Renovasi Apartment 1,000kps Pecahkan Yard Besarkan Dapur!
Renovasi Apartment 1,000kps Pecahkan Yard Besarkan Dapur!
Cantik dekorasi rumah apartment 3 bilik berkeluasan sederhana 1000kps milik Razlina Natasha Roslin ini.
Apartment yang asalnya kosong, berubah wajah dengan citarasa pemilik dan penataan pereka dalaman yang berpengalaman dalam menghias kediaman berkonsep Modern English.
Kerja-kerja renovasi dan ubahsuai kediaman ini hanya mengambil masa selama 3-4 bulan dengan anggaran kos RM60,000.
Antara yang dilakukan seperti menukar lantai jubin kepada lantai SPC, meluaskan dapur dengan memecahkan bahagian ‘yard’, membuat kabinet dapur, ceiling cornice, wiring, piping, memasang batten wall,wainscoting, partition, kabinet TV, cat dinding dan sebagainya.
INFO KEDIAMAN
Nama pemilik: Razlina Natasha Roslin
Usia Kediaman: 9 bulan (September 2024)
Konsep Hiasan Dalaman: Modern English
Lokasi: Pulau Pinang
Keluasan Kediaman: 1000 Kps
Nama Pereka ID: Aei Builder’s
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM60k
Jenis Kediaman: Apartment
Spesifikasi Ruang Kediaman:
Ruang Tamu, Dapur , 3 bilik tidur, 2 bilik air, balkoni
Material:
Pintu Kabinet Dapur: High-Moisture Resistant (HMR)
Cat Pintu Kabinet Dapur: Sage Green
Kaunter Top: Quartz Stone
Cat Pintu Bilik : JOTUN (Macchiato)
Cat Dinding : JOTUN (Samik Ivory)
Pillar Partition: 3″ Timber Laminate (Vera B2-7553 Austin Ash)
Backsplash: Honey Comb Tiles
Lantai: SPC (Forest Series-SB818 Birch)
Semoga menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain dalam menata hias ruang rumah.
#impiana
#impianakongsi
#dekorasiapartment
#dekorasirumah
#konsepmodernenglish