Renovasi atau ubah suai sesebuah kediaman bukanlah suatu proses yang mudah dan boleh diambil ringan. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diteliti sebelum anda memulakan ubah suai seperti kos, kontraktor, konsep dan juga masa yang diperlukan.
Sama ada ubah suai yang dilakukan adalah dalam skala kecil mahupun besar, semuanya bergantung kepada keperluan dan bajet pemilik. Seperti kediaman dari negara seberang ini, pemilik telah melakukan renovasi total justeru mengubah rekabentuk dan keseluruhan kediaman ini menjadi lebih menarik.
Kediaman yang dibeli pada tahun 2018 ini direnovasi berpandukan Japanese concept yang tampil ringkas tetapi moden. Penggunaan rona neutral dan tumbuhan hijau menrupakan elemen penting dalam memenuhi citarasa kediaman dengan konsep Jepun.
Mari kita selami bersama keindahan kediaman ini yang dikongsi oleh pemilik didalam laman Instagram peribadi milik beliau, @rahmaitudevy
Kelawar adalah spesis haiwan misteri, tidak banyak yang tahu mengenainya dan tidak ramai yang menyukai haiwan ini kerana kita sering mengaitkan haiwan ini dengan perkara yang tidak baik. Malahan wajah kelawar yang agak mengerunkan juga membuatkan ramai yang takut dan gerun dengan haiwan ini.
Seperti mamalia lain, bayi kelawar diberi nutrisi daripada susu ibu kelawar. Kelawar biasanya mempunyai seekor anak dalam satu masa walaupun beberapa spesis mampu melahirkan 3 hingga 4 sekaligus.
Tiada mamalia lain yang mampu terbang, selain kelawar. Terdapat beberapa spesis mamalia termasuklah tupai ia hanya boleh meluncur tetapi tidak boleh terbang.
Untuk membolehkan kelawar terbang, haiwan ini menghadam makanan yang dimakan dengan sangat cepat, sehinggakan menyahtinja dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan. Wow…. kalau manusia macam ni slim la ye!
Hanya spesis kelawar yang kecil menggunakan kaedah ekolasi untuk orentasi diri atau bergerak. Namun bagi kelawar yang lebih besar, penglihatan mereka lebih tajam dari manusia. Penglihatan yang tajam ini juga boleh memudaratkan kepada kelawar ini. Sebagai contoh, kelawar mungkin akan terbang ke aras tingkap kerana ternampak cahaya di sebalik tingkap, walaupun ekolasinya memberitahu bahawa permukaan tingkapnitu adalah legap.
Kelawar biasanya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Megachiroptera iaitu kelawar yang lebih kecil sering dijumpai di seluruh dunia.
Ia mempunyai pelbagai saiz iaitu yang paling besar iaitu spesis giant flying fox seberat 1.2 kilogram dan bukaan sayap sepanjang 1.7 meter, kepada kelawar bersaiz tersangat kecil dengan bukaan sayap 15cm.
Hampir semua spesis kelawar yang bergantung secara terbalik, di mana kaki mereka berubah menjadi relaks dalam keadaan mencengkam yang mana sukar untuk kita bayangkan.
Apabila kelawar hendak terbang ia akan melepaskan cengkaman kakki dan mendapatkan momentum terbang ketika jatuh kerana kaki dan sayapnya yang kecil tidak mampu memberikan kebolehan terbang seperti burung.
Najis kelawar juga dikenali sebagai guano, mempunyai kandungan kalium nitrat (saltpeter) yang tinggi dan biasanya digunakan sebagai baja. Namun, saltpeter juga boleh diekstrak dan digunakan untuk menghasilkan serbuk letupan dan bahan peledak.
Selain itu, najis kelawar juga merupakan sumber yang penting dalam tujuan ini ketika Perang Saudara Amerika, ia digunakan untuk memelihara fosil.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mungkin ramai tak sangka, mesin basuh yang merupakan sebuah alat untuk mencuci, juga perlu dicuci dari masa kesemasa.
Melalui perkongsian Puan Ana Mariana, mesin basuh beliau sudah lama tidak diservis jadi setiap kali mencuci, kebersihan pakaian kelihatan seperti kurang memuaskan dan seringkali sabun basuh masih tidak larut dan melekat di pakaian.
Memandangkan suaminya tiada di rumah, Puan Ana sendiri telah mengerjakan mesin basuhnya dan mencuci sehingga beliau berpuas hati.
Rujuk panduan dengan gambar ini untuk anda yang mahu cuba sendiri keberkesanannya.
SEBELUM
Buka 4 buah skru ini. Kotoran telah jelas kelihatan walaupun baru buka pada bahagian atas
Buka klip di tepi
Cabut bahagian tengah begini
Buka pula skru pada bahagian dalamnya
Cabut bahagian berwarna biru ini
Cabut 4 skru didalam. Mungkin agak ketat kerana sudah berkarat terkena air.
Kemudian barulah boleh bawa keluar bahagian ini. Lihat betapa kotornya dalam ni..Bertahun punya daki berkumpul pada bahagian ini. Macam mana nak bersih baju yang kita cuci tu.
Ni pula bahagian bawah.
Ni bahagian dalam yang belum dibersih
Guna berus untuk buang segala daki yang melekat
Bahagian dalam selepas dibersih
Barulah berkilat
Dah bersih, boleh pasang semula
Siap.. orang perempuan pun boleh buat. Senang je
Nota kaki : Lain model, lain cara membuka dan membersihnya
Memiliki sebuah kolam ikan sudah pasti keperluan penyelenggaraanya yang membeban terbayang di fikiran anda. namun tidak bagi remaja yang berusia 19 tahun ini. Kolam yang dibina tidak perlu penyelenggaraan major selama dua tahun. nak tahu apa rahsianya?
“Saya telah membina kolam pertama yang terletak di bahagian hadapan sudut kediaman ini ketika saya berusia 15 tahun. Ianya berlaku apabila air terjun yang dibina perlu dimusnahkan dek menjadi sarang ular hingga perlu memanggil bomba untuk mengeluarkannya. Dari situ, bermulalah minat saya untuk membina semula kolam ikan sebagai hiasan penyeri kediaman ini,” jelas remaja yang lebih mesra dipanggil Vinosh. Minat yang amat mendalam didorong semangat ingin tahu terhadap ekosistem sesebuah kolam membuatkan Vinosh berusaha melakukan beberapa pencarian dan kajian.
Mengenali sifat ikan, pemilihan vegitasi yang bersesuaian dan keperluan sokongan yang lainnya menyebabkan Vinosh lebih memahami apa yang diperlukan dalam membina sebuah kolam. Sehinggalah tiba kepada pemilihan komponen utama iaitu pam. Pam yang bakal digunakan berperanan menjamin kualiti air agar sebarang hidupan akuatik yang bakal mendiami kolamnya hidup secara lestari. “Pemilihan dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan apa yang dibelanjakan tidak sia-sia. Satu demi satu produk saya kaji dalam semua aspek untuk menjamin kepentingan sistem kolam yang bakal saya bina. Lantaran itu, kajian dan keperluan yang telah saya tetapkan amat selari dengan sistem Oase yang di tawarkan oleh Glomedic,” Tambah Vinosh dengan yakin.
Kolam pertama yang dibina telah menggunakan sistem tapisan Biotec 5.1. Sistem penapis dari jenis ini dilengkapi dengan sistem sokongan penuh untuk membekalkan oksigen untuk kolam berskala kecil di samping berupaya melakukan proses nutrifikasi dan nitrifikasi apabila sumber nitrat berlebihan di dalam air. Untuk pam, ia telah menggunakan Aquamax Eco Premium 6000 dan disokong dengan UV Clarifier dari jenis Bitron 36 dan Aerator AquaOxy 200 untuk memastikan kualiti airnya sentiasa dalam keadaan baik.
Set sistem lengkap untuk kolam mini Vinosh kini telah mencapai usia lebih dua tahun dan sepanjang itu juga tiada keperluan untuk mengosongkan kolam untuk tujuan penyelenggaraan. “Apa yang saya perlu lakukan hanyalah mencuci sistem tangki utama (backwash) dan menambah kuantiti air jika perlu untuk memastikan aras air sentiasa mencukupi,” terang Vinosh lagi.
Yakin dengan produk yang disediakan Glomedic, keluarga Vinosh berhasrat untuk memiliki sebuah lagi kolam untuk menempatkan ikan-ikan koi nya yang semakin membesar. Lantaran sekali lagi, Glomedic diberi kepercayaan untuk membekalkan segala keperluan yang telah disenaraikan oleh Vinosh untuk membina kolam ikannya yang baru.
Namun kali ini sedikit berbeza, kolam yang bakal dibina berskala besar. Oleh itu, Vinosh telah mendapatkan khidmat dari Glomedic untuk melakukan tugas-tugas earth work. Selesai tugas-tugas menggali kolam mengikut reka bentuk yang telah di tetapkan, Vinosh mula membina kemasan di sekeliling kolam dan dinding air terjun yang diidamkan.
Untuk kolam ini, Glomedic telah membekalkan sistem tapisan Biotec screenmatic 36 yang dilengkapi dengan ScreenMatic untuk menapis bendasing dalam tujuan memudahkan penyelenggaraan, pam berkapasiti 15 hingga180 watt memandangkan kolam ini bakal menjadi habitat kepada ikan koi kesayangan Vinosh. Kualiti air perlu di tahap optimum bagi mengelak masalah dan penyakit. Oleh itu, sistem kolam ini dibantu oleh UV clarifier Britron 110, Aerator AquaOxy 480 dan Skimmer Aquaskim 20. Semua sistem yang dibekalkan dilengkapi dengan buku panduan sebagai kemudahan kepada Vinosh untuk menyambungkan setiap komponen yang digunakan.
Untuk memastikan aliran air di kawasan air terjun dalam keadaan baik, Vinosh telah menggunakan Filtoclear 6000. Ia dilengkapi dengan pam dan UVC bagi memastikan dinding atau batuan di kawasan air terjun tidak mudah berlumut. Hal ini perlu, kerana reka bentuk yang dihasilkan oleh Vinosh terdiri daripada bongkah-bongkah batuan semula jadi yang disusun secara bertingkat dan sedikit sukar untuk dicapai bagi tujuan penyelenggaraan. “Setelah lima bulan kolam baru dibina, ikan koi tidak pernah langsung mengalami sebarang masalah atau penyakit. Tambahan lagi ia lebih cepat membesar. Ini menunjukkan habitat yang saya bina amat ideal untuk tumbesaran ikan koi saya,” tambah Vinosh sambil tersenyum puas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...