Rumah Teres Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!
Rumah Teres Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!
IMPIANA berkesempatan ‘feature’ salah satu projek dekorasi & renovasi milik kontraktor bumiputera, @zamadaconcept
Projek kediaman jenis teres 2 tingkat dengan keluasan 2,000 kaki persegi. Mempunyai 4 bilik tidur, 4 bilik air serta lengkap dengan dapur kering dan dapur basah.Dekorasi rumah pula bagaikan berada di ‘showroom’, berkonsep moden nampak rumah lebih bersih, kemas, lapang dan tak nampak serabut bersesuaian dengan gaya hidup pemilik sekeluarga yang memiliki keluarga kecil.
Menariknya, kediaman ini juga mempunyai “Courtyard” atau taman di dalam rumah yang cukup indah menyambut kedatangan tetamu atau sesiapa sahaja yang datang berkunjung. Cukup tenang & mendamaikan apabila berada di courtyard ini. Bahkan ia juga merupakan lokasi ‘favorite’ pemilik sekeluarga yang gemar lepak santai dan meluangkan masa di sini. Lebih-lebih setelah seharian penat bekerja.
INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Suria Johari & Saipul Bahari Hasan
Usia Kediaman: 1 tahun 4 Bulan
Konsep Hiasan Dalaman: Moden
Lokasi: Sepang
Keluasan Kediaman: 22’ x 75’ (2,000kps)
Pereka Hiasan Dalaman : Zamada Concept
Anggaran Kos Renovasi/Dekorasi Rumah: RM100k
Jenis Kediaman: Teres 2 Tingkat
Spesifikasi Ruang Kediaman:
Dapur Kering, Dapur Basah, Courtyard, 4 Bilik tidur, 4 Bilik Air, Ruang Tamu
#impiana
#housetourimpiana
#modernconcept
#ingatdekoringatimpiana
#inspirasidekorasirumah