Pasti anda berasa bengang apabila kipas meja yang baru sahaja dibersihkan kurang daripada seminggu sudah penuh dengan habuk dan kotoran. Tahukah anda sebenarnya terdapat cara mudah untuk membuatkan habuk tidak melekat pada bilah dan jaring kipas meja anda?
Untuk menghasilkan magis ini, anda hanya perlu menggunakan pelembut fabrik yang ada di kediaman anda.
Ikuti langkah mudah ini:-
Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. Pastikan permukaan bilah dan jaring kipas kering setelah dibersihkan.
Tuangkan pelembut pakaian ke dalam mangkuk. Cukup sekadar 1-2 penutup botol.
Celupkan span atau kain bersih ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.
Biarkan selama 5 minit sebelum anda bersihkan ia sekali lagi dengan air.
Keringkan kemudian kipas boleh digunakan seperti biasa dan tiada lagi habuk melekat.
+IDEA IMPIANA
Anda juga boleh larutkan pelembut bersama air dan masukkan ke dalam bekas penyembur, Kemudian semburkan larutan pelembut ini pada kipas seminggu sekali. Selain kipas meja anda juga boleh gunakan kaedah yang sama pada kipas siling. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mengekalkan kesegaran sayuran dan ikan yang dibeli adalah sesuatu yang agak mencabar. Adakalanya teknik yang sama telah digunakan sekejap menjadi dan sekejap tidak. Namun, ada teknik yang dikongsikan oleh Maslina Misnan di dalam group masak mungkin belum atau jarang di praktikan. Nak tahu macam mana? jom kita cuba.
1. Rendam sayur di dalam air bersih selama 5-10 minit. Pastikan sayur terendam sepenuhnya
2. Tambahkan garam di dalam air rendaman sayur untuk memastikan sisa kimia dapat dicuci sepenuhnya termasuklah serangga perosak. Sambil-sambil tu, bersihkan sayur
3. Tapiskan sayur untuk tempoh 5 minit. Bagi sayuran yang jenis berkelopak terbalikkan untuk memastikan air dapat dlkeringkan
4. Susun sayuran yang telah kering di dalam bekas kedap udara
5. Untuk makanan laut. Cuci bersih sotong
6. Letakkan satu sudu gula di dalam sotong dan digaul sebati. Teknik ini membuatkan sotong sentiasa segar dan sebelum masak, cuci bersih. Gula tadi tidak akan menjejaskan rasa sotong malah ia tidak liat apabila dimasak
7. Bersihkan udang dan lakukan seperti sotong.
8.Siang ikan dan buang semua isi perutnya. Susun terus di dalam bekas simpanan tanpa perlu dibasuh
Kulit udang tadi jangan di buang. Boleh dijadikan stock udang untuk buat merebus dan lain-lain. Caranya adalah:
1. Rebus kulit udang dengan kuantiti air janji ia tenggelam sahaja. Tak perlu banyak sangat air
2. Biarkan sampai ia mendidih dan kulit udang jadi lembut
3. Tapiskan stock udang tadi dan dibiarkan sejuk
4. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam bekas untuk disimpan
Ni Stock saya. Yang atas adalah air stock ayam, daging, udang dan pes sambal. Bila nak masak tinggal dipanaskan sahaja. di bahagian bawah adalah bahan mentah seperti daging, ikan, sotong dan pelbagai lagi
Ini stock sayur yang telah di simpan 2 minggu. Masih segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bila bercakap soal persiapan menjelang bulan mulia, dapur antara lokasi di dalam kediaman yang sangat penting. Malah banyak masa kita juga akan tertumpu di dapur. Inilah ruang untuk menyediakan juadah sahur, berbuka puasa malah hari raya. Namun bagi yang berhajat untuk membina semula dapur baru atau memiliki sebuah dapur baru, terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Jangan sesekali lepas tangan dalam memilih komponen dapur, kelak menyesal menggigit jari. IMPIANA mencari 10 perkara asas untuk anda beri tumpuan semasa membina sebuah dapur. Baca Part 1 [klik sini]
6. Pemilihan Penyendal
Ia bagaikan aksesori kepada rekaan dapur. Malah ia juga membentuk sesebuah karakter dapur. Daripada klasik ke moden, ia memberi nilai estetika yang berbeza dan harganya juga berbeza. Jadi fahamkan dengan betul apakah konsep dapur anda dan keserasiannya dengan tombol pintu kabinet anda. Ada juga pintu yang tidak memerlukan tombol dan direka begitu sofistikated dengan menggunakan tekanan jari.
Jadi jangan terlalu taksub hanya dengan melihat rekaan tombol yang pelbagai. Fikirkan juga rekaan pintu kabinet anda juga adakah ia dapat dijodohkan dengan baik dan cantik. Ia hanya sekadar pelengkap rekaan pintu kabinet dapur anda bukannya material utama yang perlu dilihat setiap masa.
7. Pencahayaan
Fahami pelan lantai dapur anda. Adakah ia gelap atau terang? Adakah anda memerlukan langsir nipis atau langsir senteng atau lebih sesuai bidai? Adakah anda memerlukan pencahayaan di bawah kabinet atas ? Adakah anda memerlukan pencahayaan lebih kerana warna kabinetnya gelap? Adakah kabinet anda juga memerlukan pencahayaan struktur yang ditempatkan di dalam kerana menggunakan kaca kabut?
Jika anda mahu melaram dapur kering anda, mungkin boleh ditambah down light atau halogen . Jadi rekaan istimewa dapur kering anda lebih menarik dan menyerlahkan ruang utama kediaman. Namun jika sekadar untuk membuat kerja-kerja dapur, pencahayaan asas sudah memadai.
8. Permukaan kaunter
Permukaan yang dimaksudkan adalah permukaan kaunter dapur anda. Adakah ia diperbuat daripada bahan padu, tahan lasak atau sekadar kayu mampat yang lebih murah. Kini terdapat beberapa permukaan yang lebih tahan lasak, mudah dibersihkan dan menyenangkan apabila disentuh. Ia merupakan satu permainan psikologi pada deria sentuhan kita.
Malah anda sendiri perlu bijak memilih warna material permukaan kaunter dapur anda agar lebih hidup dan menyenangkan. Jangan pula hanya kerana dapur anda hitam , habis sampai permukaan kaunter anda dihias dengan rona hitam. Tidakkah ia bahaya semasa memasak? Padanan seumpama ini juga perlu anda belek berkali-kali dengan kabinet dan kelengkapan lain agar tidak nampak asing dan canggung apabila siap kelak.
9. Aksesori
Tiada lain yang cukup indah pada sebuah dapur selain aksesori yang menarik. Bekas gila, garam, segala rempah ratus. Begitu juga pengisar makanan , ketuhar dan lain-lain lagi. Bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menyerikan dapur anda. Pengeluar perkakas dapur juga banyak yang menyediakan rekaan ranggi untuk menghidupkan dapur para pengguna. Malah kebanyakan kelengkapan elektronik dan manual disempurnakan dengan rekaan kreatif pelbagai warna agar serasi dengan pilihan warna dapur idaman anda.
Jadi ada konsep yang memerlukan aksesori yang banyak dan pelbagai ragam. Ada juga yang memerlukan aksesori yang ringkas seragam seperti hitam, jernih mahu pun putih. Malah ada yang memerlukan aksesori yang minimal. Awas, jangan tersalah beli aksesori. Hiasan klasik di tempatkan pada dapur moden?
10. Kemasan
Bercakap soal kemasan, sekali lagi anda perlu bijak memilih corak dan warna. Kini pereka suka menemukan dua budaya atau dua zaman di dalam sebuah ruang. Bayangkan kabinet moden ringkas bebas corak aksesori kecil, diserlahkan dengan jubin Belanda yang popular di kediaman kolonial.
Belek juga permukaannya. Adakah sesuai dengan diri anda. Berkilau mungkin cantik namun jika anda gemar memasak menggunakan minyak yang banyak, ia mungkin memberi pengaruh kepada kesan lantai dapur anda. Mungkin jubin seperti slate atau granit matte mahu pun terracota sesuai untuk mereka yang cemerkap dan berusia. Apa pun biarlah ia sepadan dengan tema rekaan anda dan mudah dibersihkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
1.Masukkan sedikit cuka ke dalam baldi yang berisi air.
2.Rendamkan pakaian anda itu ke dalam air campuran cuka tadi. Biarkan semalaman.
3.Pada keesokannya, cuci pakaian anda itu seperti biasa dengan menggunakan sabun.
4. Sementara itu, sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
5. Kemudian bilas pakaian anda tadi dengan air panas campuran limau nipis.
6.Biarkan pakaian anda dalam larutan tersebut seketika.
7. Kemudian cuci sekali lagi dengan menggunakan sabun pencuci.
8. Bilas dengan air bersih.
9. Kemudian jemur pakaian tersebut sehingga kering. Zat asam yang terdapat pada cuka dan limau nipis telah menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian anda. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.