Kediaman impian bagi setiap individu adalah berbeza mengikut citarasa dan keperluan masing-masing. Disamping menjadi tempat tinggal, sesebuah kediaman juga dapat melambangkan personaliti dan gaya hidup individu atau keluarga.
Kediaman teres yang terletak di Jalan Bukit Bayor, Kuching ini dimiliki oleh pasangan lanjut usia yang telah tinggal di sana sejak dari pertama kali mereka membeli rumah tersebut lagi. Susun atur diruang tingkat bawah telah diubah suai sesuai untuk kediaman yang ingin tampil lebih luas dan terbuka. Ruang ini juga dilengkapi dengan halaman terbuka sebagai sebahagian dari susun atur bagi membawa pencahayaan semula jadi ke dalam bahagian rumah.
Sementara itu, susun atur tingkat atas dikekalkan dengan satu bilik tidur kecil dan balkoni untuk tanaman pasu. Oleh kerana bahagian depan rumah menghadap ke arah barat, penggunaan besi aluminium yang disusun menegak adalah pilihan yang bijak bagi menapis cahaya terik matahari desebelah petang. Selain itu, elemen ini juga dilihat sebagai salah satu alat untuk menjaga privasi penghuni di bilik tidur.
Warna-warna lembut yang menyejukkan bukan sahaja menggambarkan suasana tenang malah boleh menimbulkan perasaan senang hati pada penghuninya. Susun atur yang santai juga memberikan kenyamanan, sesuai unttuk melakukan aktiviti bersama keluarga.
SURVEY BAJET II 5. TEEPEE, RM210.
POUF – HIPVAN, RM1099
SURVEY BAJET II 7. MF DESIGN, RM277.
KERUSI MAKAN BESI – MF DESIGN, RM277
SURVEY BAJET II 4. HIPVAN (LAHOLM) RM1099.
TEEPEE – RM210
SURVEY BAJET II 2. JOY, RM700.
LAMPU LANTAI – JOY DESIGN, RM700
SURVEY BAJET II 1. HIPVAN (LAHOLM) RM2499.
ARMCHAIR – HIPVAN, RM2499
SURVEY BAJET II ‘6. KARPET CANTIK WALL RM1547.
KARPET GEOMETRI – CANTIK WALL, RM1547
SURVEY BAJET II 3. BOOKCASE RM760 .
RAK BUKU – MF DESIGN, RM760
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pembahagian Harta Pusaka Tak Adil, ‘The Grudge’ RUMAH Paling Nipis Dibina Kerana Dendam. Sebuah kediaman tepi laut yang mempunyai rekabentuk yang unik di Lebanon menjadi popular dalam kalangan pelancong, lapor laman berita MailOnline kelmarin.
Rumah dikenali sebagai ‘The Grudge’ atau ‘Al-Ba’sa’ itu, memiliki lebar cuma 0.6 meter pada titik paling sempit dan 4.3 meter pada ruang paling lebar. Kediaman paling nipis itu terletak di kejiranan Manara, Beirut, dibina pada 1954 dan kini telah berusia 71 tahun.
Walaupun sempit, bangunan itu boleh didiami dan dilengkapi bilik tidur, dapur dan tingkap. Ia turut menawarkan pemandangan Laut Mediterranean.
Didirikan Kerana Dendam Pertikaian Harta
Ironinya, The Grudge merupakan salah satu hartanah paling berharga di Beirut. Kediaman paling kurus ini dikatakan sengaja didirikan bagi tujuan untuk merosakkan pemandangan tepi pantai saudara kandungnya berikutan pertikaian mengenai pembahagian harta pusaka milik ayah mereka.
Menurut cerita, selepas kematian bapa mereka, dua beradik itu mewarisi sebidang tanah yang berpotensi menguntungkan di sepanjang pantai Beirut yang indah. Namun begitu, mereka mengalami konflik dan pertikaian tentang bagaimana tanah harus dibahagikan antara mereka.
Disebabkan pencerobohan berterusan oleh projek penambahbaikan infrastruktur, salah satu daripada baki tanah telah dipecahkan menjadi sebidang yang sangat nipis, berukuran 14 kaki (4.26 meter) pada lebarnya dan 2 kaki (0.6 meter) pada yang paling sempit. Si abang mendapat lot lebih besar dan si adik mendapat lot tanah yang lebih kecil.
Bertekad untuk membalas dendam terhadap apa yang dilihatnya sebagai pembahagian harta pusaka mereka yang tidak adil, si adik telah mendirikan sebuah bangunan 4 tingkat pada tahun 1954 di bahagian plotnya, dengan setiap tingkat mengandungi dua pangsapuri.
Dengan membina rumah yang tidak masuk akal itu, dia berjaya bukan sahaja menghalang pemandangan laut yang sangat diidam-idamkan di bangunan abangnya tetapi juga berjaya menutup jalan masuk kediaman, sekaligus dapat mengurangkan nilai aset milik abangnya. Malah menjadikan nama panggilan “Al Ba’sa,” istilah Arab untuk dendam.
Walaupun, pada hari ini, bangunan tersebut telah kosong, pada masa lalu, ia berfungsi sebagai rumah pelacuran dan kemudiannya sebagai perumahan sementara untuk pelarian yang melarikan diri dari kawasan yang dilanda perang.
Walaupun kekurangan penyewa pada masa ini dan lokasi utama di sepanjang pantai Mediterranean ibu negara Lubnan, bangunan Grudge dijangka akan kekal pada masa hadapan kerana peraturan perbandaran Beirut menyekat pembinaan bangunan baharu di sebidang tanah yang begitu nipis.
Apabila barangan perabot rumah sudah lama diguna pakai, mesti sudah tidak lagi berada dalam keadaan baik, rosak, buruk dan sebagainya. Mungkin ada segelintir di kalangan anda yang memilih untuk membuangnya dan membeli barangan perabot rumah yang baharu.
Tetapi tahukah anda, barangan perabot seperti kabinet TV yang sudah buruk masih dapat diselamatkan setelah diberi nafas baru? Ada pelbagai cara kaedah yang boleh dilakukan bagi mengubahsuai barangan perabot lama supaya tampak lebih cantik dan masih boleh diguna pakai.
Bagi anda yang mempunyai kabinet TV yang sudah lama dan buruk, apa kata ada cuba teknik pengubahsuaian yang dikongsikan oleh Irni Yalena.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Rattan Webbing
Gunting
Stapler
Penyembur Cat
Bagaimana cara teknik untuk melakukannya, ada boleh sahaja melihat pada perkongsian gambar di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.