Berlandaskan keinginan kuat membina taman walaupun mempunyai tanah kecil, seorang pemilik rumah teres lot tengah iaitu Mohd Syukur Sahim, yang merupakan seorang tenaga pengajar dalam bidang lukisan kejuruteraan di salah sebuah kolej vokasional, telah . Minat yang mendalam terhadap bidang seni bina mendorong pemilik untuk mereka bentuk laman kediaman sempit agar tampak lebih menarik. Ruang sempit berilhamkan tropika digarap oleh pemilik dengan indah dan pasti memukau mata sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah ini. Pemilik juga pernah terlibat dengan beberapa pertandingan dekorasi landskap mewakili kolej vokasional tempatnya bekerja seperti Floria dan telah memenangi beberapa kali pertandingan tersebut untuk kategori yang di wakili.

Melihat kepada pemilihan elemen softscape dan hardscape yang ditonjolkan pemilik, jelas kelihatan sentuhan tropika iaitu konsep yang ditekankan oleh pemilik dalam reka bentuk tamannya. Pemilik bijak memilih konsep dan penggunaan elemen-elemen landskap yang bersesuaian dengan iklim persekitaran di samping mewujudkan kehijauan pada ruangan  sempit ini.

Menurut pemilik, “ Minat saya terhadap dekorasi dan bidang seni bina ini memang telah bercambah seawal usia muda dan pernah memegang cita-cita bergelar seorang arkitek satu masa nanti. Oleh sebab itu, segala minat telah di semai untuk menghiasi laman rumah yang sempit ini demi kepuasan diri,” kata pemilik lagi.

IKLAN

Laman yang telah diusahakan dan dibina sendiri oleh pemilik sejak dari tahun 2010 telah mengalami beberapa fasa perubahan seperti penambahan elemen kejur dan pertukaran spesies tumbuhan. Pemilik gemar menggunakan elemen-elemen kejur yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kayu, buluh dan bolder stone yang dikumpul atau diperoleh ketika melakukan aktiviti beriadah seperti di dalam hutan. Terdapat juga elemen kejur yang dibeli oleh pemilik dari kedai-kedai menjual barangan hardscape di sepanjang green lane Sungai Buloh.

IKLAN

Laman tropika ini mengetengahkan elemen hardscape yang unik untuk mewujudkan kelainan dan reka bentuk tersendiri. Kreativiti pemilik terserlah dengan penggunaan kulit kayu dan keratan dari dahan pokok yang di jadikan sebagai pasu. Terdapat juga kayu hanyut yang di jadikan sebagai sculpture bagi menampilkan lagi keunikan kepada reka bentuk laman ini. Kayu hanyut mempunyai tekstur urat kayu yang jelas dapat menonjolkan nilai arkitektural tinggi, di samping bentuknya yang melengkung menyerlahkan lagi keistimewaan kehadirannya di laman ini.

IKLAN

Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik Walaupun Tanah Terhad Rumah Lot Tengah Pemilik Bijak Olah Laman Sempit Jadi Menarik

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI