Bunga pampass ni memang tengah “in”. Nak beli yang berkualiti, harganya boleh tahan mahal juga. Kalau nak beli yang tak berkualiti pula, bulu pampass nya cepat luruh dan rosak. Apa kata buat sendiri macam Saiful Hifzudeen buat. Jauh lebih murah, cantik dan berkualiti. Hanya dengan menggunakan benang sahaja. Nak tahu caranya, apa kata tonton video yang saiful dah sediakan
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kunyit, antara tanaman herba yang mesti ada di kebun. Walaupun ia mudah untuk dibiakkan, namun ramai yang gagal mengekalkan pertumbuhan kunyit yang optimum. Antara isu yang kerap dialami adalah sebahagian daun menguning dan kering.
Azizi Manap berkongsi tip dan cara untuk atasi masalah ini di Facebook:
Nak cerita cara saya tanam kunyit. Sebab Ada jumpa beberapa post yang kunyitnya kering, layu dan mati.
Saya juga baru je belajar menanam guna Polly beg ni baru sangat dalam 4-5 bulan lebih kurang. Pengalaman saya, kunyit memerlukan kondisi lembap dan tidak terlalu panas. Jika terdedah di bawah terik matahari ditambah dengan tanah yang kering, ia akan menyebabkan daun mula kekuningan. Tambahan, jika pokok terdedah kepada terik matahari petang.
Di rumah, saya tanam di dalam polibeg dan disusun di tepi rumah yang terlindung dengan pokok rambutan. Hasilnya daun lebih lebar dan hijau. Untuk baja, saya smenggunakan baha urea atau nasi basi yang diletakkan sikit-sikit pada tanah lepas digemburkan
1 bahagian Sekam bakar
3 bahagian Sabut kelapa (cocopeat)
Alhamdulillah Dari 3-4 pokok kini sy mendapat 37 pokok
Kebaikkan guna cocopeat, medium tanamanya tidak cepat kering dan tak eprlu siraman yang kerap. Jika musim hujan, walau terdedah paa hujan yang banyak medium nya tidak bertakung air mahupun padat. Hal ini menggalakkan pertumbesaran akar secara sihat. Secara tidak langsung hasil daun pun lebar dan isi kunyit banyak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Keadaan pendemik yang masih kita perjuangkan bukan sahaja ibu dan bapa terjejas dengan pekerjaan, anak-anak pun tidak terkecuali menghadapi gangguan pembelajaran. Elak anak terdedah keapda risiko, ramai ibu dan bapa yang tak galakkan anak-anak mereka keluar. Macam-macam aktiviti yang di rancang. Mungkin juga ada yang dah buntu menyusun aktivi.
Nak biar anak anda terperap di rumah dengan hanya menghadap tv dan telefon pun tak elok juga. Kelak akan ada masalah lain pula terutamanya dari segi kesihatan. Apa kata sediakan aktviti menarik di luar rumah seperti yang dilakukan oleh Puan Diana Said.
DIY GIANT BUBBLE.. Homemade!!
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main #jimat
BAHAN-BAHAN
(AIR SABUN)
1)1.5 Liter Air
2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu
3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk
(BUBBLE WAND)
1) Tali Kain
2) Tape hitam
3) Hanger Besi
4) Gunting
CARA-CARA
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai alami masalah pokok orkid yang kedekut bunga. Orkid ni memang mudah tanam, tapi bunganya tu agak susah untuk dihasilkan kalau tak kena teknik. Bazniza AB, berkongsi tip dan trik nak bagi orkid berbunga di setiap cabang dengan mudah.
Ada petua kalau orkid tak nak berbunga buang 2 daun yg paling atas. Akhirnya menjadi spike tumbuh serentak dgn pucuk yg dibuang hari tu. Wallahu a’lam petua tu menjadi atau kebetulan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.