Berkebun, tidak semestinya perlukan modal yang banyak, perkakas yang mahal baja dan biji benih yang diimport. Yang menajdi keutamaan adalah penyelenggaraan yang dilakukan. Wadah atau bekas tanaman, boleh dimanfaatkan dari bahan-bahan terbuang seperti botol pelastik, tayar terpakai, kuali yang bocor serta sebagainya.

Manakala bajanya pula boleh diperoleh dengan cara yang paling mudah iaitu sisa dapur seperti kulit bawang, sayur atau buah yang telah rosak, kulit telur dan sebagainya. Malah biji benih nya juga tidak perlu dibeli, hanya dikumpul dari sayuran matang yang tidak sesuai untuk dimakan atau dari keratan batang yang diperolehi dari sayuran yang dibeli dari pasar.

IKLAN

Hal ini berjaya dibukti oleh seorang gadis apabila kebunnya yang membekalkan sumber makanan berkhasiat dibina dari tanah yang kosong hanya bermodalkan tenaga. Bajanya diperoleh dari daunan kering yang dibakar. Untuk memastikan lahan sayurannya tidak tercermar oleh haiwan perosak, pagar yang ddibina dari buluh menajdi perlindung. Ingin tahu lebih lanjut kaedah berkebun secara organik dengan teknik premitif ini, jom tonton video yang disedikan

IKLAN
IKLAN

https://www.facebook.com/LifeAndArtCollections/videos/322568821933890/

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI