Kediaman dengan keluasan 700 kaki persegi boleh dikatakan mempunyai ruang yang agak terhad. Mungkin ada yang berpendapat dengan ruang sekecil ini, tidak mungkin kediaman dapat dideko dengan sempurna dan indah.
Tetapi perkara tersebut tidak menjadi penghalang buat pemilk sebuah apartmen yang terletak di bandar Ho Chi Minh ini untuk menatarias kediaman miliknya menjadi sebuah rumah yang ideal.
Ruang utama apartmen dianggap lokasi yang ideal untuk menerima cahaya dari luar. Kelebihan terbesar apartmen ini adalah segenap sudut dan ruang dilimpahi dengan cahaya semulajadi. Di samping itu, cahaya lampu juga memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan keindahan dan perasaan yang selesa buat penghuni kediaman ini.
Selain itu, ruang yang agak bersegi membantu arkitek boleh mengatur dan menguruskan ruang sesuai dengan fungsinya.
Ads
Seperti susun atur apartmen yang lain, ruang tamu kediaman ini juga terletak betul-betul bersebelahan beranda. Sambil duduk bersantai diruang tamu, pemilik juga dapat mengagumi keindahan pemandangan luar.
Warna-warna neutral dengan tona yang berbeza digunakan pada setiap ruang menambah suasana nyaman dan selesa. Walaupun mempunyai pilihan susun atur ruang dalaman adalah terhad, pemilik tetap berjaya memaksimakan penggunaan setiap ruang dengan fungsi yang berguna.
Virus COVI-19 sangat membimbangkan. bermula 18/3/2020, Malaysia akan mengenakan Printah Kawalan Pergerak (Movment Control Order) sehingga 31/3/2020. Selain memastikan tangan anda selalu bersih dan pakai penutup mulut ketika berada diluar, beberapa langkah pencegahan lain terutamanya dalam membasmi kuman di persekitaran anda juga perlu dilakukan.
Terbaru,Mohd Razman Faizal Sulaimanturut berkongsi kaedah membasmi kuman pada duit. Al Maklumlah duit pun bersentuhan dengan tangan kan. Kotnya ada pesakit yang telah memegang duit tu, ia boleh menjadi transit untuk virus tu hinggap ke kita pula kan.
Hangpa tau atau tak duit kertas dan duit syiling adalah salah satu faktor boleh jadi penyebab penyebaran Covid-19 berskala besar.
Serius cakap aku mula terpikiaq sekarang nie potensi penularan Covid-19 nie boleh tersebar meluas melalui sekeping kertas yang dinamakan duit. Kenapa aku cakap macam tu?
Ini semua berpunca dari rider aku yang nak hantar makanan ke hospital dia call aku balik masa customer tu nak bayar duit caj delivery.
“Bang, duit nie selamat ka kalau saya pegang?”
“Kenapa pulak dah?”
“Saya takut la bang, mana tau duit nie dah terkena virus corona tu ka. dah la yang amik tadi nie bukan doktor. yang nie pesakit nampak macam tak sihat dengan batuk-batuk. boleh tak lepas nie abang settle awal-awal caj delivery dengan pelanggan bayar online jer
Mana taknya bila rider aku cakap macam tu aku mula terfikir. Ada betul juga apa dia cakap.
Dah la jual beli sentiasa berlaku. Duit syiling dan duit kertas sentiasa silih berganti.
Bayangkan sekiranya seseorang itu adalah pembawa virus. Tak mustahil duit syiling atau duit kertas yang ada pada mereka ini pun telah tercemar dengan Covid-19.
Kita semua tau Covid-19 nie boleh tersebar melalui sentuhan.
Jadi adalah sangat tidak mustahil boleh berlaku penularan secara serius hanya dengan sekeping wang kertas atau duit syiling.
Proses ini boleh jadi penyebab tersebarnya Covid-19 daripada seorang pembawa kepada seorang penerima wang kertas atau syiling tersebut.
Jadi bagaimanakah langkah yang perlu diambil oleh kita semua?
Yang ini akan menjadi satu cabaran sebenarnya.
Macam aku sebagai seorang pengusaha kedai makan, aku sangat risau sebenarnya bila difikirkan pasai isu ini.
Apa yang aku buat setiap kali balik ke rumah, aku terpaksa cuci duit syiling dengan dettol.
Duit kertas pulak aku masukkan dalam plastik dan aku spray dengan antiseptic dettol dalam plastik dan biarkan pada waktu yang lama supaya partikel antiseptic dapat memenuhi ruang dalam plastik dan membunuh segala virus atau partikel berbahaya yang ada pada permukaan duit tersebut.
Ini adalah salah satu langkah yang aku nampak dapat mengurangkan penyebaran virus Covid-19 melalui wang kertas atau syiling.
Langkah pencegahan ini kita sendiri boleh laksanakan di rumah.
Semuanya bergantung kepada kita semua.
Sekiranya hangpa rasa benda ini bermanfaat hangpa boleh bagitau dengan orang lain supaya semua orang boleh amik langkah berjaga-jaga dengan membasmi masalah virus nie bermula dari rumah lagi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rumah apartmen, teres mahupun banglo semuanya mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak semestinya, apartmen tidak boleh dideko setanding banglo. Jangan jadikan ruang yang terhad sebagai alasan untuk tidak menghias cantik rumah anda kerana kediaman yang menepati citarasa pemilik pasti akan mempengaruhi ‘mood’ kita.
Walaupun kediaman kecil dengan ruang yang terhad menjadikan proses mendeko agak sukar, tiada apa yang mustahil jika anda tetap berusaha dan gunakan kreativiti bagi mengubah ruang yang ada menjadi bukan sahaja lebih selesa malah lebih menarik.
Dalam perkongsian kali ini, IMPIANA himpunkan beberapa idea dan inspirasi buat anda yang ingin menatarias ruang makan didalam rumah dengan saiz yang kompak. Enjoy!
Sumber imej : Hasil carian Google dan Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bau haruman semulajadi bisa membangkitkan rasa harmoni dan nyaman di kediaman sepanjang masa. Aura bunga-bungaan yang harum mewangi bukan sahaja menjadi kegemaran buat para wanita dan mereka yang gemar berkebun malah juga kepada sesiapa sahaja yang meluangkan masa di persekitarannya. Perbezaan ketara dapat dirasai dengan kesegaran udara yang begitu mendamaikan terhasil dari bau tanaman tersebut.
Terdapat pelbagai spesis tanaman menarik yang menghasilkan bau harum, termasuklah :
Kenanga (Ylang-ylang)
Cananga odorata
Bunga ini merupakan bunga tradisional dan amat digemari di Malaysia kerana harumnya semerbak. Baunya lebih tajam di kala senja. Ia adalah sejenis tumbuhan saka dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter.
Mawar (China Rose)
Rosa chinensis
Selain dijadikan sebagai bunga potong, mawar juga memilik banyak manfaat. Antara lain ia digunakan untuk antidepresi, antiviral, antiradang dan sumber vitamin C. Minyak mawar yang diekstrak dari kaedah penyulingan dan penguapan kelopaknya boleh dijadikan parfum.
Melur (Arabian Jasmine)
Jasminum sambac
Bunganya berwarna putih dan mendapat tempat istimewa dalam kebanyakan kaum di Malaysia. Ia merupakan elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan kerana keharumannya.
Harum Sundal Malam (Tuberose)
Agave amica
Bunganya berbau wangi, tetapi aromaya akan berkurangan selepas dipetik dari tangkainya. Namun begitu baunya akan terus kekal walaupun setelah dipetik sehinggalah ianya kering dan layu. Dalam keadaan optimum, tumbuhan ini kekal hidup dan menghasilkan bunga untuk tempoh masa yang lama.
Bunga Cina (Cape Jasmine)
Gardenia jasminoides
Bunga ini mempunyai nilai komersil untuk dibuat minyak wangi. Ia juga mengandungi zat minyak penting seperti linalol dan styrolyl. Selain ditanam sebagai tanaman hiasan, spesies tanaman ini juga bermanfaat untuk mengubat pelbagai penyakit.
Pokok Kemuning (Orange Jessamine) Murraya paniculata
Pokon ini berbunga sepanjang tahun dan menghasilkan bau yang sangat tajam terutamanya di waktu malam. Kemuning menghasilkan aura yang mententeramkan. Justeru, ia sangat baik jika ditanam di halaman rumah sama ada dijadikan sebagai tanaman hiasan atau tanaman pagar.
Kemboja (Frangipani)
Plumeria obtusa
Pokok ini dianggap eksotik dengan bentuk batangnya yang sangat artistik dan dekoratif. Ia dapat hidup hingga puluhan tahun dan mencapai tinggi di antara 7-10 meter. Bunganya bermanfaat sebagai ubat untuk menurunkan panas badan, meredakan batuk dan melancarkan proses membuang air besar. Unsur yang terdapat di dalam kulit batangnya pula dapat menyembuhkan tumit yang pecah-pecah.
Bunga Tanjung (Spanish cherry)
Mimusops elengi
Kerana aromanya, bunga tanjung biasa digunakan sebagai hiasan kepala dan kalung leher oleh masyarakat Melayu tradisional dan kaum India. Bunga tanjung boleh bertahan lama. Untuk mengembalikan keharumannya, bunga tanjung yang telah kering boleh direndamkan dalam minyak kelapa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.