Langsir merupakan salah satu aksesori wajib ada bagi melengkapi sesebuah ruang. Bergantung pada konsep yang ingin diterapkan, terdapat pelbagai gaya langsir yang boleh pemilik jadikan pilihan.
Selain gaya dan jenis material, saiz serta kepanjangan langsir juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesempurnaan ruang. Langsir yang pendek atau terlalu panjang mungkin akan membuatkan ruang tampak pelik dan tidak seimbang.
Jika anda membeli langsir pasang siap, masalah sebegini memang tidak dapat dielekkan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengukur dengan tepat saiz tingkap dan langsir yang diperlukan. Bila langsir panjang menyapu lantai, leceh apabila kena potong dan jahit semula.
Dalam perkongsian kali ini, Annur Azimah ada tunjukkan cara paling mudah dan cepat untuk pendekkan langsir yang terlebih panjang. Dengan kos hanya RM5.90, langsir yang dibelinya berjaya diselamatkan tanpa perlu dipotong! Mari kita ikuti sharing ni.
Ads
Hai semua, Jimah nak share dgn korang, macam mana jimah handle masalah langsir terlebih panjang yg buat langsir rumah kita nampak semak dan tak kemas.
Jimah guna produk dari Daiso. sangat membantu jimah yang jenis malas nak hantar jahit. Iron je, dah siap. Jimat masa dan wang!
Ads
Ads
Sebelum beli produk ni. jimah ada study sikit. Double sided ni tahan walaupon kita basuh langsir ni. Jimah tak try lagi tapi takpe nnti kita cuba. Kalau tercabut mungkin jimah kena hantar jahit jugalah nampaknya
IMPIANA nak kongsikan rahsia penting untuk semua pembaca kali ni, nak buka mata semua tentang pentingnya kita memiliki kediaman selesa dan nampak mewah dengan mengikut bajet yang kita ada.
Saya pasti ramai yang mengidamkan sebuah kediaman yang cantik dan sempurna sesuai dengan gaya hidup masa kini. Pernahkah anda terfikir bahawa kediaman yang anda miliki kini yang mungkin sudah lama atau kurang serinya mampu menjadi sebuah kediaman idaman ramai.
Namun, pastinya terfikir pula dengan duit poket yang ada. Ini semua tidak menjadi masalah jika anda bijak mengatur strategi kewangan anda. Menyimpan adalah satu langkah paling praktikal yang boleh anda lakukan.
IMPIANA nak kongsikan kisah pemilik kediaman ini yang telah memberi nafas baru kepada kediaman milik peribadi mereka. Tidak perlu bermodalkan jutaan ringgit untuk miliki kediaman sebegini rupa. Bijaknya pemilik ini mencipta nafas baru rumahnya dengan menggunakan khidmat pakar hiasan dalaman.
Pakar Hiasan Dalaman Mamy Home menjadi pilihan pemilik kali ini. Mamy Home telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik ini. Kediaman yang agak terhad keluasannya dan susun atur yang agak sempit membuatkan mereka sekeluarga kurang selesa. Apa yang Mamy Home lakukan untuk kediaman ini sehingga ia kelihatan seolah seperti kediaman baru? Jom lihat hasil sentuhan magis Pereka Hiasan Dalaman Mamy Home ini.
Dalam asyik menghias dan mengubah suai rumah sehingga menjadi sebegini rupa, IMPIANA juga ingin menyelit mengenai sebuah rumah yang menjadi tarikan masa kini yang dimajukan oleh pemaju terkemuka, S P Setia di mana anda boleh memiliki hiasan secantik di atas di rumah ini.
IMPIANA tertarik dengan komitmen dan usaha pemaju S P Setia ini. Banyak hartanah milik pemaju ini, berada di lokasi yang strategik. S P Setia memastikan pembangunan milikinya mempunyai ciri-ciri hebat untuk penghuninya. Pembangunan yang pesat di sekitar kawasan perumahan yang dibina menjadi tarikan utama pembeli. Akses yang lengkap serta persekitaran yang harmoni membuatkan ia bertambah menarik untuk didiami.
Kali ini, Setia Alamsari yang terletak di koridor Kajang-Bangi menjadi tarikan dan tumpuan. Dengan perbandaran bersepadu seluas 775 ekar dan konsep ‘Natured Inspired’ yang diketengahkan cukup mengujakan. Siapa yang tidak mahu miliki kediaman seumpama ini?
Setia Alamsari mempunyai tiga taman rekreasi dirancang dengan baik untuk memelihara dan mendorong penduduk di kejiranan ini hidup dalam suasana alam semula jadi yang terbaik.
Canal Park, dibina seluas 11.3 ekar dengan dilengkapi pavilion air, rumah pokok dan trek joging sepanjang 1.8 km di sekitar tasik untuk aktiviti keluarga yang sihat. The Lawn, sebuah lagi taman seluas 7.7 ekar dengan elemen rekreasi yang lebih ekstrem untuk golongan muda, dan The Waterfield, kawasan hutan seluas 10.45 ekar untuk pencinta alam menerokai pemandangan yang menenangkan dan menikmati keenakan kicauan burung.
Bayangkan anda memiliki kediaman di kawasan seperti ini, serba lengkap dengan kehidupan penuh harmoni. Tambahan lagi lokasi kediaman yang cukup strategik pastinya menjadi pilihan ramai. Hanya 5km dari Bangi Gateway Mall dan 9km dari Kajang Hospital, Setia Alamsari boleh diakses melalui Toll Bangi, Lebuhraya Utara-Selatan dan dari beberapa akses melalui Kajang dan Semenyih.
Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, dan inginkan kediaman lebih yang lebih luas inilah kediaman yang IMPIANA sarankan. Verdale, rumah banglo dua tingkat yang mempunyai reka bentuk dalaman berkongsep terbuka dan inspirasi botani di luar rumah. Membuatkan rumah ini nampak lebih selesa dan elegan dalam ciri tersendiri.
Keluasan tanah 60’ x 115’ dan keluasan binaan 3,161 – 3,881 kaki persegi ini dapat mencipta sebuah rumah yang cukup luas untuk pemilik yang inginkan kediaman yang lebih selesa. Reka bentuk banglo ini juga terbahagi kepada empat jenis yang berbeza untuk pilihan pembeli.
Menariknya jika anda mengambil peluang saat ini untuk memiliki kediaman idaman ini anda bakal nikmati potongan sehingga RM300 ribu, pulangan tunai RM200 ribu sekiranya pinjaman diluluskan pada margin 90%.
Wow! Menariknya tawaran S P Setia berikan pada pembeli. Apa kata anda? Menarik atau tidak tawaran kali ini.
Bila dah beli rumah mesti nak dekor kan, inilah masanya rebut peluang dengan pakej menarik yang di tawarkan oleh pakar hiasan dalaman yang ada. Pastikan rumah yang anda miliki dan diami itu adalah rumah impian anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kanak-kanak dan sifat ingin tahu yang tinggi memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi awas! Tanpa pengawasan yang rapi, mereka mungkin terdedah pada bahaya yang kita sendiri tidak sedar.
Siapa yang sangka, kadang-kala laman rumah juga boleh menjadi ‘medan ancaman’ untuk kanak-kanak jika mereka dibiarkan sendiri. Bahaya yang paling dekat termasuklah tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sekitar kawasan tersebut. Ibu bapa mungkin mengandaikan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi tanaman hiasan tidak membawa kemudaratan kepada anak-anak.
Tetapi sejauh mana pengetahuan ibu bapa mengenai pokok yang ‘berbisa’ dan berisiko besar membahayakan si manja anda?
Berikut adalah beberapa senarai tumbuh-tumbuhan yang perlu ibu bapa kenal pasti;
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Labu merupakan antara tanaman yang sesuai ditanam ketika musim panas. Ini kerana, tanaman labu memerlukan suhu antara 25-35 darjah untuk merangsang penghasilan bunga dan mempercepatkan tempoh matang labu yang ingin dituai.
Tetapi rupanya, masih ramai yang tidak tahu bahawa buah labu tidak akan terbentuk tanpa pendebungaan. Jadi anda perlu lakukan sendiri pendebungaan secara manual jika tiada serangga pendebunga yang hadir. Pendebungaan perlu dilakukan ketika bunga betina dan bunga jantan sedang mekar.
Jadi bagaimana untuk mengenalpasti bunga betina dan bunga jantan yang sedang mekar? Mari kita semak perkongsian dari Tuan Ashraf Shuib ini.
Kalau biar saja bunga labu tu jadi buah, besar kemungkinan buah tu tak jadi. Jadi, saya kahwinkan bunga labu tu. Kena kahwin waktu pagi, dalam jam 8 pagi hingga 10 pagi. Masa ni bunga baru kembang.
Boleh tengok step yang saya buat untuk kahwinkan bunga labu pada setiap gambar.
Ini bunga labu betina. Nampak tak bahagian bawah kelopak bunga tu, macam bentuk bulat. Bahagian tu dipanggil ovul.
Ni pula bunga jantan. Bawah kelopak bunga tu takda bulat. Berbeza dengan bunga betina.
Cara nak kahwinkan bunga labu ni, kena petik bunga jantan.
Buang kelopak bunga jantan, nanti dapat bahagian tengah.
Sapu debunga bunga jantan pada bahagian tengah bunga betina.
Ni rupa bahagian dalam bunga betina. Belum sapu dengan debunga jantan lagi.
Ni bahagian dalam bunga jantan yang dah sapu debunga kat bunga betina.
Ni bahagian dalam bunga betina yang dah disapu dengan debunga jantan.
Tunggu beberapa hari. Kalau bunga betina tak kuning, maksudnya perkahwinan bunga labu tu menjadi.
Masa pokok sedang membesar, pokok akan keluarkan bunga jantan dulu, kena tunggu sampai bunga betina keluar, baru boleh kahwinkan bunga tu.
Pokok labu ni, semai biji labu, ambil dari buah labu yang beli di pasar.
Semoga bermanfaat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.