Walaupun hanya menetap di rumah yang disewa, tidak menjadi masalah untuk mendeko dan menghias cantik setiap ruang. Asalkan tidak melanggar peraturan dan garis panduan yang diberi tuan rumah, banyak perkara yang boleh anda lakukan bagi menaiktaraf keadaan rumah sewa.
Salah satu elemen yang patut diberi perhatian adalah bahagian lantai. Jika rumah sedia ada menggunakan tikar getah, pasti anda fahan yang ianya agak susah nak “maintain”. Ia juga tak tahan lama dan mudah koyak selain mengumpul kelembapan.

Bagi Muaz Diyana, tikar getah tidak sesuai untuk penggunaan harian dirumah sewanya jadi beliau mengambil langkah untuk menukarkan tikar getah kepada bahan yang lebih mudah diuruskan dan menjimatkan. Ikuti perkongsiannya;

Cat Epoxy Ganti Tikar Getah, Lebih Jimat Dan Mudah Diselenggara

No More Tikar Getah
Assalamulaikum Sahabat deko,
Just nak share dekat you all tips macam mana tak perlu guna tikar getah lagi. Rumah sewe kami bersimen sahaja. So kami ambil inisiatif sendiri untuk buang tukar getah yang leceh tu. Nak kene tukar setiap tahun. Bersemut bawahnya, berair, leceh.
Ingat walaupun rumah sewe jangan kedekut dan berkira nak jaga rumah orang. Kita jaga rumah orang, suatu hari nanti kita dah ada rumah untuk disewekan, insyaAllah penyewa kita jaga rumah kita. Tuan rumah tak nak pasang tiles, tak pelah. Kita cat bagi cantik.

IKLAN

Sebelum tu jom follow instagram rumah kami:
http://www.instagram.com/casadeena
Banyak tips diy lain yang kami kongsikan. Jangan lupa follow ok!!

Kami guna cat Epoxy ni untuk selesaikan masalah tikar getah yg high maintanance tu.
Kenapa kami pilih epoxy cat putih?
1. Epoxy ni cat nya untuk industrial work place biasanya,so tak licin dan nampak kemas.
2. Lantai tak sejuk dah dan tak mudah berpasir.
3. Senang nak mop dan sapu.
4. Warna putih nampakkan ruang lapang dan besar jangan risau tak mudah kotor sebab senang nak lap permukaan nya.
.
Kami dah pakai lebih 4 bulan so memang recommended.

IKLAN

Cat Epoxy Ganti Tikar Getah, Lebih Jimat Dan Mudah Diselenggara

Buat laluan sementara tunggu kering. Cat sikit-sikit. Sebab nanti susah nak lalu lalang.

Cat Epoxy Ganti Tikar Getah, Lebih Jimat Dan Mudah Diselenggara Cat Epoxy Ganti Tikar Getah, Lebih Jimat Dan Mudah Diselenggara Cat Epoxy Ganti Tikar Getah, Lebih Jimat Dan Mudah Diselenggara Cat Epoxy Ganti Tikar Getah, Lebih Jimat Dan Mudah Diselenggara Cat Epoxy Ganti Tikar Getah, Lebih Jimat Dan Mudah Diselenggara

IKLAN

Tips masa nak cat:
1. Korang kene kosongkan perabut atas lantai.
2. Better korang buat part by part. Sikit-sikit sebb nanti nak jalan susah.
3. Nak keringkan ambil masa 16jam.
4. So bila bahagian yang dh dicat tu dah kering, cat pula bahagian yang dh korang lopongkan untuk laluan tu.
5. Jgn letak perabut berat selepas dah kering. Tunggu 24jam then baru kemas balik. Takut tanggal catnya.
6. Tips akhir, jangan kedekut cat, buat tebal sikit so lebih cantik dan lambat nak terkopek.

Cat Epoxy jenis: NIPPON PAINT
Kene beli hardener dia sekali ok. Tong kecil tu, sila rujuk gambar.
Cost: 1 cat + 1 hardener RM86
Ratio: 1set cat boleh buat utk 150sqft.

Cat Epoxy Ganti Tikar Getah, Lebih Jimat Dan Mudah Diselenggara
Mana nak beli cat?
Kedai Hardware, banyak pilihan warna.
Ok tu jer tips yang nak dikongsikan, semoga bermanfaat. Dekat gmbar ada tunjuk cat code dan hardener yang kami gunakan. Anything just comment if ada pertanyaan ok. Saya sudi berkongsi.
Happy dekor!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI