Selalu kita mendengar ramai pemilik kediaman ingin ubahsuai serta dekorasi yang mudah atau bahasa popularnya adalah minimalist. Tetapi sejauh manakah tema minimalist ini kita fahami, IMPIANA menyediakan salah satu contoh tema popular berdasarkan perkongsian yang diberikan oleh seorang Penasihat Kecantikan Pn Eira Nasir.
Beliau menyatakan bahawa, tujuan utama pemilihan tema minimalist kerana inginkan suasana yang simple dan cozy ditambah pula denga kehadiran dua orang cahaya mata yang masih kecil, saya memilih untuk bersederhana dalam dekorasi walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama menyiapkan segala deko kerana ianya dilakukan secara berperingkat bermula dari ruang tamu, bilik tidur dan akhir sekali di dapur.
“Setiap dua minggu saya dan suami akan mengadakan sesi mengelap habuk serta membersihkan segala habuk yang ada di setiap aksesori yang kami letakkan dalam dekorasi rumah, agar ianya kekal cantik dan teratur sepertimana asal. katanya.
Ads
Selain itu, walaupun dia mendiami rumah sewa, tetapi itu tidak menjadi penghalang untuknya mendekorasi rumahnya asalkan ada persetujuan baik diantara penyewa dan pemilik serta merasa amat bertuah kerana pemilik asal kediaman ini memberi kebebasan penuh kepada keluarga saya untuk menghias rumah teres setingkat berkeluasan 1300 kaki persegi ini.
Tatapi contoh hiasan stail minimalist di bawah ini agar segala kekeliruan terjawab.
Kecil Namun Selesa, Inspirasi Rumah Persinggahan Hujung Minggu Keluasan 600kps Kos RM80k. Binaan rumah bersaiz kecil kian menjadi pilihan buat ramai pemilik kediaman. Apatah lagi rumah tersebut didirikan sekadar dijadikan rumah persinggahan di hujung minggu ataupun disewakan sebagai rumah inap (homestay).
Menepati konsep tiny & cosy, reka bentuk dan dekorasi rumah yang dikongsikan oleh pemilik rumah Kob Mekanikal ini yang sangat cantik dan tersusun rapi. Walaupun kecil hanya berkeluasan 600kps dan memilih konsep terbuka namun perancangan pelan lantai dan dekorasi rumah cukup sempurna. Tak terasa sesak dan lemas, walaupun keluasan rumah cukup terhad.
“Sebelum ini pernah post tinyhouse saya, masa tu baru siap dibina lebih kurang setahun yang lalu walaupun kecil tapi selesa untuk kami,”
“Konsep open (terbuka) lagi pun umah ni kecil kalau buat dinding tengah tu lagi nampak sempit,”
“Ini rumah balik hujung minggu je almari baju memang tak de. Dapur pula saya pakai dapur kecil yang 1 tungku tu ja.. habis masak simpan dalam kabinet,”
“Saya nak ucapkan terima kasih pada kontraktor Pakar Ubah Suai Rumah taiping yg sedaya upaya cuba merialisasikan impian kami sekeluarga,”ujarnya.
INFO KEDIAMAN:
Pemilik: Kob Mekanikal Usia Kediaman: 2 tahun (2022) Lokasi: Taiping Konsep: English Style Keluasan Kediaman: 20’x30′ (600kps) + Beranda 10kaki Kos Pembinaan Rumah: RM80,000
Jenis Kediaman: Rumah Kampung Spesifikasi Ruang:
(1 Dapur,2 Bilik tidur, 1 Bilik Air, Balkoni & Ruang Tamu
IMPIANA: Memang cantik dan comel dekorasi dan rekaan kediaman yang dijadikan rumah persinggahan hujung minggu ini. Walaupun hanya bersaiz kecil dengan keluasan 600kps, namun tetap selesa untuk didiami. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
“Tidak susah untuk memastikan dekorasi kediaman kekal lama jika anda tahu menguruskannya dengan bijak walaupun mempunyai tiga orang anak kecil”, ujar guru sekolah serta pemilik kediaman teres satu tingkat di Port Dickson ini.
Menurutnya, dia menetapkan ruangan khas untuk anaknya bermain serta makan dan minum dalam usaha memastikan ilham dekorasinya kekal lama malahan mengambil masa selama tiga bulan dalam menyiapkan dekorasi dalaman berkonsepkan hipster industri minimalis dengan berbelanja sebanyak RM15K.
“Saya sentiasa memilih dengan teliti setiap perabot serta aksesori agar ianya selari dengan konsep yang kami tetapkan seperti warna earthtone dan hitam serta banyak merujuk kepada poster yang menampakkan imej hipster atau gaya hidup yang mengikuti trend terkini”,katanya.
Tambahnya lagi, kediaman ini tidak mempunyai banyak perabot malahan memudahkan lagi proses membersihkan segala habuk yang melekat.
Rumahnya berkeluasan 1400 kaki persegi menggunakan tona warna hitam batu-bata industri menarik IMPIANA untuk mengetengahkan idea beliau untuk tatapan serta inspirasi pembaca majalah IMPIANA.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sudah banyak kita lihat idea pemasangan wainscoating di dalam dekorasi rumah. Ianya tidak terhad dalam apa jenis rumah, asalkan ianya menepati kesesuaian warna dan konsep kerana ada tema dekor yang tidak sesuai untuk dipadankan dengan wainscoating.
Oleh itu, IMPIANA ingin memberi pencerahan secara lebih mendalam bagaimana anda boleh tatarias dinding utama di rumah anda dengan wainscoating tetapi adalah lebih molek untuk kita ketahui serba sedikit apa itu wainscoating dari mana ianya datang dan mengapa teknik ini tidak lapuk ditelan zaman dan tidak lekang dek masa.
Sejarah ringkas
Secara amnya, wainscoating sudah lama digunakan dalam hiasan dalaman rumah sejak dari Kurun Ke 18 lagi. Ianya banyak diaplikasikan di negara Eropah seperti England, German, Perancis dan beberapa lagi negara di Eropah. Penataan seperti ini boleh didapati di istana pemerintah, rumah pentadbiran kerajaan dan sukar untuk ditemui di rumah golongan pertengahan pada masa itu. Pada hari ini, teknik panel dinding ini banyak digunakan di mana sahaja, tidak kira rumah mewah atau rumah golongan berpendapatan sederhana kerana konsepnya sentiasa hijau dan tidak nampak lapuk.
Lokasi strategik Wainscoat
Selalunya pemilik rumah dan pereka dalaman akan meletakkan panel dinding ini di dinding utama kediaman yang mana ianya berfungsi sebagai fokal point dan menaikkan seri ruang terutamanya di ruang tamu, laluan menuju ke bilik dan juga di bilik air (menggunakan jubin, bukan kayu).
Selain daripada mencantikkan dinding ianya juga turut berperanan sebagai pelindung kepada warna cat setelah anda menyusun sofa ataupun meja yang boleh merosakkan warna cat asal. Ini kerana selalunya wainscoat akan diletakkan separuh daripada ketinggian badan manusia iaitu dari bahagian pinggang ke bawah, tetapi ini tidak bermakna tiada pemasangan dibuat pada keseluruhan dinding cuma ianya jarang dilakukan.
Kesesuaian tema
Idea pemasangan wainscoating tidak berapa sesuai jika anda memilih tema kediaman scandinavia, ini kerana ianya menggunakan material serta perabot yang terhad dan menjimatkan penggunaan ruang. Tonanya pula lebih kepada warna yang menjemput kehadiran cahaya semulajadi secara maksima. Idea ini memerlukan anda untuk menambah beberapa hiasan di dinding seperti frame gambar untuk menaikkan serinya dan beberapa lagi aksesori tambahan dan Ya, konsep skandinavia kurang sesuai untuk wainscoating kerana skandinavia lebih bersifat minimalis.
Tetapi jika anda gemarkan konsep modern english, pemasangan wainscoating amat ideal, ini kerana dari sudut sejarahnya sudah menunjukkan walaupun tradisional, di zaman moden juga sesuai untuk dipadankan dengan dinding sama ada berona gelap atau terang. Cadangan kombinasi warna yang sesuai adalah hitam putih, biru putih, coklat gelap dan kuning terang.
Akhir sekali, walaupun teknik ini sudah lama digunakan, tetapi ianya tidak pernah lapuk atau obsolete kerana ia berupaya untuk membuatkan dinding yang rata dan biasa nampak lebih elegan berbanding yang asal dan polos, dan penulis yakin, 30 tahun akan datang pun ianya masih lagi sesuai untuk digunakan.
Berikut adalah beberapa cadangan idea pemasangan wainscoating yang anda boleh suaipadankan dengan hiasan di rumah anda, selamat mencuba!!
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.