Labu antara tanaman yang aling sesuai ditanam ketika musim panas kerana ia memerlukan iklim antara 25-35 darjah untuk merangsang penghasilan bunga dan mempercepatkan tempoh matang labu untuk dituai. Ramai Sahabat laman yang takt ahu bahawa bunga labu jantan dan betina. Asyik lah mengadu, bunga banyak tapi buah tak menjadi. Hal ini kerap dihadapi oleh sahabat laman yang pertama kali cuba menanam labu. Untuk memastikan labu menghasilkan buah, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan.
KURANGKAN DAUN
Elak tanaman labu anda mabuk daun dengan melakukan cantasan dan buang daun-daun yang telah terlalu tua. Ia bukan sekadar dapat mengawal tumbesaran pokok, malah menggalak penghasilan cabang atau tunas baru. Secara tidak langsung, ia boleh menggalakkan penghasilan bunga yang banyak
PEMBAJAAN
Pembajaan bukanlah keperluan yang perlu dibekalkan secara kerap. Menrut cadangan Jabatan pertanian, baja yang digalakkan pada peladang labu adah dari NPK dengan nisbah 12:12:17:2+TE. Pembajaan perlu dilakukan dengan kaedah taburan terus pada permukaan medium. Namun, sebelum di baja, gember tanah sekitar pokok labu untuk memudahkan medium menyerap baja. Setiap kali selesai pembajaan siraman perlu dilakukan segera
PENDEBUNGAAN
Ini merupakan langkah paling penting dan kerap dilupakan. Hal ini disebabkan oleh ramai yang takt ahu bahawa labu mempunyai bunga jenis jantan dan betina. Jika pendebungaan tidak dilakukan. Ini bermakna, bunga yang muncul akan layu begitu sahaja dan tidak dapat menghasilkan buah. Kebiasaanya, proses ini akan dilakukan oleh ajen pendebungaan seperti lebah, rama-rama, semut dan sebagainya. Namun, ia belum pasti, agen tersebut dapat singgah ke semua bunga yang sedang mekar untuk lakukan pendebungaan.
Oleh itu, sebaik melihat bunga labu berkembang mekar di awal pagi, anda digalakkan melakukan pendebungaan sendiri. Sebelum melakukan pendebungaan, kenalpasti jantin bunga jantan dan betina seperti yangdi paparkan di dalam gambar di bawah. Pendebnungaan boleh dilakukan dengan menggunakan berus warna atau cucuh kan stigma jantan terus ke dalam bunga betina. Selain itu, untuk anda menggalak atau menarik perhatian agen pendebungaan terhadapa labu yang di tanam, boleh gunkan susu (klik sini untuk artikel lengkap)
ELAK BUAH ROSAK
Apabila pendebungaan telah Berjaya dilakukan, buahh mula terbentuk. Apabila bunga telah bercerai dari buahnya, Alaskan buah dengan bekas plastik atau papan bagi mengelak labu bersentuhan dengan tanah. Ini kerana, medium tanaman antara punca utama penyebaran penyakit yang menyebabkan labu rosak
Sebab itu, ada antara peladang menanam labu dengan cara tergantung ia bagi mengelak masalah buah yang rosak atau mereput.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI