
Kulit telur kering mengandung sekitar 95% kalsium karbonat dengan berat 5,5 gram. Kulit telur juga terdiri daripada 97% kalsium karbonat. Selain itu, rerata dari kulit telur mengandung 3% fosfor dan 3% terdiri atas magnesium, natrium, kalium, seng, mangan, besi, dan tembaga. Kandungan kalsium yang cukup besar berpotensi untuk dimanfaatkan sebagai pupuk organik bagi tanaman.
Hasil analisis dalam kandungan tanah, kulit telur menunjukkan kandungan kalsium terdiri atas kalium, kalsium, fosfor, dan magnesium, masing-masing sebesar 0,121; 8,977; 0,394; 10,541%. Kalsium (Ca) pada tanaman berperan untuk merangsang pembentukan bulu akar, mengeraskan batang tanaman, dan merangsang pembentukan biji.
Secara umum, kulit pisang banyak mengandung karbohidrat, air, vitamin C, kalium, lutein, anti-oksidan, kalsium, vitamin B, lemak, protein, beragam vitamin B kompleks di antaranya vitamin B6, minyak nabati, serat, serotonin dan banyak lagi lainnya.
Cara membuat:
1. Pastikan kulit telur adalah bersih dari najis sebab kita nak guna blender dapur dan kulit telur adalah dalam keadaan kering sepenuhnya.
2. Begitu juga dengan kulit pisang, pastikan ianya adalah kering (kehitaman).
3. Blend satu persatu iaitu asingkan antara 2 kulit tersebut. Anda boleh campur sebelum membaja di dalam bekas yang lain. Mudah sahaja.
https://www.youtube.com/watch?v=Da6uc5_vRT8
Resepi EM Dari Nanas Serbaguna, Untuk Baja Organik, Memperbaiki Tanah Dan Mencuci Longkang

Ramai yang tahu pasal EM atau Efektif Mikroorganisma dan terdapat banyak produk di pasaran yang menggunkan EM sebagai salah satu bahan sama ada untuk menghasilkan baja, racun serangga dan sebagainya. Tapi, tahukah anda sejarah dan kegunaan EM? Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan EM dan ia merupakan bahan organik.
Diasaskan oleh Professor Dr.Teruo Higa di University Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau terkenal sebagai Professor HORTIKULTOR DiJepun. Beliau adalah Hortikultor terlatih yang banyak mengunakan Bahan Kimia ke dalam tanaman sebelumnya. Lantas menyedari bahaya dan kerosakan kepada MANUSIA DAN ALAM SEKITAR. Beliau kemudianya mengusahakan campuran MICROORGANISMS YANG BERGUNA secara kebetulan dan diteruskan dengan kajian mendalam untuk meningkatkan product dari system Organik. Penyelidikan beliau mengambil masa selama 12 tahun.
Kegunaan EM
a)Dalam Rumah
-Mengurangkan bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
-Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
-Membantu menghalau serangga
-Membasuh lantai
b)Pertanian
-Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
-Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
-Sebagai baja untuk tanaman
-Memulih tanah yang· bermasalah
-Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos
c)Longkang / Sungai
-Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk.
Resepi EM dari Nanas
Bahan-bahan:
3 bahagian nanas
1 bahagian gula merah
10 bahagian air
Cara-cara:
potong nanas dan campurkan ke dalam air beserta gula. Peram selama satu bulan. Pastika bekas yang di gunakan boleh di tutup rapat dan mempunyai lubang pengudaraan bagi membebas kan gas yang terperangkap sepanjang proses
Cara guna:
Baja: Campurkan 20ml pati EM ke dalam 20 liter air dan jadikan sebagai sirama
Miningkatkan kualiti air: Campur 1 liter EM ke dalam setiap 10,000 liter air
Membersihkan kandang haiwan: Campurkan 1 liter pati EM ke dalam 100 liter air. Jadikan ia sebagai bahan semburan untuk seluruh kandang
Untuk memperbaiki tanah dan mempercepatkan proses pereputan bahan kompos: Larutkan 1 liter pati EM ke dalam 100 liter air dan siram pada tanah atau bahan kompos
Kenali English Herbs; Daun Dill Berkesan Bantu Masalah Imsonia

Dill merupakan tumbuhan herba biennial yang mencecah ketinggian sehingga dua ke empat kaki dan ia mempunyai struktur daun yang menarik. Memiliki daun berbulu bewarna biru kehijaun dengan batang berongga jalur hijau dan putih, Dill menjadi tumbuhan yang indah dan mempesonakan. Pada musim panas hinggalah ke musim luruh, Dill akan menghasilkan bunga kecil yang mekar berwarna kuning kehijauan. Biji benih Dill memiliki ciri-ciri seperti rata, bujur dan berwarna coklat terang.
Dill juga menjadi tumbuhan herba yang mudah dijaga setiap tahun malah menambah kegembiraan penggemar penghias laman menanam tanaman ini, kerana ianya cantik dan mampu menarik perhatian serangga seperti lebah dan rama-rama untuk ‘bermain’ di sekitar taman tersebut. Tidak hanya lebah dan rama-rama, Dill turut menarik perhatian serangga-serangga baik lainnya seperti ladybugs, lacewings dan hoverflies.
KUASA PENYEMBUHAN YANG MENAKJUBKAN
Penggunaan Dill kepada manusia tidak hanya dijadikan sebagai elemen dekor di landskap ataupun bahan penyedap makanan. Di dalam bidang perubatan sendiri, tumbuhan ini telah menyumbang banyak manfaat dan kebaikan untuk menyembuhkan penyakit. Antara penyakit yang berjaya disembuhkan menerusi Dill ialah insomnia, diarhea, gangguan menstruasi, kanser, disentri, sedu dan gangguan pernafasan. Selain dari itu, Dill turut mempunyai kesan kebaikan ke atas penjagaan mulut, meningkatkan sistem imun yang mana melindungi seseorang dari kecacatan, membantu menentang arthiritis serta dapat mengurangkan lebihan gas yang boleh mengakibatkan ‘carminative’ .
Malah, dunia perubatan telah melakukan penerokaan terhadap kompaun-kompaun organik di dalam tumbuhan tersebut dan menemui beberapa sumber penting kepada manusia seperti Monoterpenes yang boleh menghasilkan limonene, carvone dan anethofuran manakala flavonoids yang memberikan vicenin dan kaempferol, mineral, asid amino, besi folat, mangan dan tidak ketinggalan vitamin A dan C.
MUDAH DI TANAM DAN DI JAGA
Tergolong di dalam keluarga tumbuhan lobak atau secara saintifiknya Apiaceae, ia harus ditanam di dalam kawasan yang bersaliran baik dan kondisi tanahnya harus sedikit berasid. Pemindahan tanaman ini tidak mudah oleh itu teknik terbaik adalah menyemai benih terus ke dalam tanah. Tentukan kedalaman benih di dalam satu lubang yang sedalam ¼ inci antara jarak dua kaki. Apabila benih telah mula membesar setinggi dua inci, penggunaan pemancang membolehkan mereka dapat membesar sehingga 10 – 12 inci. Selain itu, periksa permukaan tanah. Pastikan tanah tanaman Dill bebas dari rumpai dan kelembapan yang tinggi.
Tumbuhan ini juga tidak memerlukan penggunaan baja yang kerap. Dill yang ditanam di dalam pasu bunga indoor ataupun outdoor, mencukupi menggunakan baja cecair yang separa kuat dalam empat hingga ke enam minggu.
Memandangkan Dill tumbuhan yang mudah ditanam dan dijaga, membesarkan ia secara indoor dapat dilakukan dengan senang. Hanya pastikan ia ditempatkan pada ruang yang menerima cahaya matahari secukupnya selama lima ke enam jam manakala untuk penggunaan cahaya lampu fluorescent pula, Dill harus didedahkan dengan cahaya tersebut berterusan selama 12 jam. Bekas yang digunakan untuk menanam tumbuhan ini sebaik-baiknya mempunyai kedalaman yang sempurna dan mempunyai lubang pada bahagian bawah untuk tujuan saliran air yang baik.
Menariknya mengenai tumbuhan ini, apabila ia ditanam secara indoor, Dill akan menjadi lebih tinggi dan kurus berbanding tumbuhan ini di tanam secara outdoor dek kerana impak pencahayaan yang diterima lebih rendah. Penanaman secara outdoor yang menggunakan pasu mahupun hidroponik, ia harus disemai pada pasu kekal. Setiap satu pasu boleh menggunakan lapan sehingga 20 biji benih dalam satu semaian.
Rama-rama Hinggap Di Taman Petanda Baik, Ini Sebabnya

Rama-rama adalah antara serangga yang melalui kitaran hidup dikenali sebagai metamorfosis lengkap. Setiap peringkat di dalam kitaran ini mempunyai ciri tertentu yang boleh mempengaruhi keadaan taman anda. Ayuh teliti setiap peringkat metamorfosis untuk mengetahui sejauh mana kesannya kepada taman.
Telur (3-4 hari)
Pada peringkat telur, metamorfosis tidak akan mengancam tanaman malahan ia merupakan aset penting kepada taman. Kebiasaannya rama-rama akan bertelur pada tanaman native yang mempunyai nutrien untuk beluncas sebaik telur menetas. Jadi kehadiran telur rama-rama pada tanaman anda menunjukkan ia sangat sesuai bagi habitat rama-rama dan boleh menggamit lebih banyak serangga tersebut ke taman anda.
Beluncas (10-14 hari)
Pada peringkat ini, metamorfosis ram-rama adalah dalam bentuk larva atau beluncas. Sebaik telur menetas, beluncas akan memakan kulit telur tersebut dan daun-daun berdekatan tanpa henti dan membesar dengan pantas selepas beberapa jam.
Bagi anda pencinta taman melihat kehadiran burung dan haiwan liar di taman pasti menggembirakan. Dengan kehadiran beluncas, taman anda akan sentiasa dikunjungi oleh burung dan serangga baik lain yang dapat membantu ekosistem di taman anda. Apabila beluncas ini kekenyangan, ia akan menjadi kurang aktif dan berhenti makan.
Kepompong (10-14 hari)
Peringkat seterusnya, setelah menjadi kurang aktif beluncas tersebut akan mula melekatkan dirinya secara terbalik pada pokok. Dalam masa itu, ia menghasilkan kepompong di bawah kulitnya. Tidak lama kemudian, ia menanggalkan kulit luarnya lalu menampakkan kepompong yang telah dihasilkan terlebih dahulu. Ketika proses ini berlaku, ia tidak akan mengganggu pertumbuhan tanaman juga tidak menambahkan kesuburan kepada taman. Jadi pembaca tidak perlu membuang kepompong ini jika terdapat di sebalik tanaman anda.
Rama-rama Dewasa (2-5 minggu)
Sebaik tamat tempoh ‘berkurung’, beluncas yang tadinya diselimuti kepompong mula mengeluarkan tubuhnya sedikit demi sedikit dan seterusnya rama-rama dewasa menjelma menjadi rama-rama bercorak indah. Ia menggunakan mata untuk mencari bunga dan setelah ia mendarat pada kuntuman bunga yang berpotensi, ia menggunakan saraf rasa pada kakinya untuk mencari nektar. Manfaat rama-rama dewasa kepada taman adalah ia membantu memindahkan stigma bunga kepada debunga bagi pembentukan buah atau tanaman hibrid.