
Umrah dan haji adalah kemuncak ibadah buat muslimin dan muslimat. Namun tidak kira musim panas atau sejuk, iklimnya sentiasa kering dan ia penyumbang utama kepada masalah kesihatan hingga boleh mengganggu ibadah. Oleh itu, jemaah bukan sahaja perlu penyediaan mental, malah jasmani yang kental dalam memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna.
Sehubungan dengan itu, Tanamera produk kecantikkan yang terkenal dengan rangkaian semula jadinya turut melancarkan set khas umrah dan haji. Travel kit haji dan umrah erdiri daripada lima produk penting bagi menjaga kebersihan diri semasa dalam perjalanan antaranya ialah Semburan Air Suling Untuk Wudhu Tanamera, Pembersih Semua Dalam Satu Tanamera Untuk Muka, Badan dan Rambut, Krim Pelembut Kulit Tanamera, Semburan Pembasmi Kuman Tanamera dan Salap Bibir Green Kisses Tanamera.
Setiap produk dihasil menggunakan 100% bahan semula jadi dan disahkan halal. Ianya direka khas berdasarkan syarat-syarat sah haji dan umrah, set ini pasti membantu
memudahkan usaha menjalankan ibadah di Tanah Suci
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia (AYDA)

Hasil seni kreatif anak muda ini memang tidak dapat disangkal. Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia (AYDA). IMPIANA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua pelajar yang mempunyai bakat menzahirkan sebuah rekaan terbaik.
Muhammad Afzal Hasmi dari kategori Seni Bina dan Amirah Afiqah Abdullah dari kategori Reka Bentuk Dalaman, diumumkan sebagai pemenang emas Anugerah Pereka Muda Asia 2021 (AYDA) ke-14 untuk kedua-dua kategori berkenaan.
Pengumuman itu dibuat pada majlis kemuncak anugerah yang disiarkan secara maya baru-baru ini.
Anugerah AYDA 2021 dianjurkan oleh Nippon Paint Malaysia bersama rakan kerjasama syarikat IJM Land Berhad. Sebanyak 1,276 penyertaan diterima dari kedua-dua kategori Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman pada tahun ini.
AYDA 2021 bertemakan ‘FORWARD: Amplifying Empathy Through Design’ dan mencabar generasi pereka muda untuk melangkaui batasan reka bentuk di luar ruang satu dimensi.
Ia juga menilai permintaan pelanggan yang kian berubah menurut zaman di samping mengambil kira kemampanan dan penjagaan alam sekitar.
Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Yaw Seng Heng, berkata reka bentuk pada masa kini perlu menerokai pemahaman emosi pada tahap yang kian meningkat.
“Pereka seni bina dan reka bentuk dalaman bukan sahaja perlu meningkatkan nilai komersial rekaan mereka tetapi juga memelihara alam semula jadi dan memahami emosi manusia.
“Pemenang kami berjaya menyampaikan objektif tema di dalam rekaan mereka dengan penyelesaian reka bentuk yang berkesedaran dan merangkumi kemampanan serta mangambil kira faktor sosial dan emosi,” katanya.
Muhammad Afzal dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dianugerahkan pemenang emas bagi kategori Seni Bina dengan projeknya yang bertajuk `Pusat Komuniti Sejahtera’.
Rekaan seni binanya mempunyai kemudahan yang inovatif dan bertujuan memperkasakan keusahawanan tempatan agar rezeki mata pencarian dan keperluan sosial rakyat dapat dikekalkan pada `norma baharu’ demi mencapai komuniti sosio ekonomi yang harmoni dan berdaya tahan.
Manakala Amirah Afiqah dari City University Malaysia muncul sebagai pemenang emas untuk kategori Reka Bentuk Dalaman dengan projeknya yang bertajuk ‘Bakau’.
Rekaan ini berikhtiar membangunkan hab pertanian dengan pelbagai aktiviti harian seperti komersial, sosial, pendidikan dan pusat pemeliharaan agar manusia dapat hidup di alam sekitar ekosistem kehutanan paya bakau yang mampan.
Kedua-dua pemenang membawa hasil rekaan mereka dan mewakili Malaysia ke pusingan akhir di peringkat antarabangsa di mana mereka akan bersaing dengan barisan pemenang emas dari 16 negara yang lain.
Pemenang hadiah utama untuk kedua-dua kategori tersebut berpeluang menghadiri program Design Discovery selama enam minggu yang dibiayai penuh pada tahun 2022 di Universiti Harvard Graduate School of Design di Boston, Amerika Syarikat dan bernilai ASD10,000.
Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Dato’ Edward Chong, pula berkata reka bentuk pemenang anugerah adalah penuh dengan pembaharuan.
“Kami percaya usaha kerjasama syarikat kami dengan AYDA dapat terus menggalakkan pelajar Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman untuk cemerlang dan memperkasakan kebolehan mereka sebagai pemangkin yang boleh mempengaruhi persekitaran masa hadapan.
“Sudah lapan tahun kami bekerjasam dengan AYDA. Ia adalah satu perjalanan yang sungguh hebat dan kami berharap dapat terus menjalinkan kerjasama ini bersama AYDA,” katanya.
Ini adalah tahun kedua pertandingan AYDA dikendalikan secara maya oleh kerana COVID-19.
Bagi menambahkan pengalaman yang unik kepada para peserta AYDA, Nippon Paint Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menyediakan beberapa sesi interaksi dan bimbingan secara digital dan maya demi memastikan peserta dapat berinteraksi dengan mentor dan jurulatih industri.
Artikel Berikut: Interior Designer Wanita Dunia yang Di Kagumi
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Gempar “Pisang Tutup Aurat” di Paloh 2 Gua Musang, Kelantan

Sebatang pokok pisang yang berada di perkarangan Masjid Keputeraan Paloh 2, Gua Musang, Kelantan menjadi perhatian ramai kerana keunikannya. Ia mengeluarkan buah yang pelik bentuknya dan banyak yang memanggilnya “Pisang Tutup Aurat”.
Pisang ini dibawa dari Thailand. Ia dihadiahkan oleh seorang individu kepada imam masjid untuk ditanam sebagai tanaman hiasan. Pelikannnya kerana ia disalut dengan daun berlapis-lapis dari atas ke bawah. Ini menyebabkan kita terpaksa menyelak daunnya yang menutupinnya untuk melihat buah pisang. Khabarnya pisang hiasan ini ditanam dalam pekarangan istana Raja Thailand.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bangunan Ikonik Di Serata Negeri Pantai Timur, Disifatkan Sebagai Satu Kemajuan Yang Membanggakan

Kalau artikel sebelum ini, kita sudah menceritakan tentang bangunan-bangunan ikonik di serata negeri utara tanah air, kali ini IMPIANA mahu menjelajah bangunan ikonik di serata negeri pantai timur yang telah menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
ARTIKEL SEBELUMNYA: Menjadi Kebanggaan Rakyat Setempat, Mari Kita Lihat Bangunan Ikonik Di Serata Negeri Utara Malaysia
Jadi mari kita mulakan dengan negeri Pahang Darul Makmur, merupakan sebuah negeri yang terbesar di tanah Semenanjung Malaysia.
Pahang
Bangunan yang telah ikonik dan mercu tanda di negeri Pahang adalah menara Kuantan 188. Ia telah siap dibina sepenuhnya pada tanggal 3 September 2019.
Lantas, dengan kewujudan menara Kuantan 118 ini telah meletakkan ia sebagai menara tertinggi di pantai timur dan kedua tertinggi di Malaysia. Maka, sudah pasti ia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Pahang yang tercinta.
Kelantan
Seterusnya, di negeri Kelantan Darul Naim pula sedikit berbeza berbanding negeri pantai timur yang lain. Ini kerana, Istana Balai Besar yang terletak di sekitar bandar Kota Bharu ini telah menjadi salah satu tempat yang menjadi ikonik dan kebanggaan di Kelantan.
Ia merupakan tempat bersejarah di Kelantan serta yang tertua di Malaysia. Dewan Besar yang unik masih digunakan untuk upacara diraja seperti upacara puncak dan penobatan. Istana ini juga berfungsi sebagai institusi untuk memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Terengganu
Bagi di negeri Terengganu Darul Iman pula, struktur binaan jambatan angkat yang dibina bagi menghubungkan dua kawasan iaitu dari bandar Kuala Terengganu dan Seberang Takir, Kuala Nerus ini sudah semestinya menjadi kebanggaan seluruh warga negeri Terengganu.
Jambatan angkat yang sepanjang 630 meter ini merupakan sebuah jambatan angkat yang terpanjang di dunia dan satu-satunya jambatan angkat di Asia Tenggara.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Negeri Perak Terkenal Dengan Mercu Tanda Menara Jam, Mari Lihat Semua Reka Bentuk Yang Ada
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI