back to top
Impiana kini berada di dalam aplikasi   
Impiana kini berada di dalam aplikasi   
Home Dekorasi Indah Panorama Semulajadi Villa NurJannah

Dekorasi Indah Panorama Semulajadi Villa NurJannah

Dekorasi Indah Panorama Semulajadi Villa NurJannah

Mula beroperasi pada 1 Mac 2024, meriah sungguh majlis perasmian Villa NurJannah yang dirasmikan oleh Dato Sri Ismail Sabri baru-baru ini.

Berkeluasan 4000 kaki persegi, Villa NurJannah yang terletak di Janda Baik, Pahang ini menawarkan 6 bilik mewah dengan kemudahan lengkap, termasuk penghawa dingin, tandas peribadi dan balkoni peribadi.

Kebanyakan perabot yang digunakan daripada kemasan pelbagai jenis kayu yang kukuh dan padu, memberi keselesaan dan mencipta suasana tenang buat penghuni yang datang menginap.

Dikelilingi landskap indah dengan panorama bukit bukau, pepohon menghijau dan sungai yang mengalir, mampu mencetus kedamaian dan menikmati keindahan alam semulajadi buat sesiapa yang datang.

Menariknya, pelbagai aktiviti juga boleh diadakan di sini.Terdapat ruang berpasir yang luas untuk aktiviti bola tampar, serta kawasan khusus untuk ‘petting’ kuda.

Selain itu, villa ini juga menawarkan akses bebas kepada motosikal dan basikal bagi memenuhi kehendak pelanggan yang gemar menikmati aktiviti luar.

Penambahbaikan sedang dijalankan dengan pembinaan dua kolam memancing, yang dijangka akan siap pada bulan Julai atau Ogos nanti. Bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman memancing yang unik dan menyeronokkan.

#dekordekorimpiana
#impiana
#villanurjannah
#villamewah
#dekorasivilla
#jandabaik



Video Berkaitan