





Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di






Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jangan takut untuk mencantas atau memangkas pokok dan tumbuhan renek di laman rumah anda. Hanya beberapa minit sahaja perlu diperuntukkan untuk memangkas softscape yang terdapat di halaman rumah supaya ia sentiasa berdaun lebat, berbunga dan sihat. Namun, kita sering mengabaikan dan tidak melakukan proses pemangkasan dengan betul dan secara berjadual. Ini disebabkan kita kurang terdedah kepada pengetahuan dan beranggapan kerja-kerja pemangkasan memerlukan peruntukan masa yang lama. Ada pula yang khuatir, jika pemangkasan dilakukan ia akan menyebabkan pokok tidak cantik dan mati. Hakikatnya, jika ia dilakukan secara berjadual dengan teknik yang betul, ia dapat membantu anda untuk memastikan laman rumah sentiasa rapi dan indah. Oleh itu, ikuti langkah-langkah dan tip yang telah disediakan untuk memastikan anda menguasai teknik pemangkasan yang betul.
Sebab untuk melakukan pemangkasan pokok muda
5 langkah untuk memangkas pokok muda
1. Buang bahagian yang telah rosak, mati atau hampir mati, kering dan berpenyakit. Pastikan silara pokok diperiksa rapi untuk mengenal pasti dahan atau ranting yang berpotensi menjadi ancaman kepada pokok.
2. Pilih leader (batang pokok utama) yang paling stabil dan kukuh. Untuk mendapatkan pokok yang cantik dan berkualiti, hanya sebatang leader yang diperlukan untuk menyokong keseluruhan struktur pokok. Jika terdapat lebih leader, pemangkasan leader yang tidak kukuh perlu dilakukan segera. Kenal pasti terlebih dahulu leader yang paling tegak dan kuat untuk dijadikan penyokong struktur pokok.
3. Pilih dahan rendah (lowest permanent branch) yang paling kukuh dan sesuai untuk membentuk kanopi pokok. Kenal pasti dahan pokok yang paling bawah yang mempunyai sambungan yang paling baik dan cantik dengan Ia seharusnya dijadikan sebagai dahan pokok pertama dan buangkan dahan lain berhampiran dengannya untuk memberi ruang kepada ranting dari dahan tersebut bergerak bebas. Diameter ideal untuk dahan pertama haruslah separuh dari ukuran leader tempat dahan tersebut bersambung.
4. Pilih dahan kedua (scaffold branch). Scaffold branch ialah dahan yang tumbuh selepas lowest permanent branch. Ia berfungsi membentuk keseluruhan kanopi pokok. Pastikan scaffold branch yang dipilih mempunyai sambungan baik dan ukuran diameternya tidak lebih dari setengah ukuran Jarak antara scaffold branch perlulah seragam sama ada secara vertikal atau kedudukan jejarinya di sekeliling leader. Jarak vertikal antara dahan haruslah 18 inci untuk pokok besar manakala 12 inci untuk pokok kecil. Jarak jejari setiap scaffold branch haruslah seimbang antara satu sama lain mengelilingi leader.
5. Pilih temporary branch di bahagian bawah lowest permanent branch. Sebahagian atau hampir semua ranting atau dahan kecil yang terdapat di bahagian lowest permanent branch boleh dikekalkan sebagai temporary branch. Ia merupakan dahan yang berdiameter tidak lebih 2 inci dan bersambung terus dengan Temporary branch amat penting di awal pertumbuhan pokok muda kerana ia membantu membentuk batang pokok yang kuat ketika proses fotosintesis berlaku. Apabila pokok mula matang dan meninggi, temporary branch perlu dibuang atau ia perlu dicantas apabila ukuran diameternya mencecah 2 inci.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?
Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.
Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.
Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,
Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Negara Morocco terletak jauh di Afrika Utara dan merupakan salah satu daripada tiga negara yang mempunyai pantai dikedua-dua Atlantik dan Mediterranean. Ia sering menjadi subjek fantasi indah yang romantis dan mewah. Reka bentuk dalaman dengan ciri morocco dapat mencerminkan kekayaan tradisi, budaya dan sejarah negara tersebut menjadikan ia satu konsep yang digemari untuk kediaman di serata dunia.
Dalam posting kali ini kita ingin meninjau sebuah kediaman yang terletak di Bandar Bersejarah Melaka, Atlantis Residence Kota Syahbandar milik Puan Irene Faridah Ismail dan pasangannya Dr Maznisham Mohd Su’ud. Konsep kontemporari morocco yang menjadi pilihan pasangan ini telah diilhamkan sejak zaman pengajian Puan Irene di Universiti Islam Antarabangsa lagi selain dipengaruhi dengan kunjungan ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah dua tahun yang lalu.
Menurut pemilik, rumah kondominium berkeluasan 1,265 kaki persegi ini baru sahaja didiami semenjak Januari yang lalu. Kedudukan yang agak tinggi iaitu di aras 32 menjadikan proses pengubahsuaian agak mencabar tatapi mujur segalanya berjalan dengan lancar berkat dari kerjasama dan kata sepakat pasangan ini. Pemilik telah melakukan perancangan awal yang teliti sebelum mula menghias rumah dengan menyediakan pelan serta lakaran deko bagi memudahkan lagi proses mendeko yang telah dipersetujui bersama.
Walaupun kos keseluruhan yang agak besar namun hasilnya amat menarik dan memuaskan hati. Kawasan ruang tamu menjadi kegemaran pemilik, mahligai indah ini juga dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan satu bilik air. Panel pembahagi ruang bermotifkan geometrik morocco serta lampu-lampu perhiasan morocco yang menghiasi ruangan itu telah menjadi daya penarik yang sukar untuk pengunjung lupakan.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping gambar kediaman indah untuk tatapan pembaca, semoga terinspirasi dan terus bersemangat untuk mendeko. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
