Bermula dari PKP (Perintah Kawalan Pergerak) yang dilakukan bulan 3 tahun lepas, berkebun menjadi hobi no. 1 bagi mengisi masa yang terluang. Namun, kebiasaanya aktiviti ini hanya diminita golongan dewasa berbeza pula bagi Muhammad Benyamin yang berusia 13 tahun.
Nama saya Ben. Sekolah tingkatan 1 pun tak habis. Bukan berhenti, tapi sebab PKP la. Nak masuk tingkatan 2 pun online je. Saya suka bertukang. Ayah saya minat hidroponik. Sejak PKP 1 dahulu, dia buat bengkel buat set hidroponik DIY. Kami guna paip petak. Hari-hari saya buat kerja ni, sampailah sekarang saya yang buat semua. Ayah dah serah pada saya.
Kami jual produk kami di Shopee dan kepada saudara mara dan kenalan. Alhamdulillah, sekarang kami dapat buka ruang kerja untuk bekas anak-anak murid ayah saya yang dah habis sekolah tapi takde kerja. Mereka ni pelajar pendidikan khas. Secara tidak langsung kami buka ruang untuk mereka bekerja. Ada 2 orang yang hari-hari datang. Yang lain jika ada kerja banyak baru panggil.
Oh ya, kami kerja sebelah petang je. Pukul 2.00 sampai 6.00 petang. So, jangan kata saya tak sekolah ye. Jemput like dan follow page kami Eduponix atau boleh terus beli online di kedai shoppe https://shopee.com.my/eduponix
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rebat RM14.5 Juta Untuk Pemilik Rumah Menghias Kediaman
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sudu Dan Garfu Sebenarnya Teknologi Yang Moden Tapi Sudah Ada Di Masa Lepas
Tahukah kamu semua? Sebenarnya, sudu dan garfu ini, telah ada sejak dulu lagi, malahan, sebelum zaman teknologi ada lagi. Sudu dan garfu ini adalah peralatan makanan yang kita semua akan cari apabila hendak makan. Tidak kisahlah di restoran mahupun di rumah. Jadi, pada hari ini, saya akan menceritakan sedikit demi sedikit tentang sudu garfu ini.
SUDU
Hampir semua orang telah menggunakan sudu untuk sesuatu yang berkaitan dengan makan. Sudu digunakan untuk mendapatkan makanan yang sukar digenggam dan dicapai dengan tangan. Tidak seperti pisau dan garpu, yang mengandungi kepingan, sudu semula jadi boleh dibuat daripada barangan yang terbentuk secara semula jadi seperti cangkerang atau batu.
Walaubagaimanapun, bukti arkeologi mendedahkan bahawa sudu telah digunakan untuk tujuan keagamaan seawal 1000 SM di Mesir purba. Sudu ini dibina daripada gading, kayu, batu permata, dan batu tulis, dan ia dihiasi dengan hiasan dan hieroglif. Sudu yang diperbuat daripada tembaga dan perak di seluruh empayar Yunani dan Rom masih digunakan sehingga kini.
GARFU
Garfu pula, seperti sudu dan pisau, dianggap tidak bergaya pada abad keempat, dan digunakan secara eksklusif oleh golongan bangsawan semasa zaman Byzantine. Walau bagaimanapun, garfu menjadi lebih popular kerana saiz dan reka bentuknya mendapat sokongan daripada setiap kumpulan yang berbeza. Dari segi reka bentuk, garfu telah mengalami beberapa semakan. Pada mulanya, garpu hanya mempunyai dua batang (cabang), kemudian tiga batang, dan akhirnya empat batang, yang kini menjadi standard untuk menghidang dan mengambil makanan.
Jadi, secara kesimpulannya yang boleh saya nyatakan disini adalah, semua orang di dunia ini, tidak kisahlah zaman sekarang atau zaman dahulu, kesemuanya memang sudah menggunakan sudu dan garfu.
Sumber: tajria, Penulis: Lina Rosli (https://tajria.com/2019539)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dari Mana Datangnya Nama Kluster Sivagangga? Bukan Nama Kedai Atau Individu
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan hanya tiga negeri setakat ini yang dikaitkan dengan penularan Covid-19 dari Kluster Sivagangga. Selain Kedah yang membabitkan Kubang Pasu, Padang Terap dan Kulim, penularan dikesan di Sanglang, Perlis serta terbaru, Sungai Bakap di Pulau Pinang.
Dari mana datangnya nama Kluster Sivagangga ni. Mesti ramai tertanya-tanaya kan? adakah ia dari nama pemilik restoran yang telah melanggar printah kuarantin dengan berkunjung ke premis perniagaan? nama Sivagangga diambil dari lokasi yang dikunjunggi oleh kes index di india. Nama kawasan tersebut adalah Sivagangga.
Tambah merumitkan lagi, mengesanan kontak sukar dilakukan kerana kedai tersebut tidak menggunakan aplikasi Mysejahtera atau apa jua senarai nama pengunjung. Sehingga kini lebih 4,000 orang telah disaring di bawah kluster ini. Nak tahu lebih, denagr ulasan Doktor Ikram
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI