Tanaman ros bagaikan satu kemestian terutamanya bagi peminat taman inggeris. Terdapat pelbagai jenis ros yang sesuai dengan iklim Malaysia. Tapi yang sering menjadi buruan adalah dari jenis yang menjalar. Konsep laman inggeris lebih menyerlah apabila ros yang ditanam menjalar memenuhi bumbung atau dinding kediaman.

Di Malaysia , Ros memanjat yang kerap menjadi buruan adalah dari jenis Dacid Austin-Heritage/spirit freedom. Ia antara spesis yang cepat memanjat dan berbunga lebat. Namun, setakat memilih jenis yang tepat tidak memadai, hal lain terutamanya habitat untuk memudahkan tanaman ini memanjat turut diambil berat.

IKLAN

KEPERLUAN
Trellis yang kukuh
Pengikat tanaman
Shears atau pemangkas yang tajam dan bersih
sarung tangan (pastikan sarung tangan yang digunakan tidak dapat ditembusi duri)

IKLAN

PROSES
1. Pasang trellis 3 inci jauh dari permukaan dinding
2. Ikat ranting ros pada trellis yang telah dipasangkan dengan menggunkan pengikat tanaman. Hal ini perlu dilakukan secara kerap selagi ada pucuk dan ranting baru yang memanjat.
3. Tidak perlu lakukan sebarang cantasan selagi ros yang memanjat tidak memnuhi permukaan trellis. Hanya teruskan mengikat
4. Lenturkan ranting-ranting baru dengan lembut bagi mengelak ia keluar dari struktur dan ikatkan pada trelis
5. Apabila pokok mula menampakkan perkembangan baik dnegan memenuhi permukaan trellis, cantaskan ranting-ranting halus dan tidak produktif bagi memberi peluang kepada bahagian lain menerima baja dan menghasilkan bunga dengan lebih banyak

IKLAN

Artikel berkaitan: 
6 Tip Mudah Hasilkan Bunga Ros Lebat
7 Fakta Penting Peminat Tanaman Ros WAJIB Tahu

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI