Kalau tebuk atau drill dinding walau hanya satu lubang, dia punya habuk memang bersepah satu rumah. Nak bersihkan kan pun leceh dan tak mudah. Tapi, Hong Guan ada trik mudah untuk memastikan habuk drill tidak bersepah.
Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat-lipat dan masking tape lekat dekat bawah lubang yg nak tebuk utk kumpul pasir yg keluar masa drill. Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa2 je yg boleh kumpul pasir.
Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah. Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Bukan mudah nak dpatkan kontraktor yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan jujur dan cermat. Pemilihan kontraktor yang betul juga merupakan satu proses yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Kontraktor yang diupah akan menentukan kualiti dan keadaan kediaman anda. Jadi buatlah pilihan bijak dan elakkan buat keputusan dengan gelojoh.
IMPIANA ingin kongsikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebelum memilih kontraktor yang sesuai :
1. Ambil masa untuk lakukan kaji selidik dan menilai latar belakang kontraktor.
2. Dapatkan spesifikasi lengkap dari pihak kontraktor dan bandingkan dengan kontraktor yang lain. Pastikan spesifikasi yang diberi adalah sama seperti keinginnan anda dan harag yang mengikut pasaran semasa.
3. Hitam dan putih atau dokumen persetujuan perlu disemak dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
4. Jika boleh, minta kontraktor bawa anda lawat (site visit) tapak projek yang sedang dijalankan atau yang sudah disiapkan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kerja serta kualiti projek.
5.Semak semula bilangan punca kuasa, jenis alatan elektrik, jenis bekalan elektrik, punca bekalan air dan sebagainya. Ramai pemilik yang terlepas pandang dan terperangkap dengan tambahan kos diakhir projek.
6. Beri keutamaan pada struktur binaan, ambil tahu jenis besi atau bahan yang digunkan. Pastikan ia menepati piawaian dan yang berkualiti.
7. Lebih menyakinkan jika kontraktor tersebut telah berdaftar dengan CIDB.Dengan lesen perniagaan yang sah, sudah tentunya mereka akan lebih profesional.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kebersihan dan keceriaan ruang dapur tidak boleh dipandang remeh kerana selain menjadi tempat menyediakan dan memasak makanan, ia juga berperanan sebagai ruang sosial buat keluarga dan tetamu berkumpul. Jadi tidak wajar jika ruang ini dibiar kotor atau tidak terurus kerana ia mungin akan mengundang rasa kurang senang kepada orang lain yang datang berkunjung.
Jika anda tidak mahu lagi ruang dapur kediaman dibelenggu dengan aura kurang enak, ikuti tip-tip mudah yang IMPIANA sediakan ini, pasti dapur akan sentiasa terasa segar dan bersih. Tetamu juga akan lebih selesa jika persekitarannya kemas dan terhindar dari sebarang kotoran serta bau busuk.
2. Jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
3. Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah kita gunakan sewaktu makan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
4. Seterusnya, bezakan papan pemotong di rumah anda. Jangan campurkan papan pemotong daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.
5. Gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.
6. Kerap mengganti atau cuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sayur jenis berdaun terutamanya bayam dan kangkung, 3 hari je dah mula layu dan lebih lagi rosak begitu sahaja. Sebenarnya, untuk sayauran berdaun ni ada cara atau teknik penyimpanan untuk tahan segar lebih 10 hari walaupun dah dipotong.
1. Satukan kesemua sayuran dalam satu bekas besar dan rendam bersama air yang sudah ditambah sedikit garam selama 10 minit.
2. Toskan sayur selama beberapa minit dan rendamkan semula sayur dalam air tanpa garam selama 5 minit.
3. Toskan semula sekitar 15 minit atau sampai sayur kering sebelum masukkan ke dalam bekas kedap udara.
4. Simpan sayur dalam peti sejuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.