Sofa dengan kemasan kulit asli memang sesuatu yang ramai idamkan. Namun harganya bukan lah kepalang. Jadi, IMPIANA nak cadangkan, apa kata anda beli sahaja sofa kulit secondhand. Kenapa secondhand? kan dah tak cantik kulitnya kotor. Kotor atau warna kurang menarik boleh diselesaikan dengan mudah. Anda boleh tukar warna kulit sofa mengikut tema kediaman tanpa perlu upah orang atau hantar re-upholstery yang mahal. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengecat semula sofa kulit tersebut. Tapi, bukanlah sebarang cat yang boleh digunakan.

Artikel: (VIDEO) Ibu Ini Tunjuk Cara Mudah Cuci Sofa Dengan Limau dan Baking Soda

Antara peralatan dan keperluan yang perlu disediakan sebelum menukar warna sofa kulit anda adalah sepertti berikut:

Ads

Bahan-bahan:
Dye kulit (pilihan warna mengikut kehendak)
Rubbing alcohol
sarung tangan getah
span basuh pinggan (pastikan teksturnya lembut bagi mengelak permukaan kulit luka)
plastik
Kain tuala kecil yang bersih

Ads

Cara-cara:
1. Basahkan kain tuala dengan rubbing alcohol
2. Lapkan keseluruhan permukaan kulit sofa. Langkah ini perlu di lakukan beberapa kali untuk menanggalkan kekotoran dan kesan pelindung kulit yang asal.
3. Biarkan sofa kering sepenuhnyas sekurang-kurangnya seharian
4. Aliskan dye kulit pada sofa dengan menggunkan span. Sapuan perlu dilakukan secara membulat dan perlu sedikit tekanan untuk memastikan dye dapat diserap fabrik kulit. pastikan anda menggunkan sarung tangan ketika melakukan sapuan dye
5. Lakukan beberapa sapuan dye sehingga lapisan warna yang diinginkan kelihatan rata. Kemungkinan, anda perlu lakukan lebih dari 5 kali sapuan dye namun untuk lapisan yang akhir, sapuan hanya dilakukan dengan lembut bagi mengelak lapisan dye sebelumnya calar

Ads

https://www.youtube.com/watch?v=P6AopwTuYAo

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI