Antara jenis tanaman yang paling sukar untuk disemai adalah jenis yang halus seperti lobak, tomato dan sebagainya. Kalau jenis sayuran berdaun seperti bayam, sawi dan kakngkung, ia boleh dicampur sedikit dengan pasir sebelum di semai untuk mengelakkan ia tumbuh dengan rapat, namun tidak untuk benih carrot, tomato, ketumbar dan sebagainya.

Jaraknya perlu di kawal dari peringkat awal. Jika tidak, kualiti tanaman akan terjejas jika penjarangan tidak dilakukan. pun begitu, untuk tanaman jenis ini ketika menjalani proses penjaranggan akan berlaku risiko tanaman terjejas. Jadi cara terbaik adalah kita perlu buat satu lubang untuk 2 benih sahaja.

Tapi, jenuh pula lah kan Sahabat Laman nak duduk menanam satu-satu di kebun tengah panas. Jadi penyelesaian terbaik adalah, guna tape semaian. Jadi, bila tapi biji benih ni siap, tanam terus je pada baats sepanjang yang Sahabat Laman nak. Tak perlu peralatan khas dan bahan yang mahal pun.

(VIDEO) Semai Biji Benih Guna Adunan Tepung Lebih Mudah Dan CepatBahan-bahan:
Tepung
Measuring cup
Sudu
Berus cat yang kecil
Tisu tandas
Biji benih (ikut pilihan anda)

IKLAN

Cara-cara:
1. Bentang beberapa helai tisu tandas mengikut keperluan anda. Buat lebih pun tak apa.
2. lipat 2 tisu tandas tadi menajdi satu helai yang panjang dan tekan sedikit bahagian lipatan untuk mendapatkan garisan yang akan digunakan sebagai frame work

(VIDEO) Semai Biji Benih Guna Adunan Tepung Lebih Mudah Dan Cepat
3. bancuhkan sedikit tepung bersama sedikit air. Tekstur tepung yang diperlukan tidak terlalu likat. Cukap sekadar ia mampu memegang beji benih tadi. Kalau cair macam untuk buat salutan goreng pisang pun boleh

IKLAN

(VIDEO) Semai Biji Benih Guna Adunan Tepung Lebih Mudah Dan Cepat4. Buat titisan kecil di atas tissu yang telah dilipat tadi. Letakkan di habagian dalam lipatan. dan pastikan jarak antara titisan tepung mencukupi mengikut keperluan tanaman
(VIDEO) Semai Biji Benih Guna Adunan Tepung Lebih Mudah Dan Cepat
5. Letakkan 2 biji benih bagi setiap titisan tepung sementara masih cair dan lipat semula tisu tandas tadi
6. Apabila telah siap, sediakan batas tanaman dan tanam lipatan tisu yang berisi biji benih tadi sekurang-kurangnya 2 cm di dalam tanah dan kambuskan dengan tanah sepenuhnya. Jagan lupa, selepas di semai, lakukan siraman.
(VIDEO) Semai Biji Benih Guna Adunan Tepung Lebih Mudah Dan Cepat

IKLAN

(VIDEO) Semai Biji Benih Guna Adunan Tepung Lebih Mudah Dan Cepat

 

https://youtu.be/-w6JoJH4FPo

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI