Memastikan almari anda sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur adalah sesuatu yang agak mustahil. Mungkin, anda boleh, tapi jika melibatkan ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak yang masih kecil, matlamat untuk memastikan pakain di dalam almari sentiasa kemas dan tersusun agak sukar dicapai.
Seorang penulis dan pakar gaya hidup dari Jepun telah memperkenalkan satu sistem khas untuk memastikan almari anda sentiasa kemas dan teratur. KonMari Methods yang diasakan oleh Marie Kondo merangkumi cara mengemas keseluruhan kediaman agar sentiasa kemas dengan mudah. Namun, teknik lipatan yang diperkenalkan kini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia. Nak tahu, cara pengurusan almari dengan menggunakan KonMari Mathods. Jom tengok video ini.
Ads
Untuk teknik melipat baju dan seluar, anda boleh tengok video ni
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Idea Dapur Pulau di negara Barat sudah lama dipraktikkan, tetapi di Malaysia masih ramai yang tidka berani untuk mencuba idea ini. Mungkin kerana faktor harga atau kekangan ruang menyebabkan elemen ini dilupakan. Itu bukanlah isu sebenarnya, apa yang anda perlukan adalah, ukuran saiz dapur yang tepat dan jenis dapur island yang sesuai mengikut kemampuan anda. Disini IMPIANA senarikan beberapa jenis dapur pulau yang sesuai dan praktikal untuk memberi idea kepada anda semua.
2 Jenis utama Dapur Pulau
Terdapat dua jenis kounter pulau iaitu kounter pulau kekal (fix island kitchen) dan kounter pulau mudah alih (mobile/cart wheel island kitchen). Kebanyakan akan memilih untuk memasang kounter pulau jenis kekal kerana ianya lebih mudah untuk dijaga berbanding jenis mudah alih. kaunter pulau mudah alih menjadi pilihan terutamanya buat anda yang mempunyai kekangan ruang. Namun, setelah digunakan posisikan kounter pulau mudah alih anda di kawasan yang bersesuaian.
Rekabentuk separa bulat (semi circle island kitchen)
Jika anda mementingkan aspek keselamatan di dapur, pilihan rekabentuk separa bulat adalah yang paling sesuai. Ia tidak berbucu serta runcing di bahagian hujung serta boleh mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa anda sedang sibuk memasak di dapur. Mungkin ianya tidak terjadi kepada anda, anak anda atau orang lain pasti menjadi mangsa.
Tambahan Unit gantung
Sudah memilik sebuah unit dapur pulau sudah cukup membuatkan dapur anda nampak moden dan elegan, tetapi tahukah anda jika disertakan sekali beberapa perkakas yang bergantung di atasnya, design dapur anda nampak lebih meletup berbanding biasa. Pertama, tambah hud sedutan udara dibahagian atas dapur (jika ada) untuk menyedut segala asap makanan atau pasang bar untuk dapatkan ruang pengstoran ekstra. Bar ni boleh lah jadi tempat anda sangkutkan kuali, serta pan
Kepelbagaian fungsi
Kitchen Island dicipta untuk pelbagai kemudahan di dapur daripada hanya digunakan sebagai tempat makan serta penyediaan bahan masakan, ia terus dimajukan dengan fungsi lain seperti gabungan antara meja makan dan ruang simpanan (mempunyai rak dan laci), meja makan dan singki, akhir sekali, gabungan tiga komponen iaitu, singki, dapur memasak dan meja makan.
Pulau Kabinet
Cabinet Island seperti ini direka khas untuk simpanan pelbagai barangan di bahagian dapur selain daripada storan di atas kabinet. Selalunya island sebegini dilengkapi dengan ruang simpanan yang lebih luas berbanding di kabinet dapur. Di bahgian atasnya, permukaan padu seperti granit, marmar atau solid surface menjadi pilihan. Ini kerana, permukaan atas kounter pulau ini perlu padu untuk membolehkan anda berkerja dengan selesa. Adalah molek untuk anda letakkan sekali beberapa suis elektrik untuk memudahkan tugas anda di dapur.
Kabinet Pulau Dua Tingkat
Rekaan ini kebiasaanya menjadi pilihan restoran dan kafe. Seperti kabinet pulau pelbagai fungsi, bahagian santapan di tinggikan sedikit untuk mengurangkan konflik antara fungsi yang berbeza.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
IMPIANA tidak pernah lupa untuk berkongsi tip terbaik untuk pembaca tercinta, masa serta zaman yang membuatkan kita semakin berubah dalam arena teknologi yang serba serbi canggih, betul tak? Kadang kala anda sendiri tidak sempat hendak ambil tahu apa pula teknologi terkini.
Seperti mana yang kita tahu, semua pemilik rumah akan menggunakan jubin dan kaca sebagai penganti cat pada ruang-ruang tertentu bukan. Tapi kali ini, IMPIANA nak kongsikan satu lagi produk yang mampu mengantikan dua bahan ini dengan baik untuk melengkapkan ruang kediaman anda dengan konsep dan gaya yang menjadi pilihan serta citarasa masing-masing.
Segala permukaan dalam rumah anda boleh ditukar dengan Admira Laminates. Admira Laminates Sdn Bhd ini telah lama bertapak dalam industri hiasan dalaman, selama 46 tahun. Sudah pastinya di usia begini mutu dan kualiti produknya tiada tandingan. Ia memberi 101 penyelesaian bagi masalah dinding di rumah anda yang anda tidak tahu. Jom IMPIANA cerita apa kelebihan laminates ini.
Ruang Tamu
Bila masuk rumah baru atau nak buat renovasi mesti ruang ini jadi pilihan pertama kan? Perkara pertama anda semua akan cantikan ruang ini dengan mengecat dan mencari dinding tumpu untuk dipasangkan cermin dan sebagainya. Betul tak?
Tapi anda lupa sesuatu dalam menghias, bila sudah siap dipasang cermin yang dikatakan mengikut trend dan sebagainya. Anak-anak anda yang sering bermain dalam rumah terhentaklah satu objek keras pada cermin tersebut, apa akan jadi? Pastinya retak atau sumbing. Hmmmmmm…. panjang keluhan itu, tak akan nak tukar bahagian retak mahupun sumbing tu sahaja kan, mesti kena tukar pada keseluruhannya. Melayang lagi duit. Itu baru satu masalah yang anda nampak kan.
Ruang Dapur
Ruang dapur semua orang tahu adalah nadi sesebuah kediaman, kalau tidak ada dapur kosong la perut. Jadi ruang dapur kenalah lengkap dan cantik sesuai untuk mak-mak dan kakak-kakak yang suka melaram. Kabinet dapur tidak boleh buat yang biasa-biasa ye, kena cari yang berkualiti. Sebab apa? Sebabnya kita nak pakai lama dan ruang ini adalah ruang yang lasak, penggunaan harian kita yang suka memasak dan memotong segala macam semuanya di ruang ini. Tapi macam mana hendak cantik, tahan lama dan berbaloi?
Penyelesaian
Admira Laminates ada menawarkan pelbagai jenis permukaan untuk kelengkapan rumah anda dari siling, dinding, kabinet dan sebagainya. Tapi kena tahu juga Admira bukan untuk lantai kediaman tapi semua ruang dalam kediaman boleh digayakan dengan laminates Admira ini.
Kelebihan Vs Kekurangan
Admira Laminates
Jubin
Cermin
Ini adalah beberapa perbezaan yang boleh IMPIANA kongsikan. Raya dah bakal menjelma, rumah mesti nak nampak WOW! kan raya ni. Macam mana nak kabinet lama nampak baru? Guna sahaja Admira Laminates, tukar semua permukaan dalam rumah dengan gaya dan konsep anda. Kalau anda suka kan konsep marbel, cermin semuanya ada, pilih sahaja tepuk dada tanya selera.
Lihat ni berapa banyak pilihan yang mereka boleh tawarkan kepada anda, terdapat pelbagai jenis laminates yang pastinya memukau perhatian.
Kalau nak pakai untuk raya ini kan, IMPIANA memang syorkan sebab, anda tidak perlu mengetuk atau pecah atau apa sahajalah yang boleh menggangu halwa telinga jiran anda. Dengan Admira, pemasangan yang mudah, senyap tidak bising dan cepat juga selamat untuk seisi keluarga. Rugi lah kalau anda tidak pertimbangkan apa yang IMPIANA kongsikan ini.
Adakah anda rasa seperti seluruh rumah anda berbau hancing dan busuk seperti di kedai menjual haiwan? Bau ini mungkin disebabkan oleh najis kucing anda dan ditambah pula dengan bulu mereka yang ada melekat di karpet dan perabot, menjadikan rumah tidak selesa dihuni. Walau sayang bagaimana pun anda kepada kucing, tak mungkin ada yang sanggup tinggal di rumah berbau dan kotor.
Jadi bagaimana nak hilangkan bau tidak menyenangkan ini buat selama-lamanya tanpa perlu mengorbankan haiwan kesayangan? Anda boleh saja gunakan pencuci yang terdapat di rak-rak supermarket ataupun, anda boleh cuba menggunakan bahan semula jadi yang boleh didapati dirumah. Anda juga boleh mengurangkan bau busuk dengan meletakkan litter box kucing di tempat yang terbuka dan jauh dari kawasan berkumpul. Disamping itu, pastikan anda mengekalkan kebersihan di rumah dan juga kebersihan si comel agar udara dikediaman sentiasa segar dan bebas dari bau kucing.
CARA 1 : Gunakan cuka.
Hilangkan bau air kencing dengan menggunakan pembersih yang diperbuat daripada cuka putih. Letakkan satu bahagian air dan satu bahagian cuka putih dalam botol semburan. Kemudian, semburkan campuran tersebut di kawasan yang berbau. Biarkan cuka selama beberapa minit supaya ia dapat menyerap sekali bau air kencing kucing.
CARA 2 : Cuba pembersih enzyme.
Air kencing kucing terdiri daripada komponen-komponen yang memerlukan enzyme untuk dibersihkan. Anda boleh dapatkan pembersih enzyme di mana-mana petstore atau secara online. Ikut arahan pada label dengan teliti untuk digunakan pada kawasan yang berbau kucing.
CARA 3 : Sapukan penyegar udara semulajadi.
Satu lagi cara yang anda boleh cuba untuk menghilangkan bau kucing adalah dengan menggunakan penyegar udara semula jadi dibuat daripada baking soda. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis, 1 sudu teh serbuk cengkih, dan 1 cawan herba seperti rosemary atau lavender kering. Renjiskan pembersih pada permaidani atau pada perabot yang mempunyai bau kucing. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan kemudian vakum sehingga betul-betul puas hati.
CARA 4 : Dapatkan khidmat profesional.
Jika rumah anda berbau pintu kucing dan pembersih biasa tidak berjaya menyingkirkannya, sila dapatkan bantuan pembersih profesional. Cari pembersih permaidani profesional untuk menangani apa-apa kesan dan menghilangkan bau kucing pada permaidani anda. Dan dapatkan khidmat pencuci lantai profesional yang boleh datang kerumah untuk menghilangkan bau pada kayu atau jubin. Kebanyakan pembersih profesional memang sudah mahir dalam mengeluarkan bau yang berkaitan kucing di rumah.
CARA 5 : Kosongkan bekas pasir secara teratur.
Perikasa bekas pasir kucing anda sekurang-kurangnya sekali untuk dua kali dalam sehari. Cedok dan keluarkan apa-apa najis dan gumpalan air kencing dari bekas secepat mungkin supaya bau tidak dibiarkan ‘berlegar-legar’ diudara terlalu lama. Latih kucing anda untuk menggunakan bekas pasir agar anak-anak bulu ini tidak terbiasa kencing di kawasan lain didalam rumah anda.
CARA 6 : Pastikan anda mempunyai lebih dari satu bekas pasir.
Letakkan bekas pasir dibeberapa tempat berbeza dan bersihkannya dengan kerap. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, mempunyai bekas pasir yang berbeza buat setiap kucing akan mengurangkan risiko bau busuk. Pastikan setiap kucing mempunyai privasi semamsa menjalankan ‘projek’. Dengan mempunyai lebih dari satu bekas pasir, anda juga dapat mengelakkan daripada perlu membasuh sebuah bekas yang dipenuhi najis busuk yang datang daripada beberapa ekor kucing.
CARA 7 : Vakum tempat bermain kucing.
Gunakan vakum khas untuk membersihkan bulu-bulu haiwan kesayangan anda itu. Vakum seluruh kawasan dan tempat kegemaran si bulu untuk bermain. Pastikan juga anda vakum perabot, karpet, dan celah-celah almari atau pasu serta kawasan lain yang berpotensi. Cuba untuk vakum kawasan-kawasan ini seminggu sekali supaya tidak ada bulu atau kotoran kucing yang akan membawa kepada bau busuk.
CARA 8 : Pastikan kawasan makan kucing bersih.
Untuk mengurangkan bau di rumah anda, kekalkan kebersihan bekas makanan dan minuman kucing. Elakkan membiar makanan semalaman tanpa dibasuh bekasnya. Dengan memastikan bekas makanan sentiasa terjaga dan dibasuh bersih, ruangan dirumah anda akan terjamin bebas bau busuk dan bebas bakteria merbahaya.
CARA 9 : Bawa kucing anda grooming .
Sentiasa pastikan kucing di groom bersih dan kemas. Jadikan ia rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memberus buku, trim kuku dan membersihkan telinga kucing daripada segala kotoran dan kuman yang menyebabkan bau kurang menyenangkan.
CARA 10 : Bawa kucing berjumpa doktor haiwan jika bau tidak hilang.
Jika anda telah cuba membersihkan kawasan kucing anda dan masih lagi gagal menghilangkan bau busuk kucing, cepat-cepat bawa si bulu berjumpa doktor haiwan. Boleh jadi, bau tersebut disebabkan penyakit atau jangkitan kuman yang memerlukan perhatian segera.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!