Dapur gas antara peralatan di dapur yang wajib dijaga dengan baik untuk memastikan ia dapat digunakan dalam tempoh yang lama. Bukan sekadar tungkunya perlu dijaga, permukaan struktur dapur gas pun penting. Ia bagi memastikan makanan yang disedikan sentiasa dalam keadaan bersih.
Menjadi rutin selesai memasak, dapur perlu dilap. Paling tidak dengan air sabun bagi menanggalkan kesan-kesan minyak yang melekat. Jika dibiarkan tanpa dibersihkan selesai masak, kemungkinan permukaan dapur gas cepat berkarat dan rosak.
Tapi, dalam sebulan sekali pembersihan Dapur gas secara total pun perlu dilakukan bagi menanggalkan kotoran-kotoran degil terutamanya pada bahagian berhampiran dengan tungku. Bahagian ini, jika dilakukan cucian harian pun masih sukar untuk menanggalkan kotoran kesan masakkan yang tela hmengering. Tak perlu sentalan mahupun bahan-bahan pencuci yang mahal. Hanya cuka dan baking soda sahaja.
1. Tanggalkan bahagian pelapik tungku dapur gas
2. Bersihkan kotoran yang mudah ditanggalkan terlebih dahulu dengan kain pada permukaan dapur gas 3. Semburkan cuka pada keseluruhan permukaan dapur gas dan letkkan tisu. lakukan beberapa lapisan dan setiap lapisan disembur lagi dengan cuka. biarkan 1 jam
4. Tanggalkan semua lapisan tisu yang yang menutupi dapur gas dan lap sampai kering 5. Taburkan baking soda pada keseluruhan permukaan dapur gas
6. Semburkan cuka lagi dan gosok dengan span atau berus lembut seperti berus gigi sehingga segala kotoran tertanggal 7. Lapkan dengan kain bersih sehingga betul-betul kering dan pasangkan semula alas tungku
Ads
https://www.youtube.com/watch?v=qxudkaRXBZQ
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Track tingkap dan sliding door biasanya akan mempunyai kesan kotoran habuk, tahi cicak dan bermacam kotoran. Sebabnya kita jarang membuka tingkap dan juga tidak mengelap bahagian tersebut. Ia kurang diberi perhatian kerana tumpuan kita lebih kepada membersihkan ruang yang besar. Akibatnya kotoran degil berkumpul dan jadi degil untuk ditanggalkan.
Impiana kongsikan video dari lovelygrtt tentang teknik mudah membersihkan track tingkap hanya 5 minit. Nasihat kami pakai lah sarung tangan dan juga gunakan kain yang lebih sesuai untuk proses mencuci.
Bahan-bahan
Soda bikarbonat dan hidrogen peroxide
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan mungkin juga mendatangkan kemudaratan untuk kesihatan isi rumah lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengidap asthma. Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul adalah pada bilah-bilah kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan dengan konsisten. Semakin dibiar, semakin banyaklah habuk yang akan terkumpul. Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan campuran air bersama DUA bahan yang amat murah dan mudah didapati. Selamat mencuba!
Caranya:
1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan airkedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.
4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.
5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.
6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.
7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Orang perempuan biasa lah, tak banyak aksesorisnya tak sah. Tudung, brooch, kasut dan beg bagaikan satu koleksi dan hobi. Tapi, pening juga nak simpan dan pilih tudung yang banyak ni Kalau ditimbun memang lah susan nak di cari. Cuba ikut idea kreatif Erna Chan. Beli barang dari kedai bajet, dah boleh hasilkan satu penggantung khas untuk susun koleksi tudung miliknya.
Bukan sahaja lebih kemas dan mudah untuk di cari, malah boleh jimat ruang tau.
PENYANGKUT TUDUNG
Bahan-bahan:
Penyakut baju besi
Penyepit baju
Kable tight
Cara-cara:
Ikat penyepit baju pada penyangkut dengan menggunakan cable tight dan potong lebihan ikatan. Tak sampai 5 minit dah siap. Mudah dan jimat kan?
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.