Bagi anda berhajat untuk menukar pintu pagar rumah yang baharu tetapi sedang mengalami masalah bajet kewangan, jangan bimbang kerana kini ada cara yang boleh anda lakukan untuk realisasikan hasrat anda itu.
Apa cara yang boleh anda lakukan adalah ubah suai pintu pagar rumah anda dengan menggunakan kepingan panel aluminium sebagai jalan penyelesaian.
Bukan itu sahaja, cara ini boleh dilakukan secara sendiri tanpa khidmat bantuan pakar dan anda cuma perlu membelanjakan kos modal sebanyak RM500 sahaja. Murah kan?
Lihatlah hasilnya selepas pintu pagar rumah diubah suai menggunakan kepingan panel aluminium ia kini tampak lebih mewah dan menarik.
Ads
Kaedah pemasangan pula memang sangat mudah, anda tidak perlu menggunakan kaedah welding langsung. Apa yang cuma perlu anda lakukan untuk memasang kepingan panel aluminium ini pada pintu pagar rumah anda dengan hanya menggunakan drill dan skru sahaja.
Sekiranya anda mahu mendapatkan kepingan panel aluminium yang sama seperti pada gambar tertera anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk membuat pembelian
Ads
Sumber: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Alam semula jadi memberi kehidupan kepada Warna Tahun 2023 AkzoNobel
Warna yang diilhamkan oleh rona hangat tanaman yang dituai – ialah Warna Tahun Ini AkzoNobel 2023. Cahaya cerianya menghubungkan kita dengan alam semula jadi, mewujudkan rasa bertenaga dan positif.
Semasa orang ramai mencari sokongan, sambungan, inspirasi dan keseimbangan di dunia hari ini, mereka menyelam ke dalam keajaiban dunia semula jadi untuk mencarinya. Penyelidikan meluas yang dijalankan oleh pasukan pakar warna cat dan salutan dalaman serta profesional reka bentuk antarabangsa mendapati harapan di tengah-tengah trend sosial, reka bentuk dan pengguna global.
“Wild Wonder bercakap dengan kami dalam bahasa yang kami fahami secara naluri,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Estetik Global AkzoNobel. “Alam semula jadi adalah apa yang memberi inspirasi kepada kita dan membuatkan kita berasa lebih baik dalam kehidupan kita dan di rumah kita. Itulah sebabnya, buat pertama kali dalam 20 tahun, keseluruhan palet warna kami diilhamkan oleh irama alam semula jadi.”
Empat palet warna cat hiasan Dulux telah direka bentuk di sekitar Wild Wonder (Winter’s Silence, 50YY 49/191): Warna-Warna Lush (warna hutan), Warna Buzz (terang padang rumput), Warna Mentah (warna tuaian) dan Warna Aliran (ton pantai) . Bagi pengguna yang memperibadikan kediaman dan persekitaran bandar mereka, palet memudahkan untuk memilih warna dinding untuk rupa abadi yang turut mengikut trend.
“Memandangkan kebimbangan tentang kesihatan mental meningkat di seluruh dunia, mewujudkan rumah yang berasa berhubung dengan dunia semula jadi tidak boleh menjadi lebih tepat pada masanya,” kata Oscar Wezenbeek, Pengarah Urusan AkzoNobel Decorative Paints Asia Tenggara dan Selatan. “Kami memerlukan ruang yang boleh memberi sokongan kepada kami dalam masa yang mencabar; suatu tempat yang membawa bayangan di luar, gema landskap dan rasa kekitaan. Wild Wonder dan palet warna pelengkapnya boleh membantu pengguna kami berasa terinspirasi oleh keajaiban dunia dan membawa beberapa keajaiban semula jadi itu ke dalam rumah mereka.”
Tahun 2023 membawa dua peristiwa penting ke Pusat Estetik Global. Ramalan arah aliran Warna Hadapan akan menyambut ulang tahunnya yang ke-20, manakala pasukan itu juga mencapai tiga dekad analisis trend, penyelidikan warna, reka bentuk warna dan hala tuju seni di AkzoNobel.
Untuk maklumat lanjut tentang Warna Tahun 2023, lawati halaman web dan ikuti #CF23 di media sosial.
Anda sudah berasa bosan dengan bekas tisu yang sedia ada di rumah anda? Atau anda masih mencari-cari aksesori dekorasi hiasan rumah yang tampak mewah dan lain daripada yang lain? Apa kata anda dapatkan bekas tisu istimewa ini keluaran jenama daripada Kayangan Living.
Nak tahu mengapa anda kena dapatkan bekas tisu ini? Lihat sahaja lah pada rekaan bentuk aksesori ini, sememangnya tampak mewah ala-ala kayangan gitu!
Untuk maklumat anda, struktur badan bekas tisu ini diperbuat daripada kepingan kristal jernih manakala bingkai daripada besi keluli tahan karat. Jadi tidak hairan lah mengapa bekas tisu keluaran jenama Kayangan Living ini tampak mewah.
Bukan sahaja tampak cantik, ia juga merupakan bekas tisu yang sangat berkualiti tinggi. Jadi, tunggu apa lagi, segera dapatkan bekas tisu jenama daripada Kayangan Living ini.
Anda boleh mendapatkan balang rempah Bumbu Series ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Pasti ramai di kalangan kita yang masih berminat dengan perabot kayu seperti kayu jati yang mewah dan tahan lasak, Tapi bagaimana nak maintain perabot ni agar kekal cantik dan tidak kusam? Itu satu hal, bagaimana pula kita nak hias ruang dengan perabot jati ini agar tidak nampak terlalu klasik atau taste ala old school?
PERABOT LUAR RUMAH YANG SUNGGUH MENARIK DAN TAHAN CUACA. MALAH MUDAH DI PELBAGAI KONSEPNYA
JUGA MENARIK SEBAGAI PERABOT DI DALAM KEDIAMAN. RONA MEWAH DAN MUDAH DIADAPTASI DENGAN APA JUGA ALRIAN.
Elakkan perabot di tempat lembab atau terdedah pada panas matahari. Jika terlalu gelap dan lembab, pasti akan dimusnahkan oleh makhluk perosak yang udah membiak dalam keadaan begini. Manakala jika dijemur begitu aja minyak asli kayu akan kering dan kayu juga akan kelihatan kusam.
ADAKALA PERABOT KITA TERLINDUNG DARIPADA CAHAYA MATAHARI DAN AKAN MENJADI LEMBAP SERTA BERBAU.
BIAR PUN TAHAN LAMA NAMUN JANGAN SESEKALI KITA LEPAS TANGAN TERHADAP KEADAANNYA. PENJAGAAN YANG SEMPURNA MEMBERI JANGKA USIA YANG LEBIH PANJANG
Manakala jika anda mempunyai masalah ruang kediaman yang terlindung dari cahaya matahari pagi atau petang, tidak salah jika anda menggunakan langsir sheer atau renda yang membenarkan cahaya masuk. Jangan ditambah kegelapan ruang. Manakala bagi warna, anda boleh memilih warna terang atau citrus. Jingga, kuning lemon malah hijau daun pisang. Elakkan memilih rona perang kerana perabot kayu sangat hebat pengaruhnya pada ruang. Kelak kediaman anda gelap jadinya. Sebaliknya jika suasana agak terik pada petang atau pagi, anda digalakkan memilih rona neutral seperti krim, magnolia atau putih gading. Ia memberi keseimbangan antara perabot dan ruang. Pilihlah rona dingin seperti turquoise atau rona mewah seperti keemasan pada kusyen kecil sofa anda.
PILIHAN JATI RONA GELAP AKAN LEBIH MEWAH DAN CANTIK JIKA DISEIMBANGKAN DENGAN RONA CERIA DAN MEWAH SEPERTI JINGGA. BIAR TERANG NAMUN IA SEBENARNYA HARMONI DENGAN RONA PERANG.
PILIHAN RONA DINGIN JUGA TIDAK BOLEH DINAFIKAN KEINDAHANNYA. BIAR NAMPAK RUSTIK TETAPI ITULAH NILAI ESTETIKA YANG DIGILAI PEREKA.
Jangan biarkan debu dan habuk melekat pada perabot. Vacum atau lap habuk yang selalunya bersarang di celah-celah cantuman perabot yang mana boleh menjadikan perabot kusam serta lapuk. Gunakan bahan pencuci lembut dan lap sahaja.Segera biarkan ia kering.
Jika anda mahu elemen tradisi seperti perabot jati ini ada, tetapi tidak mahu keterlaluan sebenarnya ia juga boleh disandingkan dengan konsep seperti moden, minimalist malah kontemporari.
GAYA KONTEMPORARI YANG SESUAI DENGAN CITA RASA PEMILIK KEDIAMAN MUDA MASA KINI. BIAR NAMPAK SIMPLE TETAPI KUALITI YANG DIBANGGAKAN.
Terdapat wax khas untuk kayu jati yang memulihkan kembali minyak kayu agar lebih bercahaya dan berseri. Jika menggunakan kain basah untuk mengelap kayu, pastikan ia tidak terlalu lencun terutama kepada perabot yang tidak mempunyai lapisan pelindung kayu seperti syelek.
Di samping elemen tradisi anda boleh olah kembali elemen moden minimalism sebagai penyeri tata hias yang menggunakan kayu jati tetapi tidak terlalu tradisi.
BIAR DIDATANGKAN DALAM PELBAGAI IDEA, WARNA DAN KEMASAN NAMUN JATI TETAP UNGGUL DAN MEMPUNYAI STATUS YANG DIHORMATI OLEH MEREKA YANG BIJAK MENILAI SEBUAH PERABOT.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...