
Kebiasaanya, untuk melakukan pembiakkan terutamanya melalui keratan batang atau tut, sudah pasti bahagian yang akan di tanam disapu dengan penggalak akar. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis dan tekstur penggalak akar yang dijual di pasaran. Sama ada dalam bentuk serbuk, cecair atau pes seperti kapur. Artikel sebelum ini pun, Impiana ada kongsikan bahan-bahan lain yang boleh di jadikan sebagai penggalak akar seperti daun ketapang. Untuk artikel lengkap [klik sini]. Sahabat-sahabat pertanian Laman pun ada kongsi bahawa belacan sesuai dijadikan pengganti penggalak akar.
Terbaru, LAMAN Impiana jumpa satu lagi perkongsian dari sahabat dari Thailand yang menggunakan redbull dan belacan sebagai penggalak akar untuk menyemai buluh manis. Campuran penggalak akar hanya menggunakan 1 sudu belacan dan 2 sudu Redbull atau sebarang air tonik.
Posted by บ้านเกษตร on Monday, 14 May 2018
Sebelum ini juga, LAMAN Impiana ada kongsikan pelbagai jenis baja yang menggunakan ramuan redbull antaranya ia lah untuk menghasilkan buah Mulberry yang banyak. Untuk artikel lengkap [klik sini]
Ini Cara Mudah Biak Halia Dari Halia Yang Terdapat Dalam Peti Ais Guna Guni Sahaja

Kebiasaanya, halia yang dibeli, mesti tak digunakan semuanya. Ada tu sampai kecut simpan dalam peti ais. Apa kata kalua dah Nampak hali yang disimpan mula tumbuh tunas, kita semai je. Tak perlu batas dan pasu yang khas, guna guni pun dah mencukupi seperti yang dilakukan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan. Cara yang dikongsikan oleh puan Bebiyana sangat mudah dan tak perlukan barang dan bahan yan rumit. Tapi hasil halinya yang ditanam di dalam guni memang menajdi. Jom kita tengok cara tanam hali dalam guni puan Bebiyana
Ada ramai orang di luar sana punya halia yang berbaki dalam peti ais. Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.
- Ini contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia
- Kemudian potong-potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh
- Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada. Kemudian keringkan
Bancuh serbuk racun kulat dengan air mengikut sukatan yang di syorkan
- Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah
- Kambuskan halia yang telah disemai. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.
- Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.
Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda.
Tanam English Rose Guna Teknik Ini Confirm Pokok Subur Bunga Merimbun

Bagaikan satu fenomena baru serta pengalaman yang sangat menarik buat peminat-peminat rose di Malaysia. Kini menanam rose bukanlah sesukar dulu lagi sekiranya kena dengan cara, kaedah dan juga penggunaan media yang tepat bagi menggalakkan pertumbuhan pokok yang sihat dan subur. Ikuti cara serta tips mudah menanam rose terutamanya English Rose atau rose dari baka-baka luar negara mengikut gaya dan kaedah Taman Rose Addarosa Puncak Alam. Pokok akan hidup subur, berbunga lebat, saiz bunga yang lebih besar seakan berada di cuaca tempat asalnya.
CARA MUDAH TANAM ENGLISH ROSE
- Sediakan keperluan asas yang mencukupi seperti :
- Pati nutrien ibu medium
- Tanah khas untuk rose atau alternative lain tahah 6 dalam 1 (6 in 1)
- Vitamin booster untuk pokok dan bunga
- Baja khas rose
- Pasu
- Gunting
- Botol sprayer
- Langkah 1 :
Langkah pertama buangkan medium asal dari poly beg. Merujuk kepada gambar contoh pembekal menggunakan sekam padi sebagai medium asas. Buang medium lama tersebut sehingga nampak urat akar atau lebih atau ikuti seperti gambar contoh.
Merujuk kepada kondisi akar pada pokok ini, pokok ini dikatakan sangat sihat kerana berakar putih. Sekiranya terdapat medium lama yg telah keras, ketuk secara perlahan dan pastikan ia terlerai.
Setelah medium lama dibuang, kemuadiannya spray akar tersebut dengan bancuhan racun kawalan serangga dan kulat supaya akar akan bertambah sihat.
- Langkah 2:
Kemudian langkah seterusnya adalah penyediaan medium untuk proses menanam rose. Sediakan bahan utama iaitu tanah khas ros dan juga pati nutrien ibu medium sebagai bahan asas untuk penyediaan medium rose anda. Nisbah yang digunakan adalah 1 paket pati nutrien digaul bersama 2 kg tanah khas rose atau tanah 6 in 1. Gaulkan rata sehingga sebati.
- Langkah 3 :
Seterusnya sediakan pasu yang sesuai. Awal memasu tidak perlulah pasu yang terlalu besar. Kaedah ini supaya pokok akan mendapat nutrien yang secukupnya dan mempercepatkan proses tumbesaran pokok selain mengurangkan masalah kanker. Pastikan lubang tidak ditutup bagi melancarkan pengaliran air yg baik. Kemudian letakkan satu lapisan aduan medium di pasu.
- Langkah 4 :
Masukkan pokok yang telah dibuang 85-90% medium lama. Selerakkan akar secara mengembang supaya akar bebas dan mudah menerima serta mecari makanan atau nutrien.
- Langkah 5:
Langkah seterusnya, tambahkan satu lapisan lapisan adunan medium pada permukaan akar pokok. Kemudian tekan keliling pasu tersebut, supaya medium terus dapat mencengkam akar dengan baik dan kemas. kemudian tambahkan atau habiskan adunan medium tadi.
- Langkah 6 :
Gunakan buloh sebagai penyokong pokok supaya pokok tidak goyang dan terus stabil. Sedikit info dalam proses ini iaitu apabila pokok yang tidak stabil kedudukannya akan melambatkan proses penstabilan kerana menyebabkan pokok bergerak-gerak dan menyebabkan akar turut terganggu kerana tidak memegang tanah dengan kemas. Ini baru dikatakan akar goyang. Kesan biasanya pokok akan layu dalam tempoh yang lama selepas dipasukan dan sekiranya berterusan ada kemungkinan terus mengering.
- Langkah 7 :
Seterusnya, lakukan sedikit cantasan dimana buang daun-daun yang tidak sihat, daun atau pucuk kering, putik baru yang tidak stabil serta blind shoot supaya mempercepatkan proses pengeluaran tunas baru.
- Langkah 8:
Kemudian tanamkan segenggam baja Addarosa disekeliling pokok bagi mempercepatkan proses tumbesaran pokok. Caranya korek sedikit permukaan tanah kemudiannya kambus semula. Setelah selesai, siram pokok sehingga lenjun dan pastikan air membasahi keseluruhan pokok dan tanah. Selepas 5 minit disiram, sembur bancuhan kawalan perosak.
An
- Langkah 9:
Akhir sekali, pokok yang telah siap dipasukan tadi diletakkan di bawah bumbung atau ditempat teduh selama 3-7 hari sehingga pokok nampak segar semula.
- Langkah 10:
Langkah terakhir, petang kesokannya buat semburan Vitamin Booster bada keseluruhan pokok termasuk daun dan dahan bagi mempercepatkan serta menggalakkan proses tunas baru. Untuk langkah penjagaan seterusnya, pastikan pokok anda dibaja, diberi vitamin booster dan formula kawalan tiga serangkai 3A Addarosa untuk pokok yang lebih sihat, subur, galak berbunga dan merimbun.
Selamat Mencuba!!!!
Pilihan Gazebo Konsep Tropika, Petang-petang Boleh Lepak Sambil ‘Mengopi’

Pilihan gazebo konsep tropika, petang-petang boleh lepak sambil ‘mengopi.’ Gazebo sebenarnya sudah lama berada di laman-laman rumah masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Sebelum ini lebih dikenali sebagai pangkin dan sangat popular kerana ia adalah lokasi duduk santai ketika petang.
Biasanya masyarakat dahulu suka berkumpul dan berbual santai sambil menikmati minum petang. Kini gazebo diolah dengan pelbagai reka bentuk agar tampil lebih menarik dan moden. Sesuai dengan citarasa masa kini.
Tip buat anda yang mencari-cari gazebo, pilihlah kayu teras seperti cengal, merbau, balau dan sebagainya kerana ia tidak mudah reput apabila terkena hujan dan panas silih berganti. Setahun sekali buatlah maintenance iaitu dengan menyapu syelek untuk memanjangkan lagi hayat kayu tersebut.
BERIKUT PILIHAN GAZEBO YANG BOLEH ANDA PILIH. YANG MANA SATU? TEPUK DADA, TANYALAH SELERA
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.