, tunggu nanti dah beristeri baru fikir. Tapi tidak bagi pemilik akaun fb, EeMy Ismail yang baru sahaja 9 bulan menyewa rumah bujang nya di Flat Perumahan Jalan Kasawari, Larkin.
Dengan ukuran lebih kurang 650 kaki persegi, rumah ini dilengkapi dengan 3 buah bilik dan 2 buah tandas. Warna hitam, putih dan kelabu gelap menjadi pilihan pemilik, sesuai dengan status bujang yang sentiasa mahu nampak ranggi dan moden. Berbekalkan idea dan ilham dari grup-grup deko di fb, Encik Eemy membeli barangan dan perabot secara berperingkat di IKEA, Kaison serta SSF di sekitar Johor. Minat menghias rumah dipupuk bermula apabila sering menemani ibunya membeli barangan rumah.
Jom kita scroll ke bawah untuk lihat tempat tinggal pemuda ini yang mampu menepis persepsi orang ramai tentang rumah bujang. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penggunaan papan hitam serta kapur putih di sekolah mungkin sudah lapuk tetapi jika kombinasi ini diaplikasikan dalam dekorasi rumah pasti ianya memberi manfaat yang besar kepada seluruh ahli keluarga.
Ilham dekorasi papan hitam dan kapur ini boleh dimanfaatkan oleh ibubapa serta anak kerana si ibu boleh mencatat perkara utama untuk dilakukan dalam sehari seperti tugasan mengemas rumah, pembelian barang dapur manakala bapa pula boleh mencatat segala bil-bil yang tertangguh dan si anak boleh mengekspresikan cetusan idea mereka di dinding yang spesifik untuk mereka.
Untuk merealisasikan idea ini, anda boleh mendapatkan cat papan kapur (bukan cat kapur) di mana-mana outlet barangan perkakas rumah yang berhampiran.
Antara ruangan yang strategik untuk anda tepek cat papan kapur ini adalah seperti di ruangan dapur, bilik tidur anak dan ruang tamu.
Di dapur, selain daripada menyenaraikan segala barangan keperluan yang akan dibeli, anda juga boleh menetapkan tempat meletak peralatan memasak yang sepatutnya kerana dengan ini, anda tidak lagi tersalah letak kuali serta sudip.
Di ruang tamu pula, cat ini berfungsi sebagai salah satu cara untuk kita meninggalkan mesej kepada ahli keluarga yang lain selepas anda keluar dari rumah seperti tugasan membersihkan rumah, keluarkan makanan sejuk beku dari peti ais dan sebagainya. Malah anda juga boleh lebih kreatif dengan menjadikan papan kapur ini sebagai buku menu famili anda untuk seminggu. Setiap ahli keluarga bolehlah menulis menu yang diingini agar semua ahli keluarga diberi notis awal hidangan makan malam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.